Bab 3: Rumah Baharu Kami [EDITED]

277 20 0
                                    

Semestinya, kami terpaksa mengemaskan barang. Aku menyimpan beberapa barang kepunyaan ibu bapaku, terutamanya barang kemas ibuku. Aku memberikan Caleb beberapa model kereta ayah dan bajunya. Aku tidak tahu siapa yang lagi susah untuk menerimanya, Caleb atau aku? Ibu bapa kami telah meninggal dan kami ada keluarga baharu untuk tinggal bersama. Mindaku tidak dapat proses apa-apa yang terjadi namun aku tidak mempunyai pilihan lain. Aku tidak dapat menghidupkan ibu bapaku semula tidak kira sekuat mana harapanku. Aku harus kuat demi adikku dan diriku.

Caleb tidak mahu bercakap. Dia tidak mahu berkata apa-apa kepada aku atau sesiapapun. Dia tidak habis lagi menangis pun. Kadang-kadang dia akan menangis lima minit, kemudian berhenti dan menangis semula selama dua puluh minit. Aku merasa kasihan pada dia, dan juga pada diriku tentunya.

Abby sedih aku nak pindah. Susah rasanya nak ucap selamat tinggal pada dia. Aku tidak banyak bercakap dengannya, atau dengan sesiapa yang aku ucap selamat tinggal. Abby tidak kelihatan sedih atas apa yang terjadi. Dia meminta maaf dan memelukku dan memberitahuku semuanya akan okey. Tiada air mata. Tiada simpati.

Tinggal bersama orang-orang yang aku tidak jumpa selama bertahun-tahun bukanlah satu kompromi yang menyenangkan bagiku. Mereka bukan keluarga. Aku tidak kenal mereka dengan begitu mendalam pun. Selepas aku mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan jiran-jiranku, aku dan Caleb menuju ke rumah baharu kami.

Selepas dua jam berada di atas jalan dan selepas dua puluh minit melepasi jalan yang hanya dihiasi bukit-bukau dan pokok, kereta kami akhirnya membelok pada simpang yang membawa kepada jalan yang panjang menuju ke arah sebuah rumah agam. Aku tidak mempercayai apa yang aku lihat. Ianya memang betul-betul sebuah rumah agam. Rumah itu besar. Sebuah rumah agam klasik berwarna merah dan putih susu dengan hiasan emas dan perak.

"Apa tu?" Caleb bertanya sambil memandang ke luar tingkap.

Mendengarkan suaranya membuatkan aku tersenyum. Aku baharu sahaja ingin memberitahu yang ianya sebuah rumah agam namun itu bukanlah apa yang dia sedang lihat. Jauh dari rumah agam itu, dikelilingi rumput kuning yang tinggi, terdapat sebuah rumah lain. Sungguh, ia menakutkan aku. Ianya kelihatan seperti sebuah rumah yang ditinggalkan, berwarna kelabu. Okey, mungkin bukan kelabu penuh. Aku tidak pasti untuk mengatakannya, ianya berada agak jauh.

"Cuma rumah lama." Aku berkata sambil meletakkan lenganku pada Caleb namun dia cepat-cepat mengangkat lenganku dan terus merenung luar tingkap.

Kereta berhenti di hadapan pasangan pertengahan umur. Aku rasa itu mereka: ibu bapa angkat baharu kami. Aku terasa sakit mengatakannya. Semasa aku dan Caleb turun dari kereta, wanita itu berlari dan memeluk kami.

"Emily! Caleb! Kamu berdua dah besar sangat!" Suaranya, ceria dan nyaring semasa dia meluahkannya yang mana terlekat bersama kasih sayang. Dia merenung kami lama sebelum memeluk kami sekali lagi.

Suaminya, Encik Harmon, mengumpulkan barang kami dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada polis itu. Semasa polis itu mengundurkan keretanya, pasangan Harmon ini aku lihat, mereka asyik membuat bunyi teruja pada Caleb. Wanita itu mempunyai rambut hitam lurus yang pendek yang menutup sebelah matanya. Satu riben merah jambu terletak di atas rambutnya. Comel. Matanya berwarna coklat, hidung yang kecil dan bibir yang sangat nipis. Kulitnya pucat namun tidaklah keterlaluan. Dia memakai dress kuning tanpa lengan dan sepasang selipar.

