Bab 3 #saraedlan

6K 198 2
                                    

3 tahun lalu…

"I nak putuskan hubungan kita." kata Dhiayana.

Edlan yang baru saja keluar dari perut kereta terkejut. Wajah Dhiayana yang tidak dihiasi senyuman ditatap lama.

"Kenapa?" soal Edlan pendek.

Dhiayana mendengus kasar. Dia mengambil kotak sederhana besar yang ada di atas meja lalu diletak atas jalan.

"I tak perlukan you lagi. I akan berkahwin dengan lelaki yang selama ni ada dalam hati I, Hilmi Sufian." ujar Dhiayana dengan angkuh.

"Hilmi Sufian?!"

Edlan meraup kasar wajahnya. Selama ini, dia dibohongi oleh wajah tidah bersalah sahabatnya itu. Bersama wajah tegang, Edlan mendekati Dhiayana.

"I lepaskan you, Dee. Tapi…you kena ingat sesuatu."

Edlan jeda seketika. Dia cuba mengumpul semangat yang terbang entah ke mana. Rasa sakit hati semakin menular ke seluruh tubuh badan.

"You kena ingat, sekali I lepaskan you. I tak akan terima you semula. Bagi I, you dah mati." kata Edlan.

Dhiayana tergamam. Kata-kata Edlan menusuk jauh ke dalam hatinya. Ya, dia pernah suka pada Edlan sehingga dia sanggup mengejar lelaki itu. Tetapi cinta dia tetap untuk Hilmi. Kenapa dia tak berani mengejar Hilmi? Kerana Hilmi hanya menganggapnya seperti adik sahaja.

"Barang-barang ni you boleh ambil semula. Kalau you nak bakar sekalipun, ikut suka hati you. I dah tak nak ambil tahu pasal you. You boleh berbahagia dengan Hilmi." ujar Edlan dengan nada perlahan.

Edlan langsung tidak memandang Dhiayana. Hatinya sudah cukup berkecai dengan kata-kata Dhiayana sebentar tadi. 4 tahun menyulam cinta bersama gadis itu bukan sekejap. Dhiayana adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu yang memulakan perkenalan, tetapi dia sudah lama jatuh cinta pada Dhiayana.

'Mungkin bukan jodoh aku dengan dia. Aku terima.' desis hati Edlan.

Enjin kereta dihidupkan. Dia menoleh sekilas pada Dhiayana, gadis itu tetap dengan wajah angkuh. Tidak memaparkan bahawa ada kesedihan atau menyesal dengan tindakannya. Bersama hati yang berat, Edlan meninggalkan Dhiayana.

Baru saja ingin memeluk Edlan, satu penumbuk melayang ke arah pipi. Kerana tidak dapat seimbangkan badan, Hilmi jatuh terduduk di atas sofa.

"Selama ni aku percayakan kau, Mie. Ini yang kau buat? Ini yang kau balas? Sahabat jenis apa kau ni?! Sanggup rampas kekasih sahabat sendiri." bentak Edlan.

Hilmi diam. Ini bermaksud, Edlan sudah tahu segalanya. Tentang perjodohan antara dia dan Dhiayana. Pasti Dhiayana yang beritahu. Hilmi mengeluh perlahan.

"Kami dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Aku tak pernah cintakan dia, Lan." ujar Hilmi.

Edlan ketawa sinis. Tak pernah cintakan dia.

"Aku kenal kau hampir 15 tahun, Mie. Kerana perempuan, kau sanggup khianati aku. Apa salah aku pada kau, Mie? Aku cintakan dia. Aku sanggup korban impian aku kerana dia. Tapi ini yang aku dapat? Hanya penipuan dari kekasih dan sahabat aku sendiri? How dare you, Hilmi!"

Edlan menumbuk muka Hilmi sekali lagi. Sahabat yang dia kenal dari sekolah rendah sehingga ke universiti sanggup menikam dia dari belakang. Dulu, dia selalu berfikir Hilmi adalah orang terakhir yang akan mengkhianatinya. Tapi, semua itu salah belaka.

"Mulai hari ni, kau bukan sahabat aku lagi. Aku tak pernah ada sahabat yang tak guna macam kau, Mie. Jangan kau muncul depan aku lagi. Aku bencikan kau, Mie." kata Edlan dengan nada kasar.

Hilmi cuba memujuk Edlan, tapi lelaki itu pantas menolak kasar tubuhnya. Tiada lagi senyuman perpisahan antara mereka. Tiada lagi gurauan kasar antara mereka.

'Semua ni kerana Dhiayana. Kalau dia tak terima pinangan mama, semua ni takkan terjadi. Aku takkan hilang seorang sahabat.' getus hati Hilmi.

