Bab 19

576 48 3
                                    

BAWAL satin blue black aku lilitkan di kepala, jarum peniti aku sematkan dengan kemas. Segala barang yang akan digunakan telah aku simpan dengan sebaiknya ke dalam beg berjenama giraffe berwarna jingga. Samsung S8 dan purse giraffe di capai, lalu masukkan ke dalam beg sandang. Siap!

Kaki mula menapak perlahan menuju ke ruang tamu. Kelihatan umi dan abah serta jeha sedang ralit menonton drama. Hbo katanya... .. .

"Anak umi lawa-lawa ni nak ke mana? " soal umi, lalu memandang abah yang khusyuk menonton tv.

"ara kan dah cakap semalam nak ke rumah khai? " jawabku. Rasanya semalam aku dah bagi tahu, takkan dorang dah lupa? Oh jangan lah cepat tua sangat... Woi! Tak baik , umi kau tu ! Hahahha

"Ha'ah lah umi lupa,hehe. Maklumlah, dah makin melanjut usia." Ujar umi dengan senyum tidak lekang di bibir. Lesung pipit di kedua-dua pipinya turut terukir. Comellah! Macam anak dia! Kikiki...


"Baiklah umi,abah. Ara pergi dulu. " kataku sambil menghulurkan tangan untuk pergi.

"Balik jangan lewat sangat ya. Hati-hati lalu jalan situ , jalan tu banyak anjing tau.. " usik abah lalu tergelak sakan diikuti jeha dengan tersengeh-sengeh. Umi juga turut menahan dari ketawa. Haa ada je yang nak mengusik!

"Hm.. okay" jawabku senada. Lalu keluar dari rumah.

Jalan kaki je lah, rumah khai bukannya jauh sangat. Hanya selang beberapa buah rumah saja.

Dalam perjalanan banyak persimpangan bla bla bla bla bla bla 😂

Ok, dah melalut.



Sedang aku berjalan sambil asyik menikmati ciptaan tuhan , untuk ke rumah mamat kerek, tiba-tiba bunyi anjing menyalak dengan kuat.


Kau tau tak, aku paling menyirap dengan anjing jenis memekak ni. Kalau jaga rumah tuan dia tak apa lah, ni tidak, dia pergi memekak terlalak-lalak bila tengok orang lalu depan rumah tuan dia. Jakun sangat ke tak pernah nampak orang? Grrr! Hashtag ikha done bebel!




Aku mula mengambil langkah berhati-hati. Takut nanti kena kejar, habis aku ni karang! Kain terkoyak, haaaaa malu je nanti.. umi, abah,tolong ara hwaaaa... ... . . .




Aku berjalan terjengket-jengket sambil melintas depan rumah anjing itu. Tuan dia ni pun satu hal! Apa fasal dia ikat anjing dia dekat pokok tu😭.. . muka dia bengis je, aku dah seram sejuk dekat sini. Jarak kami hanya beberapa meter saja.



" grrrr grrr grrr hong! hong! hong!" Anjing itu kelihatan mahu mengejar aku, lantas aku bertindak berlari pecut . Sebab rumah khai hanya lagi selang beberapa rumah saja!




Belum sempat si anjing acah comel berwarna hitam tompok putih itu menggigit kain blouse ku, tuan rumahnya serta merta memanggil anjing peliharaannya. Lantas si tuan rumah meminta maaf kepadaku,

"Maafkan saya ya. Adik jalan hati-hati tau" kata makcik yang dalam lingkungan 40 an itu.


Aku hanya membalas dengan senyuman. Walaupun debaran tetap di hati. Aku meneruskan perjalanan ke rumah khai.




'Dahlah penat, peluh banyak. Haduh kenapa panas sangat ya harini? ' gerutuku di dalam hati.



Dari pandangan sisi rumah , aku sudah menguntum senyum. Sampai juga akhirnya!!! Hahaha.. .



Senyuman kuntum aku mati apabila melihat adegan itu :').









"MANA lah minah senget ni. Dari tadi tak sampai-sampai pun. Lembab betul lah! " rungut khai,kasar. Mata masih melilau ke luar rumah, sedang menunggu ketibaan headprefect bernama ikha!



Aku atau Dia?Where stories live. Discover now