Bab 1

1.7K 93 5
                                    

KASUT hitam yang berjenama Palas itu di sarung ke dua-dua belah kaki. Kunci di dalam kocek baju kurung berwarna biru lembut dikeluarkan. Farrah Zulaikha segera berdiri menutup dan mengunci pintu bilik pengawas itu dengan cermat.

Kaki menapak laju ke kawasan rondaan. Buku catatan merah dan pen mata bulat berwarna biru dipegang erat. Itulah rutin harian Ikha sebagai seorang ketua pengawas, selain memantau hal ehwal kebajikan pelajar, dia juga mengawal dan pantau disiplin pelajar.

Ikha menoleh ke kiri dan ke kanan. Mana Deana ni? Takkan pergi ke kelas lama sangat kot. Bahang terik matahari mula terasa hingga menembusi kepala.

"Ikha!" Jerit seseorang dari jauh.
Ikha menggelengkan kepala. Yang dicari lain, yang datangnya lain. Hashtag, Ikha tabah!

"Jom ikut aku ronda kawasan" Ajak Ikha, seraya memandang pemuda di hadapannya. Wajah polos itu di kerling sekejap. Kesian, penat berlari ke inche abang? Hahaha... Gelak Ikha dalam hati.

Allif menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal nafas yang tidak teratur dari tadi. Penatnya itu bukan main! Itulah, siapa suruh kau berlari Allif?

"Haha.. yelah. Jom " Jawab Allif. Senada. Sengihan tak lekang di bibirnya. Antara tugasan pengawas yang dia minat semestinya dengan meronda kawasan bersama Ikha, akak lesung pipit walaupun gadis itu selalu tampak tegas dan garang di sekolah.

Rondaan petang ini diteruskan ke tingkat 2, bunyi riuh rendah dari arah belakang kelas 5 Anggerik menarik perhatian Ikha. "Apahal bising sangat tu?" Soal Ikha perlahan.

"Ehemm!"

Sekumpulan manusia itu memandang ke arah mereka berdua. Atau lebih tepat, Aku!

Ikha terpanar apabila bertentangan mata dengan mata itu...


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦

"LAWAK lah wei! Aku rasa kau kena cuba makan ramen dengan air sirap pula lepas ni! " Gelak Daus tak henti. Apa benda lah member aku sorang ni, ada ke patut dia makan ramen dengan keropok ikan? Pelik kan? Ke aku seorang saja rasa macam tu.

Kelihatan wajah Muaz berona merah menahan marah. 'Suka hati aku lah. Aku yang makan!' Bisik hati Muaz.

"Kau memang nak kena Daus! Tunggu kau! Mari sini! " Jeritan Muaz hampir menggegarkan kelas 5 Anggerik.

Khai menahan tawa. Melihat gelagat teman-temannya ibarat kanak-kanak ribena saja. Padahal masing-masing umur dah 17 tahun! Rambut yang ditiup angin itu di betulkan kembali. Hensem!

"Ehemm!" Satu suara mampu membuat suasana riuh sebentar tadi bertukar senyap.

Muaz yang memegang lengan Daus itu terhenti.

Dah macam Mannequin Challenge dah! Muaz pegang lengan Daus, Farhan lihat skrin handphone, Syed pula betulkan tali kasut dan Khai melihat dua pengawas di muka pintu belakang itu.

Mereka memandang kehairanan. Lalu , berdiri dan menapak ke arah pintu.

"Ada apa ni?" Soal Syed. Pelik. Tiba-tiba saja headprefect dan setiausahanya datang ke mari! Ada kes terbaru ke?

"Tak adalah.. tadi, kami nak ronda kelas, tiba-tiba dengar bunyi bising dekat area sini. " Jelas Allif. Dia memandang Ikha dengan mengangkat kening.

"Haa yang korang buat apa dekat sini? Tak tau nak beratur dekat luar kelas? Hm? Memekak je tau." Soal Ikha pula. Kelihatan ada bait-bait ayat penegasan di situ.

Khai tersenyum.

