Bab 21

636 44 2
                                    

SELEPAS saja berlaku pertelingkahan ala-ala 'manja' gitu , di antara aku, khai , farhan dan bersaksikan member-member asputra , asputri. Korang tahu lah kan siapa orang tu?

Aku mengambil keputusan untuk pergi melilau membeli makanan untuk mengisi tank perut yang dari tadi sudah menendang-nendang perutku untuk meminta makanan. Eh, menendang buat apa , tu untuk mengandung! Jangan macam-macam ikha. Mahu kena calang satu sekolah nanti! Allahu, minta dijauhkan.

Gerai-gerai makanan, minuman , pakaian dan cenderamata itu aku hampiri. Dalam kepala aku, hanya satu saja menu pilihan ku. Apa lagi kalau bukan, nasi ayam!

Satu persatu buah gerai aku perhati dengan pandangan mata yang tajam . Aku bukan marah, cuma tengok dengan teliti. Tolonglah jangan salah faham . Buat apa kalau jadi pengawas, tapi kau series dengan dahi berkedut macam orang tua sepanjang masa. SEPANJANG MASA weh. Aku bukan pengawas macam tu. Hekhek. Nampak tak, aku ni baik orangnya!

Twink twink! Akhirnya nampak juga nasi ayam yang aku cari sedari tadi. Penat weh, kaki aku rasanya kebas semacam je ni. Dahlah gerainya hujung . Nasib hakak sado. Puih!

Secepat mungkin aku melangkah ke gerai tersebut. Nasiblah tak ramai sangat orang yang membeli di situ. Bagi laluan untuk saya ke? Ceh, mari muntah hijau berjemaah.


"Nak apa dik? Nasi ayam ada, nasi ayam berempah, nasi lemak telur, haa macam-macam lagi ni dik. Nak yang mana?" Soal makcik bertudung bawal siput merah. Sambil tangannya menunjukkan ke arah menu gerainya. Aku hanya tersenyum.

"Bagi saya nasi ayam biasa satu" jawabku dengan sopan. Makcik tadi tersenyum dan mengangguk faham. Aku memerhati cara makcik itu membungkus makanan.


"Dah dik. Rm4.00" kata makcik itu sambil menghulurkan bungkusan nasi ayam kepadaku.


Aku mengambil nasi ayam yang telah siap dibungkus itu,lalu tangan masuk ke dalam poket seluar tracksuit.

Sekejap! Mana duit aku? Kalau tak silap aku tadi, aku dah masukkan dalam poket. Oh, tidak... jangan cakap yang aku letak dalam beg. Hwaaaaaaa!!

Makcik itu memandang aku pelik selepas melihat aku tampak seperti cemas.

Ya, memang cemas pun. Duit tak bawa!!

"Er.. maafkan saya makcik. Saya lupa nak---" ayat aku terus dipotong oleg figura yang bersuara matang .


"Nah rm4.00 " kata si dia sambil menghulurkan not berwarna hijau kepada makcik itu tadi.


Khai??!!


" sweet betullah kamu berdua ni, makcik dulu masa muda-muda pun macam ni juga .. semoga allah merahmati hubungan kamu berdua ye dik. " kata makcik itu , dengan senyuman manis diberikan ikhlas kepadaku dan khai?

Aku membuat muka sepuluh sen. Kurang asam punya khai?! Kenapa mesti dia? Semak betullah. Tapi kan, dia ni baik juga kan? Hahaha. Fikir positif ikha, mungkin ada udang di sebalik batu. Hm!

" nanti aku ganti duit kau balik" ujarku . Kaki mula menapak perlahan menuju ke kantin. Khai turut mengikuti bersama disebelahku.

" aik? Tak sudi ke terima kesayangan belanja ? " soal khai mengada. Dia tayang gigi comel macam arnab putih. Hek eleh. Geli doh!



" arghhhhhh!!!" marahku tak puas hati. Ada kang nanti jadi amukan king kong dekat tengah jalan ,haaa.



" hahahhaa" khai membuat simbol 'mini love' serentak itu mengenyitkan matanya. Lalu, beredar dari situ.

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now