Apabila kamu tinggal di rumah bersama dengan ibu bapa yang tegas, tempat untuk bersembunyi terhad. Jangan sentuh ini, jangan sentuh itu, hati-hati dengan ini, jaga-jaga dengan itu. Ibuku akan memekik jika melihat bantal bersepah di lantai dan ayahku, hmm, jangan bagi aku mulakan. Dia bencikan benda-benda bersepah lebih dari ibuku yang mana itulah sebabnya aku selalu berhati-hati di rumah ini.
Aku mempunyai ramai kawan namun hanya seorang sahaja yang dibenarkan datang ke rumah dan namanya ialah Abby. Ibu dan ayahku kenal Abby adalah seorang yang sangat pembersih, namun mereka tidak akan dapat faham betapa cuainya dia apabila mereka tiada di rumah, macam sekarang ni.
Lantai kayu berbunyi di bawah kaki ayamku. Aku berjengket di ruang rumah semasa adik lelakiku, Caleb, menghitung sehingga dua puluh.
"7...8...9...10...11." Dia menjerit dengan kuat.
Abby, rakan baikku, memegangku, secara tidak sengaja menolakku ke dinding. "Emily, dekat mana kita nak sembunyi?" Dia berbisik di telingaku. Tanpa menunggu balasanku, dia menarikku masuk ke ruang membasuh baju sebelum aku dapat berkata apa-apa. Tempat itu gelap dan aku tidak dapat melihat satu apa pun. Itulah apa yang membuatkan permainan sorok-sorok ini lebih menyeronokkan.
"Bersedia atau tak, saya datang ni!" Caleb menjerit, berlari di ruang rumah dan melepasi ruang membasuh baju. Aku dapat mendengar kaki kecilnya menghentak kuat di atas lantai. Aku dan Abby menyorok di belakang mesin pengerin baju, bersusah-payah menahan tawa kami. Kegelapan di sana menjadikan aku berangan di dalam gelap. Bayang-bayang membentuk dan berputar di sekelilingku, membentuk kepada bentuk-bentuk yang aneh dan menjadikan imaginasiku lain dari yang lain di dunia ini. Kegelapan memang sangat-sangat menakutkan, namun aku sukakan rasa takut itu.
Abby mengeluarkan telefonnya sekejap. Menggunakan tanganku, aku menutup skrin telefonnya ketika dia sedang membalas mesej ayahnya. "Caleb akan jumpa kita kalau kau tak tutup telefon kau." Kataku.
Dia menurut kataku, meletakkannya semula ke dalam poket seluarnya.
Tawa kecil terluah dari bibir kami semasa Caleb menyelongkar di dalam almari. Aku menarik telinga Abby dekat. "Jom lari ke bawah tanah."
Abby menapak keluar dari mesin pengering itu dahulu. Aku menggelengkan kepalaku kerana dia sangat senang ditipu, selalu tertipu oleh helahku. Untuk memenangi sorok-sorok di dalam gelap, kadang-kadang kamu kena singkirkan orang yang paling dekat dengan kamu, dan itulah apa yang aku harus lakukan.
Terdapat sebuah pintu di belakangku yang menyambung ke bilik tidur ibu bapaku. Semasa Abby menapak keluar dari ruang membasuh baku, aku menyelinap masuk ke bilik ibu bapaku, menutup pintu di belakangku. Bunyi klik yang kuat terhasil pintu itu tertutup dan aku fikir aku akan dijumpai. Aku duduk bersandar membelakangi pintu, takut jikalau Abby sedar akan helahku. Aku berseorangan di dalam gelap. Aku merasa sekelilingku yang senyap. Mindaku mula berputar, memenuhi imaginasiku dengan hantu-hantu dan makhkuk yang boleh berada di dalam gelap. Aku menutup mataku, berasa takut namun aku sangat menikmatinya sehingga aku tidak mahu bangun dan keluar.
"Jumpa akak!" Aku mendengar Caleb menjerit. "Akak Abby jadi!"
"Bagus," aku berkata perlahan. Aku berlari keluar dari bilik dan menuju ke ruang rumah untuk menghidupkan lampu. Riak pada wajah Abby membuat aku tertawa. Caleb tersenyum dan terlompat-lompat menari kerana dia tidak lagi akan jadi yang mencari. Dia sudah pun menjadi yang mencari tiga kali berturut-turut.
Abby memandangku dengan tajam. "Ha-ha. Lawaknya."
"Janganlah macam tu, lawak lah!" Aku membalas dengan pantas dengan sebuah senyuman. "Abby, ni game jelah."
Abby terus bergaduh denganku. "Kau tahu yang ni bukan kali pertama kamu buat macam tu. Dah entah yang keberapa kali entah dan Caleb jumpa aku disebabkan kau. Pintu bising tu buatkan dia jumpa aku. Kaulah yang patut jadi." Dia menunjuk padaku.
![](https://img.wattpad.com/cover/112972412-288-k358544.jpg)
YOU ARE READING
Hide and Seek | Bahasa Melayu Translation
HorrorMacam mana malam anda bermula dari bermain sorok-sorok bersama rakan baik anda bertukar kepada ibu bapa anda dibunuh pada malam yang sama? Selain itu, anda dihantar untuk tinggal bersama kawan baik ibu dan ayah anda, Puan dan Encik Harmon. Walaupun...