Aku terjaga sekitar pukul satu pagi, terkejut oleh bunyi yang aku dengar dari luar bilik. Televisyen tidak lagi terbuka. Aku rasa ibu bapaku yang matikannya selepas aku tertidur. Aku mula bangun namun perhatianku teralih pada lampur di luar rumah. Stroboskop biru dan merah berputar-putar, menjadikan benda-benda di sekitarnya bertukar warna mengikut kedua warna tersebut setiap kali ia terkena cahayanya. Aku bangun dan melihat ke luar tingkap dan melihat dua buah kereta polis terparkir di hadapan rumahku.
"KELUAR DARI RUMAH!" Jerit seorang lelaki dari luar. "Kami dah kepung tempat ni!"
Mataku membulat dan jantungku berdetak keras. Aku tidak pasti apa yang sedang terjadi dan menjangkakan kemungkinan yang aku ini sedang bermimpi. Aku terus melihat ke luar tingkap, melihat lebih ramai polis mengelilingi rumah.
Aku menapak perlahan ke belakang menjauhi tingkap apabila aku mendengar suara yang tidak dikenali dari luar bilikku. Suara-suara itu kedengaran perlahan namun aku dapat meneka bahawa ianya suara lelaki. Bunyi tapak kaki semakin lama semakin kuat dan mendekat pada bilikku. Aku risaukan Caleb, takut-taku jikalau mereka tangkap dia kerana bilik dia sebelum bilikku. Ketakutan, aku melakukan apa yang aku pandai buat: menyorok.
Terasa tidak adil untuk menyelamatkan diriku sendiri namun jika anda berada di situasi seperti aku anda juga akan menyorok. Aku tidak bersedia untuk mati. Aku ingin melakukan apa sahaja untuk selamatkan adik aku dan dapatkan ibu dan ayahku. Aku terkejut mendengarkan bunyi dentuman pistol dilepaskan dari luar rumah.
Dua lagi tembakan kuat membuatkan telingaku berdesing seketika. Kerana tidak mahu mendengar lagi bunyi tembakan, aku bergolek ke bawah katilku dan menekup telinga, menangis dan berharap aku dapat berada di dalam pelukan ibu bapaku.
***
Aku dan Caleb masuk ke tempat duduk belakang kereta polis. Matahari masih belum terbit. Jururawat dan polis berjalan di sebelah dua mayat yang diletakkan di katil bergerak secara berasingan dan meletakkannya ke dalam beg mayat hitam. Lebih ramai polis berjalan keluar dari ruma kami, diikuti dua orang lelaki asing yang digari. Aku merenung mereka dengan teliti: keduanya dilumuri darah. Aku berharap untuk melihat ibu bapaku berjalan keluar. Sebaliknya, aku melihat dua orang asing. Pada masa itu, duniaku hancur.
Ibu bapaku tidak pernah keluar dari rumah. Aku tidak sedar akannya dengan serta-merta namun aku menangis. Aku merasakan semuanya dalam masa yang sama. Aku mula menghentak tingkap kereta dengan kuat yang mana membuatkan Caleb terjaga dan ketakutan. Jeritan memanggil kedua ibu bapaku terluah dari mulutku, aku tahu mereka sudah meninggal sekarang. Caleb keliru dan risau. Dia asyik menekan lenganku, memanggil namaku, merayu kepadaku untuk berhenti.
Aku tidak melakukan apa-apa yang disuruhnya.
Salah seorang polis masuk ke dalam kereta. Dengan nada suara yang tegas dan tiada perasaan, dia menyuruhku untuk berhenti menjerit dan semuanya akan 'okey'. Aku menenangkan diri kerana dia suruh lalu dia hidupkan enjin dan memandu jauh dari rumahku. Caleb menjadi tidak sabar dan memaksaku untuk menjawab apa yang sedang terjadi. Aku tidak membalas pertanyaannya. Aku tidak mempunyai jawapan yang bagus untuk dia dengar. Satu-satunya perkara yang aku mampu lakukan adalah menyeka air mataku dan menunggu sehingga kami sampai ke destinasi kami yang tidak diketahui.
