Bab 3

906 62 2
                                    

"BAIKLAH saya nak semua ikut contoh corak di buku teks seni visual ni. Dalam muka surat 36. Pastikan ada ton warna pada catan tersebut dan saya taknak tengok jika ada sebarang kecacatan di catan kamu meskipun dalam minit terakhir. Buat kerja itu biarlah berakhir dengan kekemasan. Jika ada yang tak faham jumpa saya.. Jangan tanya kawan, kalau kawan tu salah awak pun ikut salah. Satu lagi, hantar catan sebelum rehat dan beri kepada Zulaikha. Faham semua?" ujar Cikgu Norita Panjang lebar, merangkap guru pendidikan seni.

"Faham cikgu!" Jawab kelas 5 Anggerik dengan bersungguh-sungguh.

"Awak boleh mula sekarang. Saya nak keluar sekejap. Yang saya tahu bila saya masuk, semua lukisan hampir siap." pesannya lagi dan mengambil tas tangannya lalu keluar dari bilik seni.

Pelajar-pelajar dari 5 Anggerik mula melukis mengikut corak yang perlu dibuat.

"Ikha, nanti tolong aku buatkan daun eh? Aku tak retilah hehe " Bisik teha. Memang dia tak reti sangat bab melukis ni. Ingat lagi kejadian awal tahun. Itu baru sahaja lukis yang asas, belum masuk bab yang agak mencabar. Hadeh..

Ikha sekadar mengangguk tanda setuju. Dah biasa lah dengan dorang ni. Kalau susah teknik tu mesti minta bantuan. Nasib saya ni serba boleh!

Selesai melukis dengan pensel 2b, tangan mencapai berus untuk sesi mencatan . Yeah! Nampaknya macam tak cukup je warna dalam botol ni. Erm... oh pinjam orang punyalah ehehe..

"Una.. nak pinjam warna biru boleh? " Soalku dengan memek muka comel. Comel ke? Of course!

"Alamak Ikha, sorry warna biru ni cukup untuk aku je.. Ni pun hampir habis dah. Cuba kau pinjam orang lain." Balas husna sambil menunjukkan botol pastel berwarna biru kepada Ikha.

Aku cemberutkan muka. Erm! Macam mana ni? Toleh ke kiri alah.. mereka berempat pun kongsi dengan orang lain! Erm..

"Ingat cantik ke buat muka cencorot tak makan sebulan tu? " Usik Khai yang kebetulan meninjau lukisan orang lain. Saja je jalan-jalan tengok hasil kerja minah senget ni!

Apa? Muka cencorot dia kata?! Eii ni yang nak bertukar jadi hulk ni! Aku jadi hulk comel tak eh? Mesti macam ashuwot dalam cerita pokemon black & white tu, hehe.. okay dah melalut.

"Farhan, kau dengar tak? Aku rasa macam ada bunyi langau bercakap dengan aku tadi" Meh kakak sado nak kasi ajar sikit ! Heh.

Merah muka Khai sambal menahan gelora di hati. Langau? Grr. Nasib lah kau ni perempuan kalau tak dah lama dibuli.

Farhan yang sedang mengelap tangan kotor itu lantas melihat Ikha sambil mengangkat kening. Tak ada cakap apa-apa pun kena juga?

"Langau? Tak adalah. Aku dengar lebah yang hinggap dekat bunga untuk mengambil madu je " Usik Farhan, dia menahan tawa dengan senyuman.

Muka tidak puas hati diberikan pada Farhan. Kenakan aku balik! Eii ni yang tak suka ni. Suka sangat backup member gay dia tu.

"Fine. Taknak kawan." balas Ikha, senada. Malas nak main tarik tali. Nanti aku juga yang kena balik. Hm!

Khai tersenyum menawan sambil merenung gadis itu. 'Alahai tadi kata sado sangat kak? Ni baru usik sikit dah lemau. Apa cer? Hihi ' usik khai dalam hati.

Aku yang memahami lantas membalas balik, 'Sukahati aku lah! Sibuk je mamat senget!' Biar dia rasa wek!

Eh? Apa ni gaduh-gaduh dalam hati.

Khai mengambil botol pastel warna birunya lalu meletakkan di sebelah lukisan Ikha. Mata memandang pemuda dihadapannya itu.

"Guna jelah. Aku tak letak asid pun." Spontan khai berkata. Malu ke akak ikha oi? Tadi bukan main lawan mata dengan abang instafamous!

