Bab 12 #saraedlan

5.2K 167 0
                                    

Dhiayana tersenyum sinis. Kali ini, nasib menyebelahi dia. Perempuan yang dia ingin hancurkan berada tepat dihadapannya bersama bekas kekasih yang pernah dia gunakan dulu.

"Hai, Edlan." sapa Dhiayana dengan nada manja.

Sara yang berdiri disebelah Edlan terkejut melihat Dhiayana. Dia bukan terkejut kerana terjumpa dengan gadis itu, tapi dia terkejut tengok pakaian Dhiayana. Blouse tanpa lengan yang ketat serta skirt pendek paras betis membaluti badan Dhiayana.

"Hai…" balas Edlan perlahan.

Dia juga terkejut. Apakah Dhiayana sudah gila? Bukankah selepas menikah dengan Hilmi, Dhiayana sudah memakai hijab. Kata perempuan itu, dia ingin berubah. Tapi sekarang?

"What are you doing here?" tanya Dhiayana.

Dia mendekati Edlan lalu dipaut lengan lelaki itu. Tubuh Sara ditolak kasar sehingga gadis itu hampir terjatuh. Kisah apa dia kalau Sara jatuh sekali pun.

"Apa pegang-pegang ni? I dah ada isteri." bentak Edlan lalu menepis kasar tangan Dhiayana.

Dia mendekati Sara yang tidak menunjuk sebarang reaksi. Dia memeluk pinggang Sara, cuba menenangkan isterinya walaupun tiada langsung kata-kata yang keluar dari bibir itu.

"Isteri? Are you sure? Bukan I ke cinta pertama dan terakhir you?" kata Dhiayana.

Dia sengaja membuat riak jijik apabila melihat Sara. Sudahlah perampas! Dia mendekati Edlan dan Sara, tanpa menunggu lama sebuah tamparan maha kuat dihadiahkan pada isteri bekas teman lelakinya itu.

"Dhiayana?!" tengking Edlan.

Edlan melihat wajah isterinya, bibir Sara berdarah. Dia terus membawa Sara ke dalam pelukan. Terasa tubuh Sara bergetar bersama esakan halus. Ya Allah, sekali lagi dia tak mampu melindungi wanita yang dia cintai.

"Are you crazy? Apa hak kau nak tampar isteri aku? Ehh...kau dengar sini, Dhiayana. Mulai hari ni, kau jangan muncul depan aku lagi. Jijik aku tengok kau." luah Edlan dengan nada tinggi.

Sara memegang pipi Edlan, dia cuba menghantar isyarat supaya suaminya tidak menyakiti hati Dhiayana dengan kata-kata lagi.

"Sayang, kita balik ya?" ajak Edlan lembut.

Sara mengangguk perlahan. Hati dia terlalu sakit apabila melihat Dhiayana tersenyum bangga. Apakah wanita itu terlalu bangga kerana dapat menyakiti dia? Air mata yang cuba ditahan dari tadi, gugur perlahan membasahi pipi.

Edlan memberi jelingan maut pada Dhiayana sebelum membawa Sara pergi jauh dari perempuan tak sedar diri itu. Dia ingat Dhiayana sudah berubah selepas Hilmi meninggal dunia. Rupa-rupanya makin teruk. Keluhan berat terluncur keluar dari mulutnya.

"I minta maaf, Ed. I sayang you." gumam Sara yang memeluk pinggang Edlan.

"It's okay, sayang. I sayang you juga." balas Edlan lalu mengucup lembut ubun-ubun isterinya.

Sara membuka peti sejuk. Semenjak pindah ke rumah baru, dia tak pernah masak sama sekali. Ini semua kerana Edlan sering mengajak dia makan diluar. Kadang-kadang, dia terasa juga. Edlan tak suka masakan dia ke?

"Sayang…kenapa mengelamun ni?" tanya Edlan.

Tangannya elok melingkari pinggang Sara. Sesekali, dia mengucup lembut ubun-ubun isterinya itu. Jika hari-hari dapat peluk Sara begini, pergi kerja pun dia tak mahu.

"I tak tahu nak masak apa malam ni. Skill memasak I macam hilang selepas you asyik ajak makan kat luar. Kadang-kadang I rasa macam you tak sudi nak makan masakan I." jujur Sara.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now