Bab 16 #saraedlan

5.3K 127 1
                                    

Dhiayana memandang lelaki dihadapannya dari atas hingga ke bawah. Lelaki itu boleh dikatakan kacak dan mempunyai senyuman menggoda. Penampilannya juga mengikut trend terkini.

"Apa yang you nak dari I, Karl? I rasa kita tak pernah berjumpa sebelum ni. Macam pelik pula tiba-tiba you call I dan ajak jumpa. Dari mana you dapat nombor telefon I?" kata Dhiayana.

Karl membetulkan duduknya. Dia sudah jangka Dhiayana akan bertanya mengenai dari mana dia dapat nombor telefon perempuan itu.

"Dari mana I dapat nombor you tak penting. Apa yang penting, I nak ajak you bekerjasama. Apa yang you nak dan apa yang I nak hampir sama. Kalau rancangan ni berjaya, kita akan sama-sama dapat untung." ujar Karl dengan yakin.

Berkerut dahi Dhiayana mendengar kata-kata Karl. Bekerjasama? Sama-sama untung? Apakah lelaki ini cuba ajak dia masuk MLM atau skim cepat kaya? Ini yang dia tak suka bila terjebak dengan orang tak dikenali.

"Maaf, Karl. I tak nak invest dalam syarikat you. Syarikat I sendiri pun belum stabil, you nak ajak I invest dekat syarikat you."

Karl terpinga-pinga. Invest? Syarikat? Aduh...minah ni dah salah faham. Tiba-tiba ketawa Karl meletus, kelakar juga Dhiayana. Hilang sekejap stress.

"Kenapa you gelak?" soal Dhiayana.

"I gelak sebab you kelakar, Dhiayana. Siapa yang nak ajak you invest? Hahaha...you so funny, girl."

Karl sambung ketawa lagi. Jujur, dia akan ingat pertemuan ini sampai bila-bila. Ini kali pertama dia ketawa dengan kuat kerana lawak seorang perempuan. Sara sendiri tak mampu buat dia ketawa seperti ini.

Dhiayana tiba-tiba terpaku melihat Karl. Entah kenapa, dia rasa sesuatu apabila melihat lelaki itu. Rasa yang sudah lama hilang kerana dibawa Helmi.

'Kau jangan, Dhiayana! Jangan jatuh cinta. Ingat Helmi, ingat dendam kau pada Sara.' bicara dia dalam hati.

"Karl, please be serious. You nak apa sebenarnya? Jangan buang masa I dengan ketawa you. I banyak lagi kerja nak buat selain layan you." tegur Dhiayana dengan nada marah.

Okey, kali ini Karl terdiam. Dia memandang Dhiayana lama. Dia sendiri tak faham sekarang, kenapa tiba-tiba dia rasa selesa dengan wanita ini. Seperti mereka sudah kenal. Tapi selesa macam mana pun dia, rancangan perlu diteruskan.

"I tahu you berdendam dengan Sara dan Edlan. I disini nak ajak you bekerjasama untuk hancurkan rumahtangga diorang." ujar Karl dengan jujur.

Dhiayana terdiam mendengar kata-kata Karl. Okey, ini mengejutkan! Dia ingat, dia seorang saja yang ingin runtuhkan rumahtangga Sara dan Edlan. Rupa-rupanya ada orang lain yang mempunyai niat buruk seperti dia.

"Dari mana you kenal Sara dan Edlan? Kenapa you ajak I bekerjasama?" tanya Dhiayana bertubi-tubi.

"I dan Sara kenal dari kecil lagi. Honestly, I love her so much. Sara merupakan perempuan yang paling I sayang dan cinta. Kerana tu lah, I nak ajak you bekerjasama. I perlu rampas Sara dari Edlan. Hanya you yang mampu bantu I." jelas Karl.

Dhiayana hanya diam mendengar penjelasan Karl. Jujur, dia cemburu dengan Sara. Wanita itu dicintai oleh tiga orang lelaki yang hebat. Sedangkan dia? Dia hanya mencintai orang yang tak pernah membalas cintanya.

"I tak boleh bekerjasama dengan you, Karl. I'm so sorry." Dhiayana terus bangun dari kerusi.

Dia akui, dia bencikan Sara. Dia mahu Sara menderita seperti yang dia rasa. Tapi untuk bekerjasama dengan Karl, lelaki yang mencintai Sara? Dia tak mampu.

"Kenapa pula tak boleh? Dhiayana, tujuan kita sama. Kalau rancangan ni berjaya you..."

Tak sempat Karl menghabiskan kata-kata, Dhiayana terlebih dahulu memotong dia.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now