Bab 9 #saraedlan

5.2K 179 0
                                    

Sara membuka matanya perlahan, ada sesuatu yang melingkar pada pinggangnya. Semuanya terlihat samar, dia cuba membuka matanya sekali lagi. Terasa hembusan nafas dekat dengan telinganya. Sara menoleh ke sebelah dengan gementar.
"Ya Allah!"

Terbuntang mata Sara melihat lelaki disebelahnya. Tiada seurat benang pada lelaki itu, dia juga. Apa yang telah berlaku kepada mereka? Tak mungkin dia dan lelaki itu...

"Ed...Edlan?! Bangun!" jerkah Sara sambil menumbuk tubuh tegap Edlan berkali-kali.

Edlan yang terkejut, terus bangun dari lena. Sakit pada kepala menguasai dirinya. Pandangan dia juga samar-samar untuk melihat siapa dihadapannya.

"What are you doing to me?" tanya Sara dengan tangis.

Tangan Sara menggeletar hebat apabila melihat Edlan bangun dari katil. Dia pantas menarik selimut menutup tubuhnya. Sekarang, dia jijik dengan diri sendiri.

"Sa...Sara." panggil Edlan dengan gagap.

Tangisan Sara semakin kuat bersama jeritan. Edlan sendiri terkejut dengan apa yang terjadi. Dia langsung tak ingat apa yang telah terjadi. Yang dia ingat hanya makan malam bersama Sara dan dia melamar gadis itu sekali lagi. Selepas itu, memori dia terus lenyap.

"Apa yang you dah buat pada I, Ed? Apa salah I? Kenapa?!" soal Sara dengan nada tinggi.

Edlan menyarung seluar jeans miliknya lalu duduk dihadapan Sara. Walaupun dia sendiri tak ingat, tapi apa yang perlu dia lakukan ketika ini? Apakah dia dan Sara sudah terlanjur? Dia sendiri belum pasti.

"I tak ingat apa-apa, Sara. Yang I ingat, kita pergi dinner sekali dan I melamar you. Apa yang jadi selepas tu, I tak ingat langsung. I'm so sorry, Sara. I'm so sorry..." lirih suara Edlan.

Dia tak sanggup melihat Sara. Gadis itu pasti terluka dengan apa yang terjadi. Apa yang perlu dia lakukan ketika ini? Dia sayangkan Sara, tak mungkin dia sanggup sakiti pujaan hatinya itu.

"I tak nak tengok you lagi lepas ni. Apa yang terjadi pada kita hari ni, I akan lupakan. Termasuk you." ujar Sara lalu turun dari katil.

Tak sampai sesaat, Sara terjatuh apabila cuba berdiri. Sakit dibahagian bawah menyeksa dirinya, dia tidak kuat untuk berjalan.

"Sara, are you okay?"

Edlan memegang bahu Sara. Alangkah terkejutnya dia melihat Sara terjatuh sebaik saja turun dari katil. Selimut yang menutupi tubuh gadis itu terselak sedikit. Mata Edlan membulat melihat 'sesuatu'. Apa yang telah dia lakukan pada Sara?

"Sa...sakit, Ed."

Sara mengadu kesakitan, lengan Edlan dicengkam kuat. Dia tak kuat untuk berdiri walaupun sesaat. Tangisan semakin lebat menuruni dari tubir mata, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tapi dia bencikan keadaan ini.

"I akan bertanggungjawab atas apa yang terjadi. I akan tanggung semua kesakitan you, Sara. I minta maaf." kata Edlan dengan lirih.

Air mata jantannya juga menitis. Melihat kesakitan Sara, membuatkan dia semakin rasa bersalah. Apa yang terjadi antara mereka amat menyakitkan.

"You sabar ya, sayang. I panggilkan Jasmine." kata Edlan sambil mengendong Sara.

Dia meletakkan Sara penuh berhati-hati di atas katil. Apabila memastikan Sara sudah selesa, dia mula mencari telefon bimbitnya. Wajah Sara sedang menahan kesakitan membuatkan dia semakin kalut mencari telefonnya. Perit hatinya melihat keadaan Sara kini.

Jasmine mengeleng kepala berkali-kali. Dia mengenali Edlan lebih 10 tahun, tapi dia tak menyangka semua ini akan terjadi.

"She's very hurt, Ed." jela Jasmine dengan lembut.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now