Ikha merenung tajam. Eh tak sah kalau sehari tu tak cari fasal dengan aku lah dia ni! Nasib angin monsun aku tak datang..

"Thanks! " Ucapnya, acuh tak acuh dan mengambil botol pastel itu dengan kasar. Biarlah dia nak kata aku tak kenang budi ke apa. Ada akak kisah? Cis.

Khai hanya menggeleng kepala perlahan. Nak ambil pun nak marah. Marah ke malu sebenarnya ni? Susah nak faham gadis kecil bertudung biru itu.


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦

KANTIN dituju untuk membeli makanan pada waktu rehat. Perut berkeroncong meminta makanan di isi dengan cepat. Nasib ada kawan yang baik hati tolong belikan makanan hehe!

"Nah . Nasi goreng letak ayam goreng kau punya, dengan air bandung" Ujar nurul sambil menghulurkan tangan ringankan beban.

"Thank you Nurul cayang! " ucap Ikha, lalu menadahkan tangan membaca doa makan. Lantas sudu dan garfu di capai. Mari makan!

Nurul menggelengkan kepala perlahan, mulutnya mula menjamah makanan yang dibeli tadi.

Habis makan, Ikha bangun dari meja lantas berjalan menuju ke tempat letak pinggan, mangkuk serta cawan.

Bush!!

Sekejap. Kenapa aku rasa basah ni? Aku melihat tudung yang serasa sejuk itu. Hwaaaa... habis tudung biru aku kena air bandung!

Ikha mengangkat muka ingin melihat gerangan yang melanggarnya tadi.

Nabila sembunyikan senyum lantas bersuara, "Ops, sorry Ikha, I tak perasan you dekat sini. Sorry okay!"

Buta agaknya. Ikha menahan sabar dan menarik nafas perlahan. "It's okay." Baru sahaja ingin menapak ke sinki, dia bersuara lagi. Aku menghentikan perjalanan.

"By the way, kau jangan berani dekat dengan Khai. Khairul Syah tu aku punya. Tiada siapa yang berhak rampas dia dari aku. Okay!" Gertak Nabila dengan tangan dicekak ke pinggang. Seperti tidak takut saja, apabila bersikap kurang sopan dengan ketua pengawas.

Ikha tersenyum sinis. Khai? Sejak bila aku ada hati dengan mamat kerek tu? Eh please lah! Bagi lah sejuta ringgit sekalipun takkan diterima. Belum sempat Ikha membalas gertakannya, ada suara yang memotong, pandangan kami beralih kepada suara itu.

Khai!

"Muak lah dengar benda yang sama je dari mulut kau tu." Soal Khai bagai menahan marah dan geram. Bukannya dia tidak tahu perangai Nabila ni. Dari dulu, sesiapa saja kenalan Khai digertak begitu, sudahnya dibuli dan usik sehingga puas.

Ikha tercengang sedikit apabila dia backup. Betul ke dia backup? OH PLEASE LAH KATAKAN TIDAK. Okay, kau dah over Ikha.

"Err.. tak.. Ohh dah habis rehat rupanya. Bye Khai." Jawab Nabila selamba. Sambil menayangkan aksi gediknya.

"Dah, yang lain pergi masuk ke kelas . Waktu rehat dah habis. " Arahku kepada pelajar yang melihat 'free show' dengan suara sedikit mendatar. Mana taknya, orang tu tengok kita macam nak telan woo!

"Jangan lupa bersihkan tudung kau tu, nanti semut datang. Nak kata kau tu manis sangat" Usik Khai lalu memberikan kenyitan mata menggoda. Amacam, cair tak wei?

Gulp! Aku cuba menahan malu. Hakalah mamat kerek ni! Ada-ada je. Nak rasa smackdown aku agaknya!

"Aku tahulah. Pergilah sana. " Usir Ikha. Lagi tak menahan bila tengok teman-teman yang lain seperti mengejek. Kau orang tunggulah nanti dekat kelas!

Khai menggelengkan kepala. Sambil menunjukkan simbol 'ok'. Dia dan teman yang lain menapak ke kelas meninggalkan Ikha seorang di belakang.

Ikha menghela nafas lega. Segera tudungnya yang kotor itu dibersihkan. Haish, apalah nasib. Tanpa sedar bibirnya terukir senyum.









ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ · · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

✎﹏﹏﹏﹏TQSM SUPPORT AAD

Vote FOR NEXT ☆ !

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now