Bab 7: Aku Memutuskan untuk Meneroka [EDITED]

168 13 0
                                    

Aku tidak pernah melupakan mimpi ngeri itu. Aku cuba beritahu Puan Harmon tapi dia kata yang aku masih belum redha akan kematian ibu bapaku. Logik sangat.

Berminggu-minggu telah berlalu, Caleb dan Encik Harmon jadi semakin rapat. Sangat rapat. Sedangkan aku, Caleb dan Puan Harmon jadi semakin jauh sesama sendiri. Encik Harmon sebenarnya tidak pernah bergaul denganku kecuali untuk mengatakan "Hey!" dan "Awak apa khabar?" kadang-kadang. Aku rasa Puan Harmon rasa jengkel dengan aku sekarang ni. Caleb pula aku tidak tahu kenapa dia dah tak nak bercakap dengan aku lagi dah. Dia tak cakap hi atau bye. Dia cakap dengan pasangan Harmon macam mereka berdua itu kawan baik dia.

Aku tak risaukan sangat fasal mereka bertiga. Puan Harmon ada belikan aku telefon dan komputer riba dua hari lepas. Dia juga dapatkan nombor Abby untuk aku. Ini buatkan aku rasa kurang kesunyian. Aku dna Abby ada berbalas mesej dari masa ke semasa tapi dia tak balas cepat. Perbualan kami membosankan dan tidak pernah seronok. Semua orang nampak macam gembira tanpa kehadiran aku dan aku ditinggalkan keseorangan bersama diriku yang menyedihkan.

***

Sudah genap dua bulan aku bersama dengan pasangan Harmon ini sekarang dan situasinya sama sahaja bagiku walaupun Encik dan Puan Harmon sering bergaduh. Kenapa? Aku tidak tahu.

Aku rasa bosan gila dan selain Abby, aku tidak ada sesiapa yang aku boleh berbual. Apabila aku berada di luar rumah, aku selalu cuba jejak lokasi rumah yang ditinggalkan itu semasa aku dan Caleb mula-mula sampai ke sini. Setiap kali aku nampak sahaja rumah itu, aku selalu fikir nak ke sana. Nampak macam menyeronokkan.

Aku ada di taman bunga bila aku tiba-tiba dengar ada bunyi di belakangku. Aku berpusing dan terkejut melihat Rosemary. Dia mula menyiram pokok bunga.

"Awak apa khabar, sayang?" Rosemary bertanya tanpa memandangku.

Aku berdiri dan cakap yang aku baik-baik sahaja kemudian cuba masuk ke dalam rumah. Aku baharu sahaja ingin memberitahu Puan Harmon Rosemary ada di sini namun aku mengubah fikiranku. Aku ingin bertanya beberapa benda kepadanya.

"Boleh tak saya tanya puan sesuatu?" Tanyaku.

Dia menyiram pokok bunga yang lain dan memberi izin kepadaku.

"Puan tahu tak kenapa rumah dekat sana tu ditinggalkan?" Aku bertanya.

"Saya tak sangka mereka tak bagitahu awak," katanya. "Itu rumah pertama Encik Harmon. Dia tinggal di sana sejak dia kecil."

"Yakah?" Ujarku. "Rumah tu nampak teruk sekarang."

"Sebenarnya, ada kemalangan. Ibu bapa dia mati dekat sana. Mereka dibunuh sebenarnya." Balasnya, memberi perhatian kepadaku sekarang.

"Sekarang?"

"Saya tak tahu. Tak ada sesiapa yang tahu macam mana." Katanya. "Tapi Encik Harmon tak dibunuh."

Keadaan sunyi seketika. "Masa puan pernah kerja dekat sini, ada tak benda-benda yang buatkan puan rasa pelik?"

"Pernah kerja ya?" Dia tertanya dan tertawa kecil. "Saya rasa mereka dah bagitahu yang mereka dah pecat saya."

Aku menggaru belakang kepalaku lalu memberikannya senyuman palsu. "Ya."

"Ya, memang Encik Harmon dah pecat saya." Katanya.

"Oh."

"Tak semuanya yang jadi betul dekat sini, Emily." Dia menghadapku. "Saya harap awak cukup bijak untuk tahu mana satu yang baik dan mana satu yang jahat."

Kenyataannya mengejutkanku dan sejujurnya, menakutkanku juga. "Apa maksud puan? Patut ke saya rasa risau?" Tanyaku.

Encik Harmon berjalan keluar dari rumah. Aku mula menjauhi Rosemary sebelum aku dimarahi kerana bercakap dengannya.

Rosemary tidak membalas soalanku. Dia hanya merenungku. "Awak tak ada masa yang banyak." Katanya, berdiri dan melangkah pergi. "Pergilah. Pergi jauh dan jangan pernah toleh ke belakang!"

Aku berdiri di sana, merenungnya semasa dia pergi. Walaupun Encik Harmon memandang ke arahku, dia tidak berkata apa-apa. Seakan-akan dia tidak melihat punn Rosemary pergi. Encik Harmon berhenti berjalan, merenungku dengan tangannya diletakkan di pinggang kemudian masuk ke dalam rumah.

***

Aku tetap berada lama di taman bunga. Aku betul-betul tidak dapat melupakan apa yang Rosemary cakap. Apa maksud dia? Tidak ada banyak masa untuk apa? Berada di sini mula menakutkanku. Aku tidak mahu berada di sini lagi. Aku mahukan kereta polis menjemput kami dna beritahu yang nenek kami mahu kami tinggal bersamanya namun aku tahu itu tidak akan terjadi.

Berada di taman bunga ini membuatkan aku jadi tidak sedap hati. Pada masa itulah aku membuat keputusan untuk meneroka namun bukan di rumah ini. Aku ingin ke rumah lama Encik Harmon. Aku rasa dia tidak akan kisah. Tiada sesiapa yang tinggal berdekatan jadi aku tidak ada apa-apa yang aku perlu risaukan.

Aku tidak tahu yang aku sebenarnya sedang berjalan terus kepada masalah. Masalah besar di luar sangkaanku.

Hide and Seek | Bahasa Melayu TranslationWhere stories live. Discover now