Encik Harmon, sebaliknya, seorang lelaki yang mungkin berada di dalam lingkungan 30-an atau 40-an namun dia kelihatan seperti dua puluh lima tahun. Rambutnya berwarna coklat dan ikal yang panjang sehingga betul-betul di atas mata biru terangnya. Kedutan kecil menggarisi bahagian atas hidungnya dan sekitar wajahnya. Dia mempunyai tulang pipi yang cantik dan mulut yang lebar serta gigi yang tersusun cantik. Dia memakai sepasang seluar pendek biru gelap dan baju sukan kelabu.

Namun ada sesuatu yang hilang. Oh ya, anak perempuan mereka.

"Mana anak perempuan encik dan puan Harmon?" Tanyaku.

Tiba-tiba mereka memandangku. Mereka kaku dengan serta-merta dan senyuman Encik Harmon dengan perlahan bertukar masam. Kemudian dia tersenyum sebentar sebelum tertawa dengan takut-takut. "Dia takkan ada dekat sini."

Aku menunggu jawapan yang lebih logik namun itu sahaja yang aku dapat.

"Oh." Balasku pendek.

Puan Harmon mengambil bagasi-bagasi kami, diikuti Encik Harmon kemudian membawa kami masuk ke dalam. Encik Harmon bertanya Caleb jika dia sukakan skuter. Adikku menjawab dengan bersemangat dan objek yang terus menarik perhatian kami adalah dua buah skuter berjenama baharu berada di hadapan kami. Skuter-skuter itu cantik namun jujurnya, tidak dapat dibandingkan dengan rumah agam yang sempurna yang kami berada sekarang. Caleb sampaikan terkejut. Di dalamnya sangat besar dan mewah.

"Bilik awak berdua tak siap sangat lagi tapi jangan segan-segan nak menjelajah pakai skuter tu. Ada banyak sangat nak dilihat!" Encik Harmon berkata dengan gembira. "Tapi kalau awak penat, awak boleh tidur di katil kami."

Caleb berlari mendapatkan skuter perak. Aku melihat dia tersenyum dia ia membuatkan aku tersengih seperti seorang pelawak. Aku menoleh ke belakang dan melihat pasangan Harmon berbisik sesama sendiri, mengangguk bersetuju akan sesuatu. Sebaik sahaja mereka perasan aku memandang mereka, Puan Harmon berdehem dan berjalan mendekatiku. Aku meletakkan tangannya di atas bahuku.

"Walau macam mana pun, kami minta, tolong ikut satu peraturan." Dia menunjuk ke atas. "Nampak tak tingkat keempat yang mana tingkat terakhir rumah ni?"

Aku dan Caleb mengangguk perlahan.

"Kerja-kerja Encik Harmon ada dekat atas sana, jadi tak ada sesiapa yang dibenarkan ada dekat sana. Sana juga ada hasil seni yang mahal dan kalau semuanya rosak, banyak duit yang melayang nanti."

Memang ada ukiran menghiasi dinding dan lukisan-lukisan tergantung di dinding. Semuanya hasil seni yang menakjubkan yang menambah rasa kagum rumah agam ini. Aku dan Caleb berjanji tidak akan pernah naik ke sana.

"Bagus," ujar Encik Harmon. "Awak berdua rehatlah dulu atau pergi main sementara kami siapkan bilik awak. Nanti beberapa orang pekerja akan datang untuk cat dan hias bilik awak, Caleb, memandangkan bilik tu penuh dengan barang budak perempuan." Encik Harmon berdehem sekali lagi, secara tiba-tiba berjaga-jaga dengan kata-katanya. "Beberapa barang isteri saya."

Sebelum aku dapat berkata apa-apa, Caleb mula menaiki skuternya dan berpusing di sekeliling rumah. Aku memanggilnya, menyuruhnya untuk menungguku namun dia sudahpun pergi. Aku ingin melihat-lihat rumah ini bersamanya namun aku tidak sedia untuk meninggalkannya seorang diri. Tidak sekali lagi. Aku mengucapkan terima kasih kepada pasangan Harmon, menaiki skuter bermotor itu dan mengikuti Caleb menjelajah rumah baharu kami.

Hide and Seek | Bahasa Melayu TranslationWhere stories live. Discover now