HYE

4.8K 80 10
                                    

Hye, assalamualaikum korang kalian sayang sayang sayang. Tujuan Nur publish HYE ni saja jer nak tanya khabar korang. Sihat ke? Dah makan ke belum? Ready tak untuk minggu terakhir Ku Ingin Kamu???

Yes! Minggu ni minggu terakhir Ku Ingin Kamu. Yang minta sad ending, happy ending korang kena tunggu tau. Sebab ada kejutan! Kejutan yang tak berapa nak terkejut sangat. Selepas tamat Ku Ingin Kamu, Nur akan buat undian sama ada Always Mine atau Farewell Letter yang akan dipublish selepas cuti panjang nanti. Kat bawah Nur belanja sikit sinopsis Always Mine (AM) dan Farewell Letter (FL).

Always Mine

Hubungan yang terjalin selama 6 tahun terputus begitu sahaja selepas perselisihan faham berlaku. Jasmine memilih untuk mengundurkan diri dan melupakan Gibran.

Kerana ego yang tinggi melangit, Gibran lebih memilih untuk membiarkan Jasmine pergi dengan hati terluka. Biarlah apa nak jadi, asalkan dia tak perlu meminta maaf. Tiada erti kata 'maaf' dalam kamus hidup dia.

Hubungan mereka yang melebihi segalanya menjerat Gibran selepas ketiadaan Jasmine. Dia perlukan wanita itu! Tapi sayang, Jasmine memilih untuk menyembunyikan diri daripada menutup kekurangan diri.

Selepas bertahun terpisah, mereka bertemu kembali ditempat pertama mereka berjumpa. Kali ini, Gibran sanggup merendahkan egonya dan memujuk Jasmine. Tapi terbalik pula dengan Jasmine. Dia terlalu ego untuk menurut kata hati dan pujukan Gibran.

"I minta maaf atas semua kesalahan I. Kalau you izinkan I nak bertanggungjawab. I nak jadikan you isteri I yang sah." -Gibran

"I bukan Jasmine yang dulu, Gibran.  I dah berubah!" -Jasmine

Apakah kisah mereka akan menemui 'happy ending' atau 'sad ending'? Bagaimana pula jika seseorang hadir membawa cinta yang baru pada Jasmine?

Farewell Letter

Abby Yuhayra...dia penyebab Raziq dan Abigail bertemu.

Kehadiran Abby Yuhayra ke dalam hidup Raziq membawa 1001 perasaan dan juga kisah yang sukar untuk diceritakan. Daripada tiada kaitan dengan Abby Yuhayra, Raziq jadi terikat dengan kanak-kanak perempuan itu.

"Kerja you senang, jadi bodyguard dan babysitter Ayra. I bukan minta you jadi bapa saudara dia." -Abigail

"Kalau jadi bapa saudara pun apa salahnya. Ayra suka Uncle Ziq dengan Aunty Su." -Abby Yuhayra

Sudah! Abby Yuhayra mula rapatkan Aunty Su dan Uncle Ziq. Tapi disebalik kisah gembira dan lucu mereka, tersimpan kemas kisah silam yang penuh duka di dalam hati Raziq. Kerana takut kisah silam itu berulang kembali. Dia meninggal sekeping Farewell Letter pada orang-orang yang telah mendapat tempat istimewa dalam hidupnya.

"This farewell letter means I love you. I didn't means to leave you, but I need to go find the strength. I need that strength to protect and love you." -Raziq

Apakah farewell letter dari Raziq merupakan titik permulaan atau titik pengakhiran kisah mereka bertiga? Bagaimana pula dengan kisah silam Raziq?

So, macam mana? AM atau FL yang akan dipublish dulu? Pilih ye awak2 sekalian. Kali ni Nur akan ikut undian terbanyak. Kalau ada yang nak request cerita lain dari AM dan FL boleh pm Nur tepi. Ni nak share sikit akaun social yg Nur ada

Ig: ctwany.mahady
Wc: ctwanymahady98
Fb: Ct Wany Mahady
telegram&whatsapp: boleh pm untuk nombor saya. Mana boleh letak sini, mau dicall malam2. 😂😂

So korang yang nak kenal Nur macam mana. Kurus ke, gemuk ke. Cantik ke, hodoh ke. Belajar kat mana? Tinggal kat mana? Asal mana? Single or berpunya? Korang boleh dan boleh tahu kat akaun diatas. Kalau ada yang rajin pm Nur, inshaallah Nur akan balas as soon as I can. Inshaallah Nur akan followback.

Lots of love from Kedah uolls 😘😘

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now