Kali ini aku lari ke tingkat atas, iaitu selepas aku terlanggar beberapa benda. Keadaan gelap sangat sampaikan aku hampir tidak nampak apa-apa. Bila aku menuju ke tangga, aku risau diserang oleh sesiapa. Aku tak suka kalau aku mati masa permainan kedua. Cara mati yang tragis kalau jadi macam itu. Setiap tangga yang aku pijak menghasilkan bunyi. Kasut aku asyik berbunyi setiap pijakan di tangga jadi aku tanggalkan kasut aku sebelum aku sampai ke tingkat atas. Sebaik sahaja di atas, aku bergerak ke bilik aku.
Sebaik sahaja tanganku memutar tombol pintu, aku terdengar derap tapak kaki datang dari belakang. Ada seseorang yang sama tingkat dengan aku dan itu tidak bagus. Aku hampir berhenti untuk tengok siapa orangnya sebab aku fikir mungkin dia salah seorang kawan aku tapi itu satu risiko jadi aku buka pintu dan menutupnya.
Sesudah aku masuk, cahaya bulan menyapaku dan aku dapat lihat semuanya di bilik aku. Tiada sesiapa yang menyorok di dalam ini dari apa yang aku nampak. Aku tidak periksa dalam almari. Tiada masa. Ada orang yang makin dekat.
Aku melompat ke atas katil dan menyorok di bawah selimut. Aku tahu ia satu tempat menyorok yang menyedihkan namun aku terlampau takut. Ada orang di luar pintu dan aku dengar bunyi tombol diputar. Sekali lagi, jantungku berdegup pantas, aku berpeluh dan kaki terasa lemah. Aku terkumat-kamit berdoa, berharap doaku termakbul dan aku tidak perlu mati dalam rumah agam bodoh ini.
Nafasku terasa terhenti apabila aku dia masuk ke dalam bilik. Aku cuba sedaya-upaya untuk memperlahankan degupan jantung aku, jadikan dia normal balik. Untuk sesaat, ia berkesan sampailah aku terasa ada orang lain di bawah selimut ini. Tangannya merayap di belakang aku.
Orang yang masuk bilik aku ini menyelongkar bilik aku. Aku juga dengar dia buka pintu almari. Siapa sahaja yang ada dekat belakang aku saat ini mula bernafas cukup kuat untuk aku rasa nafas dia dekat leher aku. Bunyi tapak kaki keluar dari bilik. Pada masa itulah aku bangun dan melihat siapa yang ada di sebelahku.
Aku memanjangkan tangan dan menyingkap selimut. Aku berhenti apabila aku melihat satu tangan pucat menggenggam selimut.
Sejujurnya aku tidak mahu tahu siapa dia namun aku cuba melihat wajahnya pada akhirnya. Mulanya, aku tidak tahu dia siapa masa aku tengok muka biru dia tapi aku kenal rambut dia. Dia budak perempuan yang pakai topeng. Budak yang ada dekat luar rumah lama Encik Harmon. Pada masa itu, aku berharap yang dia pakai topeng dia.
Aku segera bangun dari katil dan menapak ke belakang, berlari menuju ke pintu adalah idea yang teruk. Bila aku buka pintu, cahaya bulan yang datang dari tingkap menyuluh pada ruang luar bilik, menampakkan seseorang merangkak di sana, menuju ke sini. Dia budak bertopeng yang lagi satu dan mereka menuju ke bilik ini.
Aku cepat-cepat tutup pintu dan menyorok dalam almari dan dapat tahu yang ada orang lain di dalamnya bersamaku. Aku menutup mata, takut dengan apa yang aku akan lihat. Orang di belakang aku ini mula mengusap rambutku.
Aku meringis, berasa tidak seelsa. Siapa sahaja yang ada di belakangku ini menepuk perlahan bahuku. Aku berpusing dengan perlahan, masih berasa takut. Dia memegang tanganku dan mengangkatnya. Tidak lama kemudian, aku terasa rambut yang menutupi matanya. Ada seorang sahaja yang mempunyai rambut sepanjang ini. Jasper. Aku memaksa diriku tersenyum sambil aku menangis. Aku terasa selamat buat seketika dan berasa gembira kerana dia masih hidup.
Pintu bilik terbuka. Nafasku menderas. Jasper memegang pinggangku dan menarikku ke belakang. Dia menapak ke hadapanku. Ketakutan, aku memegang belakang bajunya dan mengintai dari belakangnya.
Tiba-tiba, pintu almari terbuka dan seseorang dengan cepat masuk ke dalam.
Jasper berusaha untuk halang budak bertopeng itu dari mendekati aku. Mereka nampak lebih fokus menyerang aku dari Jasper. Berasa ketakutan yang amat sangat, aku mula menendang budak bertopeng daripada menggunakan senjataku. Jasper baharu sahaja ingin menggunakan senjatanya namun seseorang menjerit.
"Saya ada jumpa mayat!"
Aku segera dilepaskan dan hampir menangis namun Jasper memelukku dan memapahku balik semula ke ruang utama. Dia mengusap-usap lenganku semasa kami berjalan menuruni tangga. Walaupun dia tidak boleh bercakap, aku tahu dia sedang beritahu aku yang semuanya akan baik-baik sahaja. Aku dapat dengar di dalam mindanya.
***
Sebaik sahaja kami di ruang utama, aku melihat Puan Harmon mengheret satu lagi mayat. Dia salah satu dari kanak-kanak bertopeng.
"Jadi," Encik Harmon bersuara, "siapa pembunuhnya?"
Aku baharu sahaja ingin menunjuk pada dia yang menyerang aku namun budak perempuan yang menyorok dengan aku tadi menunjuk pada mayat tadi.
Encik Harmon tersenyum. "Bunuh kawan awak sendiri? Saya bangga. Permainan ni jadi makin menarik."
Semua orang dapat kad baharu. Mata-mata mula meliar ke sana dan ke sini, mencari si pembunuh. Aku memandang pada kad aku dengan rasa tidak percaya. Aku tidak fikir ia akan jadi secepat ini. Aku terasa satu perasaan memualkan naik ke tekak aku, membuatkan aku terasa ingin muntah.
"Lampu mati!" Umum Encik Harmon. "Mulakan!"
Akulah pembunuhnya.

YOU ARE READING
Hide and Seek | Bahasa Melayu Translation
TerrorMacam mana malam anda bermula dari bermain sorok-sorok bersama rakan baik anda bertukar kepada ibu bapa anda dibunuh pada malam yang sama? Selain itu, anda dihantar untuk tinggal bersama kawan baik ibu dan ayah anda, Puan dan Encik Harmon. Walaupun...