Bab 6

768 58 0
                                    

AKU melangkah ke hadapan kelas melintasi suara pelajar di dalam kelas 5 Anggerik. Kerlingan tajam dari mamat kerek itu aku abaikan.
Tatkala aku berdiri tegak bagaikan tiang gol bola jaring di padang 'ikha merepek' bidas hati. Semua pelajar memberi perhatian ke arahku. Senyap!

"Masa ke tiga dan empat, subjek Bahasa Melayu akan belajar di perpustakaan disebabkan Cikgu Huzaini tak hadir. " ujarku dengan tangan memegang sehelai kertas dan pen hitam .

"Yeay!" semua bersorak keriangan. Siapa je tak gembira kalau cikgu tak datang kan?

"Tapi... .. . Cikgu Fadhil yang akan jaga kita semua sewaktu di perpustakaan" sambungku seraya sembunyi senyum tatkala melihat rakan-rakan sekelasku membuat muka kurang suka. Cikgu disiplin yang jaga woo! Silap satu, habis lah semua binasa. Ni merepek.. .

"Untuk pengetahuan kau orang, minggu depan akan diadakan latihan sukan. Jadi, yang perempuan diberikan kelonggaran untuk memakai tudung hitam. Dan yang lain dibenarkan memakai kasut sukan atau kasut hitam ataupun kasut sekolah. Ada sebarang pertanyaan? " soalku sambil mata melilau memandang setiap seorang.

Tapp! Mataku bertembung dengan mata hazelnya. Namun ku lihat ke arah lain.

"Pelajar asrama ada prep tak waktu petang?" Soal khai. Rindu nak cari fasal dengan minah senget ni. 'Bukan semalam baru gaduh ke khai?' soal akal. 'Itu semalam' jawab hati. Heh!

"Yang terlibat dengan pemilihan nanti, tiada prep. " jawabku senada. Malas nak banyak bunyi, nanti ada je kata-kata dia yang menyakitkan hati!


















RAK buku cerita dituju. Selepas satu buku ku habiskan membaca, cari lagi satu buku yang menarik perhatian. Aku terpandang buku berwarna biru tua. Okay , cantik!

Baru sahaja aku mencapai hujung buku itu, namun ada figura lain yang menarik buku itu terlebih dahulu. ERGH!

Mataku terpandang figura itu. Lantas aku merenungnya tajam. Perlu ke hari-hari jumpa dengan orang yang sama? Dah lah menyakitkan hati! Kenapalah aku tak jumpa dengan Haqiem Rusli ke, Tajul ke, ini tak habis-habis asyik dia je!

"bak sini buku tu. Aku yang jumpa dulu." marahku. Namun nada suara tetap sama. Tak boleh jerit, perpustakaan.

Khai tersenyum sinis. Langkahnya mula berganjak menghampiri ikha di hadapan. Disebabkan rak ini terlindung daripada penglihatan guru.

Aku terkejut pabila melihat dia menghampiriku. Aku melangkah kebelakang. Jalan mati!

"Ka kau nak buat apa?" Soalku gagap. Matanya aku kerling sekilas. Sinis!

"Buku ni aku yang nampak, so aku punya" jawabnya . Mata ralit melihat gadis itu. Nak tergelak pun ada bila melihat wajah ikha tampak risau. Takut ke? Hahaha!

"Apa-apa jelah. Ok bye" ujarku lalu aku melanggar saja bahunya, berlari anak menuju ke rak lain. Aku memegang dada . Apesal la dengan heartbeat aku ni?

Khai menggelengkan kepalanya. Lantas mengusap tengkuk. Haduhai ikha ikha.. . Baru sikit dah cuak? Hahaha. Comel! / aku tipu je!


















APLIKASI whatsapp dibuka . Kebanyakan chat dari group keluarga , kelas dan peminat. Keh! Hahaha.. . Chat daripada ikhwan aku buka. Rindu nak gaduh dengan budak ni .. aduhai..

Angah ikhwan
Assalam along ..
bila nak balik rumah?

waalaikumsalam..
minggu ni along balik. Nape?

Angah ikhwan
Oh.. takdelah, ni haa
mama dgn papa tanya😆

iye la tu. Entah2 kau
rindu along😏.

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now