Bab 8 #saraedlan

5.3K 172 3
                                    

Casa Sinaran

Sara masuk ke dalam restoran bertemakan Sepanyol itu dengan tenang yang sebenarnya tak berapa tenang. Jika degup jantungnya boleh berbunyi nyaring, pasti semua orang dengar. Figura Edlan dicari.

"Are you looking me?" tanya seseorang.

Sara yang terkejut terus berpaling ke belakang. Tanpa sengaja, beg tangannya terlibas perut orang itu.

"Auch…"

"Ya Allah, Edlan! Aaa…sorry. Aaa…nak buat apa ni. Aduh…"

Sara mula gelabah melihat wajah Edlan yang berkerut. Kuat sangatkah libasan beg tangannya itu? Aduh…kalau pengsan si Edlan ni, naya!

"Hei…Sara. It's okay." kata Edlan dengan lembut.

"Are you sure? I'm so sorry. You buat I terkejut." ujar Sara.

Edlan tersenyum nipis. Gadis pujaan hatinya ini tak pernah berubah. Masih dengan perangai gelabah tak kena tempat dia. Kadang-kadang kalau gelabah sangat, dia pula yang menangis bukan orang yang kena tu.

"Jom duduk." ajak Edlan.

Sara membuntuti Edlan dari belakang. Dia melihat Edlan dari belakang. Jujur, dia rindukan Edlan separuh gila. Hari-hari dia terbayang wajah Edlan yang sedang marah, ketawa dan semua mengenai Edlan dia teringat. Mungkin inilah dikatakan cinta itu buta.

"Puas dah tenung belakang I? Macam nak tembus dah I tengok you tenung belakang I dari tadi." tegur Edlan.

Sara jadi malu sendiri. Aduh…tak pasal Edlan tangkap dia sedang memerhati lelaki itu. Tapi…apa boleh dia buat? Lelaki bernama Edlan Lutfi ini mempunyai aura yang sangat istimewa.

"Duduklah."

Sara tersenyum kecil lalu duduk berhadapan dengan Edlan. 2 tahun tidak berjumpa membuatkan dia kekok untuk berdua dengan lelaki itu. Tambahan pula, Edlan kelihatan lebih kacak berbanding dulu. Atau…hanya Sara yang perasan?

"So, can we start our conversation?" tanya Sara.

"Boleh. I nak terus-terang je dengan you. I rasa perkara ni pun tak perlu untuk I berdolak-dalih. So, I will straigt to the point." ujar Edlan.

"Okay…"

Sara melihat Edlan. Edlan melihat Sara. Mereka sama-sama berpandangan, jantung Sara berdegup kencang. Kenapa dia jadi gementar seperti ini?

"Sudi tak you jadi yang halal untuk I? Sudi tak you jadi soulmate, bedmate, housemate, roommate dan bestfriend I? Dan sudi tak you jadi menantu ummi dan walid serta kakak ipar Sofia?" kata Edlan dengan tenang.

Sara cuba mencerna kata-kata Edlan. Apakah lelaki itu melamarnya? Jika benar, apa reaksi yang dia perlu berikan? Adakah dia perlu gembira dan terkejut atau sedih?

"I…I tak tahu nak cakap apa Ed. You tiba-tiba muncul hari ni dan melamar I. Ya, memang I tunggu you selama ni. Tapi…I tak pernah jangka semua ni."

"I faham perasaan you, Sara. Tapi, I serius nak you jadi isteri I. Dua tahun melihat you dari jauh, hati I sakit sangat. Hati I paling sakit bila tengok you pengsan masa Hilmi dikebumikan. Sampai sekarang, I masih salahkan diri sendiri kerana tinggalkan you. Please, dear. Terima I?" jelas Edlan.

Sara mengeluh perlahan. Lamaran Edlan secara tiba-tiba ini membuatkan dia jadi ragu. Perlukah dia terus menerima lamaran itu atau meminta masa untuk berfikir?

"Lepas ni I akan balik ke Port Dickson untuk selesaikan kerja sebelum kontrak tamat. I beri you masa 2 minggu untuk berfikir. Tepat 2 minggu, I akan datang jumpa you. And I really hope your answer is yes." ujar Edlan.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now