Bab 2 #saraedlan

6.6K 222 3
                                    

Sara menyeka air mata yang mengalir. Ini yang dia paling tak suka bila hiris bawang merah, pasti air mata dia sama naik mengalir.

"Sara, you okey tak ni?" tanya Edlan yang sedang menggoreng ikan kembong.

Sara mengeleng laju. Dia tak okey ketika ini, mahu saja dia baling bawang merah itu ke luar tingkap dapur. Tapi memikirkan ayah dan ibu Sofia yang akan tiba bila-bila masa, dia gagahkan juga menghiris bawang merah itu.

Tanpa sedar, Edlan sudah berdiri dibelakangnya. Lelaki itu mengambil pisau yang dia sedang pegang lalu menolak badannya ke tepi.

"Meh sini I potong. You pergi tengokkan ikan yang I goreng tu." arah Edlan.

"Tak apa ke, Ed? I seganlah dengan you. Sepatutnya I yang masak semua ni untuk gantikan Fia, tapi ini you pula yang buat."

"I tak kisah, asalkan you selesa. Keselesaan you keutamaan I sekarang. Okey? Now, you go and check my ikan goreng." kata Edlan.

Sara mengangguk lalu mendekati kuali. Dia mengalih ikan yang sedang digoreng. Apabila terkenang keadaan ini, dia jadi rindu pada ibunya. Apa khabar ibu? Sudah 3 bulan dia tidak pulang ke Kuala Lumpur.

"Sara…I suruh you tengokkan ikan, bukan temenung." tegur Edlan.

Sara yang tersedar, cepat-cepat mengangkat ikan goreng itu. Wajah Edlan kelihatan tegang, pasti dia marah.

"I minta maaf, Ed. Ehm…"

"It's okay. Sekarang I nak you jujur dengan I."

Dahi Sara jadi berlapis. Jujur? Tiba-tiba saja Edlan minta dia jujur. Takkan pasal ikan goreng Edlan nak minta dia jujur.

"I nak you jawab dengan jujur. You pindah sini disebabkan Hilmi, kan? Your boss?" soal Edlan.

Sara terkedu. Dari mana Edlan kenal Hilmi? Tak mungkin Sofia cerita kerana gadis itu tak kenal Hilmi.

"Kenapa I perlu jujur dengan you? Hal tu sangat privasi untuk I." jawab Sara.

"Yeah, that's your privacy. But, I need to know about you. Before…" Edlan terdiam.

"Before?" tanya Sara kehairanan.

"Before...nothing. Ehm, you pergilah kemas meja makan. Biar I sediakan makanan."

"Okey." ujar Sara sebelum keluar dari dapur.

Edlan menghembus nafas lega, nasib tak terlepas cakap. Kalau tak pasti Sara tahu segalanya. Tentang isi hatinya.

Hilmi menatap tajam ke arah Sofia. Gadis itu tidak gentar langsung berhadapan dengan dia. Malah kata-kata Sofia membuatkan dia berang.

"Awak tak faham ke Sara dah bahagia sekarang? She happy with my brother. Plus, she don't need you anymore."

Hilmi ketawa sinis. Bahagia? Sara tak akan pernah bahagia dengan lelaki lain kecuali dia. Sara cintakan dia begitu sebaliknya.

"Kau boleh cakap apa saja, aku tak kisah. Yang aku nak sekarang adalah Sara. Kau suruh dia keluar sekarang. Sebelum aku pecahkan pintu rumah kau." bentak Hilmi.

"Awak siapa nak pecahkan pintu rumah saya? She's not your fiance or wife. So, please behave. Sedar diri sikit awak ada kat mana." kata Sofia.

Sara yang berada di dalam rumah terganggu dengan suara riuh-rendah.

'Siapa pula yang bergaduh depan rumah?' getus hati Sara.

Dia meletakkan pinggan yang baru dilap lalu mendekati pintu keluar. Suara orang sedang bergaduh semakin kuat. Tanpa berlengah, dia membuka pintu.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now