Prolog #saraedlan

14.9K 294 5
                                    

Dari jauh, Sara menatap Hilmi. Lelaki itu sedang tersenyum manis disamping wanita yang baru saja bergelar isterinya. Air mata Sara mengalir laju membasahi pipi. 3 tahun dia mencintai lelaki itu dalam diam, banyak impian yang dia sudah rangka jika Hilmi menjadi miliknya. Tapi…semua itu hancur musnah apabila Hilmi memberi kad kahwin miliknya dua minggu lalu.

"Adik…tolong akak boleh?" tanya Sara pada budak lelaki yang baru sahaja lalu disebelahnya.

Budak lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Sara menyerahkan sampul surat warna putih pada budak lelaki itu. Surat itu akan menjadi titik permulaan untuk dia meneruskan hidup tanpa Hilmi.

"Adik tolong bagi surat ni pada Hilmi, pengantin lelaki tu. Terima kasih, ya?" pinta Sara.

Budak lelaki itu mengambil sampul surat itu sebelum dia berlalu pergi. Sara menghela nafas perlahan. Ini adalah permulaan bagi kehidupan baru dia. Tiada lagi Hilmi Holding dan Hilmi Sufian.

'Hilmi, I terluka. I sangat terluka melihat you bersanding dengan perempuan lain. Kalaulah I lebih berani untuk jujur dengan you, mungkin I takkan terluka macam ni. Mungkin…I yang berada disebelah you…bersanding dengan you.' desis hati Sara.

Bersama hati yang terluka, dia mengatur langkah berat meninggalkan dewan yang menjadi saksi penyatuan Hilmi dan Dhiayana. Dewan yang turut menjadi saksi hati dia hancur berkeping-keping kerana seorang lelaki.

Assalamualaikum Hilmi, I tahu you terkejut dengan surat perletakan jawatan I. Tapi…I terpaksa buat keputusan drastik ni. I tak nak makan hati tengok you bahagia dengan Dhiayana. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. I happy jadi setiausaha merangkap sahabat you. Tiada yang kurang pada diri you, di mata I you sempurna walaupun you selalu merendah diri. I doakan you bahagia bersama Dhiayana. Doa I selalu mengiringi kehidupan rumahtangga you bersama Dhiayana.

-Sara Yumna-

Hilmi mengeluh, hampir 2 bulan dia mencari Sara. Surat perletakan jawatan dan juga nota kecil dari gadis itu membuatkan dia tidak keruan. Kepergian Sara secara tiba-tiba menghuru-harakan kehidupannya.

"You tak habis-habis fikir pasal perempuan tu. I ni isteri you, you tak ambil tahu langsung. You ingat I tak ada perasaan ke?!" tempelak Dhiayana.

Dhiayana merampas nota kecil yang dipegang Hilmi. Sakit hatinya melihat setiap hari Hilmi membaca nota itu berulangkali. Dengan geram, Dhiayana mengoyak nota itu sehingga menjadi cebisan kecil.

"What are you doing?! Are you crazy!" marah Hilmi.

Dia mengutip setiap cebisan nota itu. Pandangan Hilmi pada Dhiayana sangat tajam. Jika bukan kerana keluarga…

"You kena sedar, Dhiayana. I kahwin dengan you kerana permintaan mama. Hati I, cinta I bukan milik you. I tak pernah terlintas nak mencintai you. You tak boleh agak ke kenapa selama ni I tak sentuh you. I tak tidur dengan you? Don't you realize, that I don't love you?" kata Hilmi.

Dada lelaki itu berombak kuat, wajah isteri yang baru dia nikahi 2 bulan lepas dipandang dengan pandangan kecewa.

"I tak nak keruhkan lagi keadaan dan I tak nak buat you sakit hati dengan perangai I. You layak untuk bahagia, tapi bukan dengan I. Intan Dhiayana Binti Abdul Fattah, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Dhiayana terkedu. Bukan ini dia mahu dalam perkahwinan mereka. Dia mendekati Hilmi, lengan lelaki itu ditarik lembut.

