A: ROTD | 1

520 26 4
                                    

Angin bertiup kencang apabila seseorang mendarat secara menjunam disebuah tempat. Dia bangun lalu berdiri melihat bangunan yang sedikit hancur akibat perang antara seluruh Rynvania dan puak Devil terdahulu.

Tulisan purba yang ada dibaca. Tangannya menyentuh perlahan melihat semua itu.

"Kau dah jumpa tempat itu? " ujar satu suara daripada alat pendengaran pada pemuda tersebut.

"Runtuhan purba pada zaman dulu, ketika nenda Aurora masih hidup." kata pemuda tersebut dengan nada perlahan.

Dia menyentuh runtuhan tersebut lalu matanya bercahaya.

Ketika itu juga bayangan seseorang merenungnya dari jauh menyapa diruang mindanya.

"Siapa kau? " tanya pemuda itu tanpa memandang kearah seseorang yang sedang merenungnya.

Dia tanpa bicara terus menghampiri pemuda tersebut dengan lagak bersahaja.

Lambang pada kerudung yang dipakai oleh seseorang itu sedikit pudar.

"You will know soon. " lalu si berkerudung itu menghilangkan diri.

Aura yang dimilik si pemakai kerudung itu seperti dikenali olehnya tapi ditepis baik oleh minda kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu.

"Arvest, lebih baik kau rakam semua tulisan purba itu dan pulang semula ke istana. Ada benda yang perlu kau lihat. " kata suara tersebut lalu mematikan talian tersebut.

Pemuda itu segera menghabiskan kerjanya lalu mengaktifkan suit tempur yang dipakai olehnya itu.

Sir, we will arrive in 15minutes.

"Aiko, terbang terus ke kawasan makmal. "

As your wish.

Segera suit tempur tersebut mendarat dihadapan sebuah makmal diistana Avila yang masih megah berdiri walaupun sudah diubah suai diluar mengikut peredaran masa.

Ada juga bahagian yang masih lagi dikekal dan ada juga diubah.

Arvest meletakkan tapak tangan pada pintu kaca lalu pintu tersebut terbuka dengan sendiri.

Pemuda itu berjalan melepasi beberapa pintu makmal yang dihuni oleh para saintis yang sedang melakukan kajian mereka.

Ada juga para saintis yang terserempak dengan dirinya lalu menunduk hormat padanya. Arvest hanya tersenyum membalas sapaan mereka.

Muka diseriuskan kembali lalu dia melangkah terus ke sebuah makmal yang terletak dihujung bangunan tersebut.

Arvest membuka pintu tersebut dengan alat pengesan tapak tangannya.

BANG!!

BANG!!!

Bunyi seperti tembakan jelas kedengaran ditelinganya.

Seorang jejaka berambut hitam sedang menguji senjata yang direka olehnya. Setiap bidikannya tepat mengenai sasarannya.

"Aiko, change now. " arah Arvest lalu Aiko menukarkan suit yang dipakai oleh Arvest berubah menjadi sebuah kapsul kecil.

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now