Bab 4

867 56 16
                                    

HANDPHONE yang diletak bawah bantal itu dikeluarkan. Lalu button on ditekan lama. Yeah dah on! Dikerling rakan-rakan yang lain rancak berborak. Ah biarkan! Cepat sahaja jari menaip kata laluan pada skrin. Internet dibuka. Mak oi, tak sampai berapa minit, berdesup-desup mesej dari aplikasi Whatsapp masuk. Tak lupa juga yang tag , like dan komen dari Instagram. Spontan bibir mengukir senyum saat melihat komen yang rata-rata daripada gadis.

Aplikasi instagram dibuka. Baru seminggu tak on, dah berlambak segala post dan seumpamanya. Biasalah, instafamous. Mana tak nya kan?

Tiba-tiba otak terfikir mahu mencari nama Instagram gadis itu. Siapa lagi kalau bukan headprefect yang muka comel acah gangster nampak tikus lari. Heh! Telah Khai sendiri.

frrah.zulaikha success

Cepat saja di tekan profile itu. Erm, boleh tahan juga minah senget ni punya followers. Lima puluh empat ribu. Famous la juga kan? Kalau tengok dari paras rupa dia ni, memang nampak ayu saja. Senyuman terukir saat memandang Ikha memakai baju jubah merah jambu dan shawl yang dililit. Tampak kemas saja. Haih, kenapalah dengan aku ni tiba-tiba nak stalk dia bagai? Buang masa!

'Eleh kau juga kata dia ayu tadi' Usik akal.

'Memanglah tapi bagi aku dia tetap buruk!' Jawab hati.







ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦

"SEMALAMAN diriku memikirkan dirimu berharap kamu sedar dari komamu.. " Kedengaran Husna sedang mengikuti bait-bait lagu Sedar daripada penyanyi asal. Nama penyanyinya tidak berapa pasti. Atau lebih tepat, lupa! Iqmal agaknya? Iqmal Haziq?

"Woi, kau dah kenapa? Putus cinta? Dari tadi asyik buka lagu jiwang je" Usik Hani seraya menyiku lengan Husna di atas katilnya.

"Mana ada.. aku teringat dekat keluarga aku la.. rindu lah wei.. erm" Jawab Husna sambil mata masih melihat skrin handphone nya. Sejak dia memasuki sekolah berasrama, kepala ligat memikir tentang ibu, ayah serta abangnya. Seperti tidak boleh terpisah dengan ahli keluarga. Kejadian awal semasa mahu masuk ke sekolah terngiang-ngiang di kepala. Spontan Husna gelak halus!

Hani hanya menggeleng perlahan. Kena sampuk dengan hantu ke apa kawan aku ni? Tadi bukan main dia punya ' feeling ' sedih dengar lagu jiwang. Sekali dia ketawa pula.

"Tadi bukan main sedih , sekarang gelak pula. Aduhai husna.." Keluhan dilepaskan.

"Sukahati akulah! Sibuk je" Balas Husna. Lalu dia menyumbatkan kembali earphone pada kedua-dua telinga. Volume dikuatkan. Hah biarlah! Tenang sikit.

Hani mengerling tajam. Lantak kamulah kawan. Ergh. Baik aku kemas katil. Phew!

Ikha membetulkan sedikit kedudukan di atas katil. Bantal ditinggikan. Ahh selesa! Buku cerita yang dipinjam dari perpustakaan itu diambil semula. Mari sambung membaca.

Sedang Ikha asyik membaca, ringtone Despacito melalak kuat diminta di angkat oleh tuannya. Aduhai.. mengganggu ketenteraman aku betul!

IPhone 8+ diambil dan melihat gerangan yang menelefon.

umi tercinta♡

Dengan pantas, bulatan hijau diseretkan ke kanan. Aku berdeham supaya rakan-rakan yang lain senyap. Mereka mengangguk faham.

"Assalamualaikum Ara . Anak umi dah makan ke belum? " Sapa umi di talian.

"Waalaikumussalam umi. Ara dah makan umi. Umi , abah, dengan Jeha sihat? " Soalku pula. Terasa rindu mendengar suara umi terchenta! Lagi-lagi pada abah. Jeha juga aku rindu. Rindu dengan suara manja dia. Ah saya rindu!

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now