"You tak boleh buat I macam ni, Hilmi. I cintakan you. Please…" rintih Dhiayana.

"Sorry, I tetap dengan keputusan ni. Rumah ni, I serahkan pada you termasuk kereta." ujar Hilmi.

Dia melepaskan pegangan Dhiayana. Bersama langkah berat, dia keluar dari rumah yang menjadi tempat dia berteduh selama 2 bulan itu. Dia tak pernah bahagia walaupun sekali sepanjang bergelar suami Dhiayana. Fikirannya asyik terfikir tentang Sara. Ya, dia juga mencintai gadis itu.

'I will find you, Sara. Yang I mahu hanya you. I tak nak perempuan lain.' desis hati Hilmi.

Hilmi rindukan Sara, dia rindukan gelak tawa dan segalanya tentang gadis itu. Semoga apa yang dia korbankan berbaloi.

Pulau Pinang

"Hang nak makan laksa dak? Aku ada masak ni." tanya Sofia.

Sara ketawa mendengar cara Sofia bercakap. Dia suka dengar Sofia cakap menggunakan loghat utaranya, kedengaran sangat unik. Mungkin keunikan itulah membuatkan dia bersetuju untuk pindah ke pulau mutiara itu.

"Boleh je. Aku pun dah lama tak makan laksa." kata Sara.

Sofia mengangguk lalu masuk semula ke dalam dapur. Sara membuang pandang ke arah laut yang terbentang luas dihadapannya. Dia bertuah kerana rumah Sofia berdekatan dengan Batu Feringgi, jadi dia boleh pergi pantai setiap petang.

"Sara, hang memang nekad nak pindah sini ka? Family hang macam mana?" soal Sofia.

Mangkuk berisi laksa diletak atas meja. Dia bukan nak halau sahabatnya itu, tapi dia sendiri terkejut apabila Sara tiba-tiba ada dihadapan rumahnya 2 bulan lepas dengan muka lesu. Kata Sara, dia penat memandu dari Kuala Lumpur.

"Ya, aku dah nekad. Family aku ok je lah. Diorang sokong semua keputusan aku asalkan aku tak buat benda-benda bodoh. Kenapa kau tak suka erk aku kat sini?"

"Ish hang ni. Aku suka ja hang dok kat sini, ada jugak kawan nak sembang. Haa sebelum aku lupa, petang ni abang aku balik dari Port Dickson tau." ujar Sofia.

"Abang kau yang dulu pernah marah aku tu erk? Dia marah sebab aku biar kau mandi sungai masa kau ikut aku balik kampung."

"Yupp...ehm, hang still terasa dengan dia ka? Aku minta maaf weyh, dia memang macam tu."

"It's okay, aku faham. Kau tu satu-satunya adik dia mestilah dia risau bila dengar kau hampir lemas." kata Sara.

Dia menepuk perlahan tangan Sofia. Mungkin dulu dia terasa, tapi kini tak lagi. Wajah Edlan Lutfi mula menyapa. Dia pernah jatuh suka pada lelaki itu, tapi selepas dimarahi Edlan. Dia terus jadi tak suka. Menyesal pun ada kerana jatuh suka pada harimau jadian itu.

"Hang makanlah laksa ni. Aku nak mandi sat, badan aku dah bau macam-macam ni."

Sara hanya mengangguk. Laksa yang dimasak oleh Sofia dia tatap lama. Laksa adalah makanan kesukaan Hilmi. Jujur, Sara rindukan Hilmi. Segala tentang lelaki itu dia rindu.

'You apa khabar, Hilmi? I rindu you sangat-sangat. Kenapa bukan I yang jadi isteri you?' desis hati Sara.

Wajah Hilmi sedang tersenyum gembira ketika sedang bersanding bersama Dhiayana mula terlayar. Sakit hati yang selama ini Sara tanggung semakin berdarah. Dia tak sanggup mengingati lelaki itu lagi.

"Aku akan lupakan dia." tekad Sara.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now