Semua barang yang ada di atas meja kerjanya, dibaling ke arah dinding. Perkara yang dia paling takut sudah terjadi, dia kehilangan seorang sahabat selamanya. Edlan umpama saudaranya. Ke mana saja mereka pergi, pasti bersama. Tetapi kerana seorang perempuan, persahabatan yang terjalin selama 15 tahun musnah begitu sahaja.

2 bulan kemudian…

Edlan melihat surat tawaran kerja dari syarikat petroleum terbesar negara dengan pandangan kosong. Perlukah dia menerima tawaran itu sedangkan dia sudah ada kerjaya yang stabil di Haji Farhim Enterprise?

"Edlan, pergilah. Walid izinkan kamu kerja kat sana." kata Haji Farhim.

"Lepas tu macam mana dengan syarikat kita? Siapa nak uruskan?" tanya Edlan untuk kepastian.

"Walid dan Fia yang uruskan. Inikan impian Ed untuk bekerja atas pelantar minyak. Walid tahu Ed tak terima tawaran kerja ni dulu disebabkan Dhiayana dan juga syarikat kita. Tapi sekarang, Ed dah putus dengan Dhiayana dan syarikat kita pun dah stabil. Walid rasa Ed patut pergi, tenangkan diri kat sana." ujar Haji Farhim.

Edlan memeluk Haji Farhim. Setiap kali dia bersedih, ayahnya itu akan datang untuk memujuk dan memberi kata-kata semangat padanya. Tak pernah sekali lelaki tua itu memarahi kebodohannya kerana sanggup mengikut semua kata-kata Dhiayana.

"Terima kasih, walid." kata Edlan.

Haji Farhim menepuk perlahan belakang Edlan. Dia faham keadaan Edlan sekarang memerlukan anaknya itu untuk pergi jauh. Pengorbanan Edlan selama ini membuatkan dia selalu rasa bersalah. Kerana syarikatnya hampir muflis, Edlan sanggup menolak tawaran bekerja di Kuwait dan membangunkan semula syarikat itu.

"Sama-sama, Ed. Kamu anak yang baik dan taat. Walid tak sanggup tengok kamu bersedih lagi. Pergilah, nak." ujar Haji Farhim dengan lembut.

Sekarang…

"Itulah kisah antara I, Dhiayana dan Hilmi. I ada sebab yang kukuh kenapa I nak lindungi you dari dia. 15 tahun, I jadi sahabat dia membolehkan I tahu dia punya sikap dan sifat macam mana. I know him better than anyone, family dia sendiri pun tak kenal dia." ujar Edlan panjang lebar.

Sara menghela nafas perlahan. Sukar untuk dia menidakkan cerita Edlan kerana bukti mengenai peristiwa Hilmi ditumbuk masih segar di ingatan. Dulu, bila dia tanya siapa yang tumbuk lelaki itu? Hilmi hanya kata, kawan.

"I perlukan masa untuk berfikir. Boleh you beri I masa?" tanya Sara.

"Okey, I bagi you masa. I tahu permintaan I ni sangat berat, tambahan pula dengan apa yang I cerita. Maybe, you tak sanggup nak cakap dengan I lepas ni."

Sara tersenyum. Tak mungkin dia akan menjauhi lelaki yang telah membantunya. Lelaki yang mencintai dia dalam diam. Tanpa dia sedari langsung.

"I akan bercakap dengan you, Ed. You, lelaki yang baik. Tak mungkin I akan menjauh dari seseorang yang dah tolong I." kata Sara dengan lembut.

Edlan juga turut tersenyum. Kini, dia yakin. Hari ini ada permulaan untuk kisah antara dia dan Sara. Mungkin kisah yang bermula dari kejujuran tentang kisah silam akan berakhir dengan kebahagiaan.

'I harap ini permulaan yang baik untuk kita, Sara.' desis hati Edlan.

Prang!

Dada Hilmi berombak laju. Cermin yang sudah pecah hampir separuh ditatap dengan dendam. Wajah Edlan dan Sara datang silih berganti. Pelukan erat lelaki itu pada bahu Sara umpama mencurah minyak ke dalam api yang sedang membara.

"Aku akan pisah kau dan Sara! Aku takkan biar kau bahagia, Edlan. Tak akan!" jerit Hilmi.

Dia meraup kasar wajahnya. Meja solek dihentak berkali-kali. Rasa marah dan terkilan semakin berleluasa. Dia marah kerana terpaksa bersaing dengan Edlan. Dia juga terkilan kerana terpaksa menyakiti Sara sebentar tadi.

"I akan dapatkan you semula, Sara. Kalau I tak dapat you, Edlan pun tak akan dapat." tekad Hilmi.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now