Bab 5 #saraedlan

5.5K 198 3
                                    

Hilmi menatap Sara lama, gadis itu kelihatan seperti kehilangan sesuatu. Wajah Sara juga tidak ceria seperti dulu.

"I ajak you lunch ni sebab I nak minta maaf atas kesalahan I sebelum ni. I tahu, you cintakan Edlan. I akan berhenti kejar you, Sara. Tapi, boleh tak you benarkan I jadi sahabat you? Biar I ada masa you susah dan senang." ujar Hilmi.

Sara merasa aneh dengan kata-kata Hilmi. Penampilan Hilmi hari ini jelas menunjukkan lelaki itu tidak okey. Wajah Hilmi pucat saja, langkah dia juga tidak segagah sebelum ini

"Kenapa tiba-tiba?" soal Sara.

"Sebab I tak nak kehilangan seorang sahabat yang baik macam you dan Edlan. Walaupun I tahu Edlan masih marah. Mungkin I tak akan pernah dapat kemaafan dari dia, tapi I harap you sudi maafkan I. Hanya you yang I ada sekarang." jelas Hilmi.

Sara diam seketika. Dia juga tak mahu kehilangan Hilmi, bukan kerana dia pernah cintakan lelaki itu. Tetapi kerana semua kebaikan dan pengorbanan Hilmi semenjak mereka berkenalan.

"I maafkan you, Hilmi. Lagipun, tak ada guna I marahkan you lagi. Kemarahan yang bersarang dalam hati ni buat I makin sakit. I pun minta maaf kerana pernah berkasar dengan you. Can you forgive me?"

Hilmi mengangguk laju. Dia sudah lama memaafkan Sara. Walaupun hati dia masih terluka kerana cinta Sara bukan untuk dia lagi. Sara Yumna adalah gadis yang sangat baik. Dia tak sanggup menyakiti Sara lagi selepas ini.

"Sekarang you dan I sahabat tau. Apa-apa masalah you kena cerita kat I. Jangan pendam sorang-sorang, I tak suka." kata Sara.

"Baiklah, Cik Sara Yumna. Thanks for accepted me as your bestfriend. I janji apa yang terjadi sebelum ni, tak akan terjadi lagi." janji Hilmi pada Sara.

Tiba-tiba dada Hilmi terasa sesak. Dia cuba bernafas seperti biasa, tetapi sukar. Pandangan dia turut kabur, dia kerdipkan mata berkali-kali. Tapi pandangannya semakin kabur.

"Hil..Hilmi, you okey tak? Kenapa ni?" soal Sara dengan cemas.

Dia bangun lalu duduk disebelah Hilmi yang sedang tercungap-cungap mencari udara. Dia memeluk erat bahu lelaki itu, cuba memberi semangat.

"I…I su…sah…nak..naa...fas." tersekat-sekat Hilmi cuba bertutur.

Pandangan Hilmi mula gelap, matanya tertutup perlahan. Sara semakin panik melihat keadaan lelaki itu. Selepas beberapa saat, Hilmi sudah tidak sedarkan diri.

"Tolong! Sesiapa tolong saya!" jerit Sara.

Dia menampar perlahan pipi Hilmi, tapi tiada tindakbalas. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Ya Allah, selamatkanlah Hilmi.

1 tahun kemudian…

Hilmi mengeleng lemah. Cukuplah setahun dia menjalani rawatan kemoterapi, dia tak sanggup kalau terpaksa lakukan ia untuk beberapa kali lagi.

"I tak nak buat kemo lagi, Sara. I dah penat nak kena cucuk sana sini, buat ujian darah. I penat! I letih!" kata Hilmi dengan nada marah.

"Tapi semua ni untuk kebaikan you, Hilmi. Please don't give up. Semua orang nak tengok you sihat macam dulu. I pun nak tengok you sihat." pujuk Sara dengan lembut.

Hilmi mengeleng lagi. Jika sudah sampai ajal dia sekalipun, biarlah dia pergi tanpa kesakitan akibat kemoterapi. Melihat wajah dia ketika ini pun tak sanggup. Rambut yang dulu dia jaga dengan rapi, sudah luruh. Dia botak!

"I tak nak! Habis saja rawatan kali ni, I tak nak buat kemoterapi lagi. Cukup sampai sini. I mengalah."

Sara mendekati Hilmi lalu digenggam erat jemari lelaki itu. Hampir setahun dia menjaga Hilmi, tidak mungkin dia akan membiarkan Hilmi berputus asa begitu saja.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now