Bab 17 #saraedlan

5.3K 133 2
                                    

Sara membetulkan jalannya. Entah kenapa, dia betul-betul rasa tidak selesa. Pinggangnya juga semakin lama semakin sakit. Apakah ini tanda-tanda dia akan bersalin?

"Sayang, are you okay?" soal Edlan yang baru keluar dari bilik mandi.

Sara mengeleng. Tiba-tiba saja dia merasa sakit dibahagian bawah, sakit ini persis ketika dia pendarahan beberapa bulan yang lalu.

"I rasa tak selesa. Sakit sangat bahagian bawah ni. I rasa macam nak bersalin." jawab Sara dengan nada tertahan.

Edlan yang sedang menyarung kemeja terus mendapatkan Sara, wajahnya usah dikatalah. Tapi baru saja dia berdiri dihadapan isterinya itu, terasa basah dilantai umpama ada tumpahan air. Edlan pandang ke bawah.

"Sa…sayang. Air ketuban you dah pecah." kata Edlan.

Sara juga melihat ke bawah. Hampir terkeluar biji matanya melihat air ketuban yang sudah membasahi lantai.

"I bawa you pergi hospital sekarang. Jom!" ajak Edlan dengan kalut.

"Ed…I okey lagi. Lebih baik you ambil beg pakaian I dengan baby. Lepas tu pakaai seluar, takkan you nak pergi hospital pakai tuala. Mahu doktor dengan nurse kat sana kejar."

Dalam menahan sakit, sempat lagi Sara cemburu dengan wanita lain. Isteri mana tak cemburu kalau setiap kali jalan-jalan tak pun pergi hospital untuk pemeriksaan kandungan, wanita lain tenung suaminya macam nak terkam.

"Okey-okey. You duduk kejap, I pergi bersiap dan ambil beg. Kalau you rasa makin sakit, terus jerit." ujar Edlan lalu bergegas masuk ke dalam bilik persalinan mereka.

Sara hanya mengeleng perlahan, segaris senyuman nipis menghiasi wajahnya. Edlan kalau sudah kalut campur gabra, benda yang dia nak ambil jadi tak ambil.

Air mata Sara menitis perlahan mendengar laungan azan dari Edlan. Beberapa minit yang lalu, dia selamat melahirkan anak kembarnya. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

"Sayang terima kasih kerana lahirkan anak-anak kita dengan selamat." ucap Edlan dengan lembut.

Dia mengucup lembut dahi isterinya itu. Melihat Sara melahirkan anak-anak mereka sebentar tadi sudah cukup membuatkan dia sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu.

"Sama-sama sayang...untuk you, bersalin 2 tahun sekali pun I sanggup. Asalkan you tak pergi cari isteri nombor 2. I ketuk you guna senduk ummi." gurau Sara.

Edlan ketawa kecil. Ini mesti kes jururawat yang meminta nombor telefonnya ketika Sara sedang menyusu kembar mereka. Jelingan isterinya ketika melihat dia melemparkan senyuman nipis pada jururawat itu saja sudah buat dia kecut perut.

"Sayang, nak jaga you sorang pun tak terkawal. Lagi I larang, lagi you buat. Inikan pula nak tambah lagi satu. Boleh luruh rambut I ni sayang."

"Okey, I gurau je. Ehm…I dah ada nama untuk baby boy kita, Muhammad Eshan Yusof. Untuk baby girl I serahkan kat you. I tahu you dah ada nama untuk baby girl kan?" soal Sara.

Edlan mengangguk tanda 'ya'. Memang dia sudah ada nama untuk bayi perempuan mereka. Tapi tak tahu sama ada sesuai atau tak.

"Assalamualaikum Muhammad Eshan Yusof dan Nur Eshana Yuhayra. Anak-anak kesayangan mummy dan daddy." ujar Edlan.

Sara hanya tersenyum nipis. Eshan dan Eshana, anak kembar yang dia dan Edlan tunggu selama ini. Eshan dan Eshana, pengikat untuk dia dan Edlan terus saling mencintai.

"Edlan…" panggil Sara dengan lembut.

"Ya sayang…you sakit ke? Atau you nak apa-apa? I boleh ambilkan." tanya Edlan sedikit cemas.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now