Bab 1 #saraedlan

7.6K 256 0
                                    

Sara meraba bantal yang dia peluk. Kenapa bantal ini panas dan seperti berombak? Dia terus membuka mata. Sara terkejut melihat gerangan yang sedang tidur nyenyak disebelahnya.

"Ahh!!!"

Jeritan Sara mula bergema kuat. Lelaki yang tertidur disebelahnya juga terjaga. Dengan tenaga yang ada, Sara menendang lelaki itu jatuh dari katil.

"Ya Allah, hang dah kenapa?" tanya Sofia sebaik sahaja membuka pintu bilik.

"A...abang kau ti...tidur sebelah aku." kata Sara dengan nada ketakutan.

Mata Sofia terbeliak mendengar kata-kata Sara. Dia terus mendekati Edlan yang sedang berdiri. Tanpa izin, lengan abangnya ditampar kuat.

"Abang pun pasaipa? Kan Fia dah kata tidoq kat ruang tamu, awat yang ketegaq sangat?" marah Sofia.

"Abang mana tau minah ni ada. Hang pun tak habaq kat abang yang bilik ni ada orang. Abang ingat sebelah abang tu bantal peluk."

"What?! Bantal peluk! I tak gemuk macam bantal peluk okey? You tak boleh beza mana manusia dan bantal peluk ke apa? Eeii, you ni memang menyakitkan hati." tempelak Sara.

Sudahlah tidur ikut suka dia, kata orang macam bantal peluk pula. Sara menarik kasar bantal dan selimut yang dia guna lalu keluar dari bilik. Menyakitkan hati tengok muka 'tak bersalah' Edlan.

"Abang kena minta maaf kat Sara esok." tegas Sofia sebelum keluar.

Edlan mengeluh perlahan. Manalah dia tahu bantal peluk yang dia nampak itu sebenarnya Sara, sahabat baik adiknya. Tiba-tiba terbit senyuman nipis.

"Mungkin ni permulaan yang baik." monolog Edlan.

Edlan memerhatikan Sara dari jauh. Gadis itu seperti memikirkan sesuatu. Dulu, dia selalu tengok Sara tersenyum dan ketawa. Tapi sekarang, Sara hanya diam. Bila Sofia tanya, baru dia buka mulut.

"Abang." panggil Sofia dari belakang.

Edlan memusingkan badannya menghadap Sofia. Wajah adiknya juga tak seperti biasa. Dia pasti Sofia ingin meminta bantuan.

"Sara tengah patah hati sekarang. Lelaki yang dia cinta kahwin dengan perempuan lain. Fia tahu pun dari instagram dia." ujar Sofia.

"Lepas tu Fia nak abang buat apa?" tanya Edlan.

"Tolong curi perhatian dia, buat dia rasa dihargai. Fia tahu abang dah lama simpan perasaan kat Sara. Fia tak kisah kalau Sara jadi kakak ipar Fia. Asalkan Fia dapat tengok dia dan abang bahagia." kata Sofia dengan lembut.

Edlan diam. Sejujurnya dia memang mencintai Sara dalam diam. Peristiwa Sofia hampir lemas beberapa tahun lepas yang menjadi titik pertemuan antara dia dan Sara.

"Sofia yakin dia dapat terima abang? Selepas apa yang berlaku sebelum ni antara kami? Are you very sure, sis?" soal Edlan.

Sofia mengangguk perlahan. Sebenarnya dia sendiri tak yakin dengan penerimaan Sara, tapi tak salah kalau mereka mencuba. Mungkin perkara ini akan membuat Sara tersenyum semula.

"Baiklah, abang akan cuba. Tapi abang tak janji dengan Fia." kata Edlan.

Sofia tersenyum lebar. Dia memeluk erat tubuh tegap Edlan. Dia tahu, dia boleh harapkan Edlan. Hanya abangnya saja yang mampu membuat Sara jatuh cinta lagi.

Hilmi Sufian

2/3/2016
Sara, where are you? Please answer my messages.

14/3/2016
Sara, please come back. I sayangkan you, Sara. I dah berpisah dengan Dhiayana. Yang I mahu hanya you. I need you, sayang.

Ku Ingin Kamu (TAMAT)Where stories live. Discover now