Sinis! Memandang gadis di hadapannya. 'headprefect? Erm, boleh tahan.' usik akalnya.

Ikha telan air liur sesaat! Hue..

"Alah akak mawas ni, rileks la. Kami bukannya tak reti nak beratur hehe!" Usik Farhan. Taknak lah aku tengok muka headprefect ni bila marah! Ei seram. Macam Gorilla!

Apa?? Mawas?? Senyum senget diberikan.

"Mawas ya.. okay. " jawabku.

Pandangan beralih ke Allif di sebelah. Dia mengangguk kepala perlahan tanda mengerti.

Allif menekan pen mata bola biru itu , dan membuka buku catatan merah. Laju menulis nama mereka. Tiada yang terkecuali!

Dari ekor mataku, Farhan tercengang. Diikuti rakan yang lain. Heh! Baru korang tau.

Inilah kuasa veto akak mawas!

"Lain kali, buat lah bising lagi. Dan jangan lupa, aku rasa korang ada bakat untuk join contest mannequin challenge. Bye.. " Sempat memberikan kata usikan sebelum meninggalkan kelas 5 Anggerik dengan keadaan mereka yang terpinga-pinga. Allif secepat mungkin mengikuti jejak langkah aku.

'Nak chaw tu bagi la signal dulu, ish!' Kutuk Allif dalam hati. Nak cakap lepas? Mahu kena tekan tubi 40 kali! Eee abang allif tak sanggup!

"Khai" Panggil Daus seraya kembali duduk di atas kerusinya. Makanan di atas meja tadi dibiarkan saja akibat tergendala sebentar dengan kehadiran headprefect itu.

Khai berpaling memandang Daus.

"Aku rasa, kau patut bagi pengajaran sikit lah dekat Ikha tu. Kau taknak kenakan dia ke?" Soal Daus dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekali ini saja nama Khai dan gengnya. Terimbas Kembali kejadian lepas yang mencetus pergaduhan hebat antara mereka berdua.

"Betul betul betul. Dia hukum kau banyak kali wei. Takkan kau taknak balas balik? " Sokong farhan.

Syed dan muaz hanya mengangguk tanda setuju.

Khai membelek jari-jemarinya . Berfikir beberapa saat.

"Aku tak terfikir pula nak kenakan dia balik. Tapi, aku nak juga buat. Biar dia rasa apa yang aku rasa" Jawab khai. Seraya tersenyum. Sinis!

"Kau kan instafamous, so aku ada planning yang baik untuk kau punya! " Jerit daus. Beria.

Teman-teman yang lain hanya menggeleng dengan Daus.

"Suara tu kawal lah sikit. Nanti kalau didengari oleh orang, masak kita tahu" Marah muaz, memukul kepala daus dengan siku tajamnya. Nah, amik kau!

"Sakitlah! Eish. " Adu Daus.

"Plan yang macam mana tu Daus?" Soal Khai. Kaki kiri disilang ke atas kaki kanan.

"Macam ni...." Mereka semua menghampiri daus. Dan sesekali mengangguk faham.

"Kau boleh buat tak khai?" Soal Syed pula. 'Boleh tahan juga idea Daus ni. Yes!' Desis hati syed.

"Come on, ni khairul syah lah." Jawab Khai dengan yakin. Ya, aku akan berusaha untuk memikat hati kau Farrah Zulaikha!

"Dan.. kita tengok, macam mana pengakhiran cerita tangkap cinta kau ni nanti! Hahaha " Usik Muaz. Dengan tangan kanan memegang perut, sakit dari menahan gelak kuat.

"Jangan kau yang masuk perangkap sendiri sudah la khai! " Berderai ketawa mereka berempat.

Khai hanya tersenyum sinis. "Macam tak kenal Khairul Syah ni macam mana"

"Yeah goodluck bro khai, do the best!" Ucap Farhan. Ada terselit kata-kata semangat disitu.

'Farrah zulaikha, akan ku semat namamu dalam permainan ini..' Bicara akal.


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ · · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

✎﹏﹏﹏﹏TQSM SUPPORT AAD
Vote FOR NEXT ☆ !

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now