Bab 29

315 27 0
                                    

Gatal-gatal yang merebak di seluruh badan semakin berkurang. Aku lupa sangat yang sebenarnya tak boleh makan kacang. Haish, maksudnya aku ni dah semakin tua lah kan?

Aku pandang sekilas beg pakaian yang telah disiap kemas di atas meja. Yeah, hari ni dah boleh balik! Nasiblah mamat senget tu tiada di sini, sekarang. Mahunya aku tak bercakap langsung, huu malu.. .. .

" akak! Dah sihat ke? Harini akak dah boleh balik, yeay! " , Jeha tersenyum riang dan memeluk ku erat. Rindu budak kecil ni.

Aku tersenyum manis, " alhamdulillah, akak sihat. Jangan risau okay" , aku mengusap perlahan kedua-dua pipi montel milik jeha. Pipi macam kakak dia!

" memanglah dah sihat. Hero yang jaga heroin, mana taknya" usik umi sambil tersenyum manja. Di usap perlahan kepala anaknya yang baru sihat. Ya allah, lindungilah anak-anak ku dari sebarang penyakit.. Ucap umi, hanya di dalam hati. Kasihan pada anaknya, sakit sewaktu hampir peperiksaan besar.

Aku menjeling malu kepada umi,
" umi ni, saja je tau. Hahaha. Abah mana, umi? " soalku untuk menghilangkan gusar di hati.

" abah dah tunggu dekat luar. Jom, balik...ke nak tunggu hero datang?" usik umi lagi bikin jantungku berdegup laju.

" umi ni!! " , aku mencebikkan mulut dan tergelak kecil diikuti oleh umi dan jeha. Ya allah, aku sayang keluargaku. Lindungilah mereka ya Rabb.





Lagi beberapa hari saja menjelang hari peperiksaan besar bagi pelajar-pelajar tingkatan 5. Alhamdulillah, setakat ini aku faham apa yang aku pelajari. Insya allah, target untuk SPM , aku nak capai 8A. Aminn. Usaha itu penting! Keep it up, don't give up!

Hari ini, dewan makan asrama sediakan makanan kegemaran aku. Apa lagi kalau bukan nasi ayam! Srruppp . Telan air liur kejap heheh. Aku mengambil tempat di sebelah aza.

"Lambat turun, ikha?" soal aza apabila menyedari rakannya yang baru sampai.

Aku tersengih, " ada urusan sekejap tadi. " jawabku, ringkas. Aku membaca basmallah serta doa makan.

Kerusi di hadapan ditarik perlahan. Aku mendongakkan kepala, eh mamat ni lagi. Haish, dah-dah lah tu nak buat hati aku berdebar. Hahahah. Kau orang pernah tak rasa macam ni?

" kau tak makan ke khai?" soal muaz dari jauh sebaris kedudukan khai.

Khai hanya menggelengkan kepala perlahan lalu air teh ais dihirup perlahan. Argh, leganya tekak.

" diet ke? Hohoho" seloroh daus. Farhan hanya tergelak kucing. Eh, kucing boleh gelak ke?

" aku kenyang. " balas khai dengan suara yang agak mendatar. Tak ada mood ke?

Aku sekadar mendengar perbualan mereka. Tak sanggup woo nak tatap wajah itu. Ewah!

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki berbaju ungu menghampiri ku dan memberi surat kepadaku seraya aku berpaling, " surat apa ni dik?" soalku, pelik.

" ada abang tu kirim dekat kakak." jawab budak itu yang bernama Hakimi. Jari telunjuknya menunjukkan arah lelaki yang memberikan aku surat ini.

Aku melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Hakimi, tak ada apa pun. Aku kena pancing ke ni?

" kau tipu eh? " soal khai, tegas. Muka tampak tegang sedari tadi.

" be.. be.. betul bang. Tadi orang tu dekat sana. Dia suruh saya bagi surat ni tadi " jawab Hakimi dengan gagap yang rendah sedikit daripada aku.

" relaks lah khai. Okay dik, terima kasih" , aliff yang disebelah khai hanya memujuk. Bukannya dia tidak faham dengan reaksi khai.

Hakimi mengangguk perlahan dan beredar dari situ. Aku yang sudah siap makan, terus berdiri dan bergerak ke sinki.

" nak pergi mana? " soal hani dari jauh.

" aku gerak dulu, jumpa kat dorm nanti. " jawabku. Yang lain hanya mendengar dan mengangguk faham. Tanpa mereka sedari, ada hati yang terusik. Dia mesti siasat, tanpa membuat keputusan melulu.




Selesai saja solat isyak berjemaah, Ustaz Fahmi mengambil tempat di kerusi tetamu jemputan pada malam ini. Mikrofon di pegang untuk memulakan ceramahnya. Acara dimulakan dengan selawat ke atas nabi dan beberapa potongan ayat suci Al-Quran. Ustaz Fosdi berkata, walaupun dalam ucapan harian, kita mesti mendahulukan ucapan tersebut dengan memuji nama Allah swt , barulah nama-nama pengetua, guru-guru dan sebagainya.

Setelah itu, ustaz memulakan ceramahnya, " alhamdulillah ke hadrat Ilahi , dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada malam yang mulia ini untuk menambah ilmu agama dalam diri. Saya ingin kongsikan sedikit tentang tangan-tangan kita. Cuba tuan , puan dan para pelajar perhatikan tangan kamu semua. Jika terdapat urat biru di situ, ini bermakna anda mengalami penyakit 'stress' . Jadi, saya nasihatkan kepada para guru supaya tidak memberi kerja rumah yang terlalu banyak untuk para pelajar. Cukuplah sekadar latihan yang memadai. " terang ustaz Fahmi dengan panjang lebar. Selepas itu, banyak lagi point-point terbaik daripada Ustaz.

" yeah lepas ni dapat lah kerja rumah sikit je! Yohoo!" , hani membuat give me five kepada teha dan yang lain.

Husna memberi amaran secara berbisik, " oi senyap sikit. Orang lain tengok kita tahu!" , nasiblah kalau dapat member riuh sedikit.

Aku hanya menggeleng dan ketawa kecil. Dalam hati pun gembira juga sebab tak adalah terlalu tension dengan kerja rumah dan hal pengawas . Alhamdulillah. Aku melepaslan keluhan perlahan.

Habis saja ceramah malam ini, kami berkumpul di pondok tempat biasa.
Aku ambil tempat duduk di sebelah iman. Sejuknya malam ni, alhamdulillah. Tidur lena lah kita!

Asyraf berpaling ke sebelah kanan, "kau kenapa khai? Tak sihat ke? " soal asyraf.

Pandangan kami semua tertumpu pada khai. Haah, baru perasan muka dia macam... Marah ada, risau pun ada. Kenapa eh?

Khai mengusap belakang lehernya perlahan, seraya menjawab " aku okaylah. Jom lah balik. Penat plus tak selesa" , dia terus bangun dan beredar tanpa memandang belakang.

Geng asputra juga ikut beredar, "jom balik" ajak aza. Aku hanya duduk di situ. Ingin ambil udara segar. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati eh? Barangkali cuma firasat saja kot. Doa, ikha. Insya allah tak ada apa-apa.











Maaf kalau chap ni agak membosankan :) . Apa yang berlaku antara khai dengan ikha nanti? Stay tune okay!

Votes !! 🌟🌟🌟🌟

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now