Bab 23

864 52 10
                                    

PETANG yang diselubungi awan biru dan langit yang putih kebiruan itu dipandang lama. Indahnya ciptaan Tuhan , sungguh cantik bila mata memandang. Itu adalah salah satu kurniaan-Nya kepada kita, kegunaan mata juga untuk melihat kejadian alam semesta, selain daripada melihat dan menonton perkara yang berfaedah. Petang itu, pasukan futsal yang terdiri daripada kawan-kawan kami juga. Iaitu geng asputra. Khai sebagai kapten , daus sebagai penjaga gol dan yang lain hanya posisi biasa. Memang menjadi rutin harian petang setiap mingguan, jika tidak pulang ke rumah, mereka akan bermain futsal sesama sendiri.

" bawa air tak? " soal khai yang sedang kehausan nampaknya. Peluh banyak mengalir dari dahi hingga ke leher. Aumm! Hahaha

Beg sandang berwarna biru laut itu, dipandang lama. Lantas tangan mencapai botol mineral bersaiz besar dan menghulurkan ke arah khai.

Khai menyambut huluran itu, botol mineral diteguk laju bagi menghilangkan kehausan yang teramat. Dahi yang berpeluh tadi dikesat dengan tangan.

'Eh sekejap, aku tak bawa kain lap? Aduh.. ' rungut khai di dalam hati.

"Kau kenapa khai? " soal muaz yang sedari tadi hanya melihat perilaku kawannya tidak senang duduk.

" aku lupa bawa kain lap. Hm."

" nah. " seorang gadis berbaju skirt pendek merah jambu memberi kain lap kepada khai.

Khai hanya memandang atas bawah. Sambil matanya tidak terkedip melihat figura gadis di hadapannya.

" you nak i tolong lapkan ke? " soal nabila dengan senyuman manis , mampu menggoda jejaka-jejaka seperti khai. ' tak kuat tengok ke bang? agak dah, hahaha' sindir nabila hanya di dalam hati.

Cepat-cepat khai beristighfar kuat, membuatkan semua yang berada di situ terkejut mendengarnya. Aku yang hanya melihat mereka dari arah jauh , menjuihkan mulut. Geli ketiak saya tengok drama tak berastro ni . Erk. Kau jeles ke ikha?

'Memang lah aku jeles, aku dah jatuh jiwa raga dekat dia kot!' Jawab akal.

'Jujur betul kau ni. Hish! ' marah hati.

Ahahhaha.

" kau jeles eh ikha? " usik husna , baru saja siap kerja sekolah fizik. Haish susah jadi pelajar ni. Mana-mana je mood nak belajar.
-kitaran hidup pelajar sekolah-

Jari telunjuk aku tunjuk pada diri sendiri sambil memandang husna yang bertanya.

" aku? Jeles? Hahah kau buat lawak apa ni una. Memang tak lah weh." jawabku senada, sambil membuat roll eyes khas untuknya.

Aku? Dengan mamat kerek tu?

eeee . Bak kata orang putih,

Not my taste.


Nah. Nampak tu? Sudah terang lagi bersuluh, semua readers cerita hidupku. Cehh, kembang hidung.


" mulut boleh tipu. Tapi hati tak, ikha. " sampuk iman di sebelah husna. Yang lain mengangguk tanda setuju. Aku sudah menghela nafas berat. Mata kami memandang ke tempat futsal tadi. Dengan keberanian di dada, aku segera bangun menuju ke arah sana.









" astaghfirullahalazim!" jerit khai. Yang lain juga beristighfar. Mohon Allah mengampuni mereka yang terlihat aurat perempuan pondan serupa sotong ini. Aminnn.


" kau ni tak ada baju lain ke selain kain buruk yang kau pakai ni? Tak malu ke tunjuk aurat? " marah muaz dengan muka menyinga. Dahlah haritu umpan kawan dia goda muaz, kesian hani merajuk sebab diorang berdua. Nasib hani berfikiran matang. Yeah!

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now