Bab 25

781 53 7
                                    

Kereta kami menuju ke Pavilion Mall lalu memakirkan kereta di tempat yang disediakan . Pintu kereta dibuka dengan cermat. Aku perhati jeha dijaga oleh ikhwan , adik mamat kerek. Mataku beralih ke arah khai yang sedang membelek cermin mata hitam glassnya. Sinaran matahari yang dipantul ke wajah khai, membuatkan aku terpaku sebentar. Haih kenapa jantung berdebar ni? Hati ke jantung eh?
Ah, lantak .

" umi, ara nak jalan dekat Times Bookstore sekejap eh? Nanti ara call umi. " soalku dengan sopan. Sudah lama tak bersiar-siar di mall ini. Adalah hilang ingatan itu sikit. Sikit je okay.

" haa iye boleh. tapi, khai boleh temankan ara tak? Makcik risau ara seseorang. Sebab dah lama kami tak membeli-belah di sini. " pinta umi kepada khai. Mulutku terlongo sedikit. Perlu ke mamat ni ikut sekali? Series , nanti mesti dia kongkong aku. Macam dalam cerita Dendam Aurora tu. Ish ish kesian. Eh, apa aku melalut ni ?

Khai menggaru kepala yang tidak gatal . Nak ditolak permintaan umi, nanti mama cakap apa pula. Haish nasiblah badan kena jadi 'bodyguard' tak bergaji kepada cik zulaikha korang ni.

" boleh je makcik. Saya akan pastikan yang dia selamat dengan saya. " kata khai lalu menjeling tajam ke arahku. Aku mengangkat kening tanda ' apa? Fikir aku takut ke? ' kepadanya. Ngeh ngeh .

" terima kasih khai. Haa, ara jangan merayau tanpa khai okay. Karang nanti hilang, susah. Dah lah ramai ni. Kamu tu dah la kecil. Hahaha. " sindir umi dengan gelak ketawa. Aku hanya membuat muka toya. Tahu tak muka toya tu macam mana? Kalau tak tahu, tanya pakcik atau makcik Google sana.

Setelah mendapat keizinan dan gelak ketawa mereka, aku dan khai bergerak ke Times Bookstore. Aku menapak dengan laju, meninggalkan khai bagaikan siput di belakang. Walaupun ramai orang yang berpusu-pusu di sini, tapi aku rasa terpelihara sekejap. Yelah, sebab ada bodyguard yang hensem. Hehehe. Melebih pula aku ni -,-

Sampai saja di depan Times Bookstore, aku sudah tersenyum menampakkan lesung pipit yang satu di pipi belah kanan. Belum sempat aku melangkah ke dalam, ada tangan yang menarik lengan ke arahnya. Membuatkan aku terdorong ke belakang. Eish nasib baik aku tak jatuh. Kalau tak, malu je!

Aku memandang figura yang menarik aku tadi. " Kau kenapa tarik tangan aku? Kalau aku jatuh tadi macam mana? " soalku kepada mamat kerek lah siapa lagi. Ergh menyampah.


" kau jalan laju sangat, nanti kalau kau hilang, aku yang kena. " jawab khai dengan tegas. Aku hanya memandangnya tanpa berbalas balik.


"...... lagi satu, kalau kau jatuh pun, aku ada dekat belakang untuk sambut kau" jawab khai selamba. Terus saja dia menapak ke dalam kedai. Okay , sekali lagi dia buat aku terpanar dengan kata-katanya.





"KAU nak beli buku apa ni? Rajin pula kau nak membaca bagai. " soal khai sambil tangan membelek-belek pen yang pelbagai warna di situ.

"Aku nak beli novel la. Jom tolong aku cari rak novel melayu " jawabku dengan sopan. Sopanlah sangat - -

" dah nak spm pun sibuk baca novel? Lebih baik cik ikha baca al-quran . Sedap saya mendengarnya nanti " perli khai dengan selamba. Okay, ni sentap menusuk kalbu hatiku. Erm, sampai hati kau khai!
Aku hanya diam saja, saat dia berkata begitu tadi. Huish, sentap betul ni.



" ala ada orang tu merajuk pula. Dah tak payah nak buat drama sangat. Jom cari sama-sama" ajak khai dengan ikhlas. Aku memandangnya sambil tersenyum. Uyeayy!



Sudah hampir 15 minit 47 saat kami berdua di situ. Aku khusyuk membaca sinopsis di setiap novel yang aku capai. Yelah, kalau nak beli mesti kena baca sinopsis dulu dan harga kan? Kan kan kan? Hahaha.. .

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now