***
Aku penat. Aku sejuk. Aku takut. Aku duduk di dalam bilik bersama seorang wanita dan seorang polis yang bertanyakan berjuta soalan kepadaku. Pertama sekali, mereka memberitahuku tentang orang-orang yang memecah masuk ke dalam rumahku malam semalam. Polis itu beritahu bahawa aku tidur mati ketika kejadian itu. Dua orang lelaki memecah masuk, ayahku terjaga dan fikir yang ianya Caleb atau aku yang buat bising namun dia ditembak. Ibuku menelefon 911 namun ditembak ketika membuat panggilan.
"Ianya salah satu...panggilan yang aneh yang kami pernah terima," seorang polis memberitahu aku. "Dia kata anak-anak dia dalam bahaya dan seseorang sedang mengejar keluarganya. 'Lindungi mereka' benda terakhir yang dia kata." Aku tidak terasa apa-apa yang aneh sehinggalah polis itu menambah. "Dia boleh je cakap yang ada orang dekat dalam rumah tapi sekarang kami nak kena siasat dengan lebih lagi. Dia mesti lebih tahu pasal ni."
Pihak polis tidak tahu apa motif kedua lelaki itu masuk ke rumah kami dan itu membuat aku marah. Satu-satunya benda yang mereka tahu adalah mereka tidak tahu kenapa dan menagapa mereka berdua masuk ke dalam rumah kami. "Kami sampai dekat sana...dengan pistol. Lepas tu semua benda ni jadi." Makhluk hodoh itu berkata.
Selepas memberitahuku semuanya dan setelah aku menangis selama dua puluh minit, kami berbual tentang saudara-mara aku dan Caleb, yang masih hidup. Pihak polis terpaksa membuat banyak panggilan kerana cuba teka kenapa? Kami tidak ada saudara-mara yang kami dapat tinggal bersama. Nenek dan ibuku benci antara satu sama lain jadi kami tidak pernah berhubung dengan dia. Dia juga tinggal di Alaska jadi dia bukan pilihan yang sesuai pada masa ini. Pakcik dan makcik kami tidak mempunyai kewangan yang stabil untuk membolehkan kami tinggal bersama.
Aku tertidur di atas meja dan kemudian aku dikejutkan oleh dua orang pegawai polis yang memberitahuku mereka akan membawa kami ke rumah baharu kami. Rumah baharu aku, bersama ibu dan ayah angkat. Sewaktu aku tertidur, polis dapat menjumpai orang yang kami boleh tinggal bersama mereka. Orang-orang itu berada di dalam wasiat ibu bapaku. Wasiat pertama mereka. Polis juga berkata mereka menjumpainya di dalam bagasi lama. Wasiat baharu itu tidak habis ditulis jadi polis ambil sahaja wasiat yang lama. Aku dan Caleb akan tinggal bersama keluarga Harmon: Kawan lama ibu dan ayah aku.
Mereka satu sekolah dengan ibu bapaku dan kami ada melawat mereka beberapa kali. Aku juga kenal anak perempuan mereka. Aku lupa namanya namun aku ingat yang kami sebaya. Mereka selalu datang ke rumah kami sewaktu aku kecil. Sebelum Caleb lahir lagi. Selepas itu, mereka tidak pernah datang lagi. Aku tidak tahu kenapa namun aku ingat pada hari ibuku menarikku keluar dari rumah keluarga Harmon dan kami tidak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi.
Sekarang ini kami akan tinggal bersama mereka. Rumah keluarga Harmon. Keluarga baharu kami.
![](https://img.wattpad.com/cover/112972412-288-k358544.jpg)
YOU ARE READING
Hide and Seek | Bahasa Melayu Translation
HorreurMacam mana malam anda bermula dari bermain sorok-sorok bersama rakan baik anda bertukar kepada ibu bapa anda dibunuh pada malam yang sama? Selain itu, anda dihantar untuk tinggal bersama kawan baik ibu dan ayah anda, Puan dan Encik Harmon. Walaupun...