Bab 13 #saraedlan

4.9K 162 6
                                    

Sara melihat gerak-geri Edlan, hari ini genap sebulan mereka menikah. Selama sebulan juga dia menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Makan, minum dan pakaian Edlan dia uruskan sendiri. Ada timbul rasa bahagia dalam dirinya kerana dapat lakukan itu semua sendiri. Penat? Tak! Dia tak pernah penat.

"Do I too handsome?" tanya Edlan tiba-tiba.

"Hah?"

Sara jadi terpinga-pinga. Kenapa Edlan tiba-tiba tanya soalan begitu? Sara bingkas turun dari katil dan mendekati lelaki itu. Dia membetulkan tali leher Edlan yang sedikit senget.

"I ni kacak sangat ke sampai you tenung tak lepas tadi? Ke you tak nak bagi I pergi kerja?" soal Edlan dengan nada mengusik.

Pipi Sara terasa panas semacam. Malunya kena tangkap tenung suami sendiri! Dia menepuk perlahan dada bidang Edlan sebagai tanda sudah siap.

"You pergi kerja baik-baik, ya? Sekarang…I hanya ada you, Ed. Keluarga sendiri dah buang I jauh dari mereka. Hanya you tempat I bergantung sekarang." ujar Sara dengan nada sayu.

Jantung Edlan umpama terhenti, kata-kata Sara menusuk tepat ke dalam hatinya. Dia memandang Sara, tiada garisan senyuman manis diwajah itu. Jujur, dia tak suka situasi sekarang. Terlalu sakit untuk seorang suami melihat isterinya bersedih.

"You ada I, sayang. I janji akan jaga you sampai akhir hayat. Mungkin kasih sayang keluarga lebih besar dari kasih sayang I. Tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk you. Sayang, you boleh bergantung atau bersandar pada I. Sebagai seorang suami, I akan bahagiakan you. Promise." kata Edlan sambil memeluk erat tubuh Sara.

"Thanks, Edlan." balas Sara.

Tangannya merangkul erat pinggang Edlan. Walaupun dia pernah kecewa kerana pernikahan mereka terjadi disebabkan sebuah peristiwa. Sara yakin, Edlan adalah jodoh dariNya. Jodoh yang akan melindungi dan melengkapi segala kekurangan yang dia punya.

"Hari ni mungkin I balik lambat sikit. Fia ajak I pergi tengok site dekat Seremban. Kalau you nak keluar pergi mana-mana, I izinkan."

"Ehm…okey, Ed. You jaga diri baik-baik tau." pesan Sara.

Edlan mengangguk perlahan lalu mencium ubun-ubun Sara. Semoga bahagia yang dia rasa ketika ini akan kekal selamanya. Cukup sekali mereka sama-sama terluka kerana peristiwa itu.

"I love you, sayang. I pergi dulu, ya? Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, sayang you juga." kata Sara lembut.

Dia menghantar Edlan dengan senyuman manis. Sebagai seorang isteri, dia cukup bahagia dengan apa yang dia punya. Tapi sebagai seorang anak dan adik, dia terasa sunyi. Dia rindukan papa, mama dan Shah. Apa khabar mereka?

S.E Cafe & Bakery

Sara melangkah masuk ke dalam kafe abangnya dengan perlahan. Entah kenapa, dia jadi gerun untuk menjejakkan kaki ke kafe itu. Sedangkan, kafe inilah tempat dia meluangkan masa selama beberapa tahun.
"Sara…" panggil Haida.

Sara melemparkan senyuman manis pada Haida sebelum memeluk erat tubuh pembantu chef itu. Selain Shah dan pekerja lain, dia sangat rapat dengan Haida.

"Kak Haida apa khabar? Sara rindu sangat dekat kak tau." ujar Sara.

"Alhamdulillah, akak sihat je. Sara macam mana? Nampak berisi sikit lepas jadi isteri orang ni." usik Haida.

Pipi Sara terasa panas dengan usikan Haida. Dia akui, sejak pindah masuk ke rumah yang dibeli Edlan sebulan yang lalu selera makannya semakin bermaharajalela. Kadang-kadang, dia sampai malu tengok cermin kerana pipinya sudah tembam. Seringkali pipinya menjadi mangsa Edlan.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now