Bab 8: Violet [EDITED]

181 14 5
                                    

Perjalan ke rumah lama itu mengambil masa lima belas minit. Sebaik sahaja aku sampai, aku memerhatikan rumah tersebut. Sebuah rumah lama berwarna kelabu. Hampir kesemua catnya sudah terkopek, melihatkan batu-bata di belakangnya. Sesetengah tingkap retak manakala ada sebahagiannya yang langsung hancur. Tempat ini walaupun lusuh dan rosak entah mengapa kelihatan hidup. Dengan sedikit kerja-kerja pembaikian, sesiapa sahaja boleh tinggal di sini semula. Rumah ini bukanlah hampir roboh, cuma perlukan sedikit pembaikian.

"Jumpa pun awak!"

Jantungku terasa hampir ingin keluar dari dadaku apabila aku mendengar seseorang menjerit dari dalam rumah. Kemudian aku mendengar seseorang tertawa dan menjerit, "jumpa pun awak!" sekali lagi.

Aku tidak mempercayainya. Ada orang yang di dalam bermain sorok-sorok! Aku teka sahaja yang mereka sedang memainkannya. Sebuah senyuman muncul pada wajahku. Aku terus mendengar mereka bermain permainan mereka. Aku menunggu sepuluh minit, mendengar sahaja mereka bermain.

Kemudian, dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang sedang ketawa keluar berjalan namun berhenti apabila mereka melihatku. Seorang budak lelaki yang dilumuri kekotoran berlari masuk semula ke dalam rumah.

"Violet! Ada seseorang dekat sini!" Budak lelaki itu menjerit.

Sementara mereka yang lain kelihatan muda, seorang budak perempuan yang kelihatan sebayaku keluar dari rumah itu. Dia memandangku seolah-olah dia sedang melihat hantu. Aku melambaikan tanganku. "Tak apa. Saya baik-baik saja. Saya cuma datang tengok-tengok tempat ni sebab saya bosan."

"Apa nama awak?" Budak perempuan nama Violet itu bertanya. Mukanya sangat pucat. Tidak ada riak muka langsung di wajahnya. Rambutnya berwarna coklat pudar dan panjangnya paras bahunya.

"Emily," balasku dan terus memerhatikannya. Violet memakai sweater dan sweatpants yang mana membuatkanku terasa pelik kerana sekarang adalah musim panas.

"Jom main dengan kami," Violet berkata sambil tersenyum.

Budak-budak yang lain tertawa dan menyambutku lalu kami menaiki tangga yang bergoyang. Mereka memperkenalkan diri kepadaku. Semasa aku merenung Violet, seorang budak lelaki muncul di hadapanku, menghalang pandanganku pada Violet.

Dia menghulurkan tangannya kepadaku. "Saya Tate. Umur saya sepuluh tahun. Berapa umur akak?"

"Hello, Tate. Umur akak empat belas tahun." Balasku, bersalaman dengannya.

Seorang lagi budak perempuan berjalan ke arahku. Dia seorang yang sangat ceria. "Hai! Nama saya Caroline dan saya sebelas tahun!" Dia berkata dengan suara yang kedengaran sama seperti koboi perempuan, Jesse dari filem Toy Story 2. "Ini abang saya, Jasper." Caroline menarik seorang budak lelaki yang kelihatan sangat pemalu.

Tangan Jasper berada di dalam poket seluarnya dan rambutnya agak menyorokkan sedikit matanya. Dia tidak berkata apa-apa. Caroline menumbuk bahunya. "Jasper ni pemalu sikit tapi dia lelaki yang paling hebat yang pernah awak jumpa!"

"Berapa tahun dia?" Aku bertanya.

Aku terkejut kerana dia sendiri yang menjawab. "Enam belas." Katanya. Aku terkejut kerana aku sekaki lebih tinggi dari dia.

"Cik ni datang dari mana?" Caroline bertanya dengan suara yang kuat.

Aku menunjuk ke arah rumah agam. "Dari sana." Kataku. "Dengan pasangan Harmon."

Kesemua senyuman hilang. Jasper dan Violet memandang sesama sendiri. "Patut ke aku-" Kata-kata Jasper dipotong oleh adiknya.

"Wow! Itu rumah lama yang mewah." Caroline berkata sambil menyatukan tangannya bersama dan memejamkan matanya. "Saya sanggup bagi seekor lembu untuk tinggal di rumah macam tu."
"Tak adalah bagus mana." Aku menyatakan.

"Mesti kesunyian kalau tinggal dekat sana. Tinggal dalam rumah besar di tengah-tengah entah di mana." Kata Violet. Seperti itu sahaja, dia kembali tersenyum kepadaku.

Aku membalas senyumannya. Akhirnya, seseorang yang memahamiku. "Tepat sekali." Balasku.

Jasper berjalan ke sebelah Violet. "Kami kena pergi sekarang." Dia berpusing dan memandangku. "Gembira berjumpa awak, Emily." Kata Jasper. Tate dan Caroline mengekori Jasper sambil melambai tangan sebagai ucapan selamat tinggal kepadaku. Aku melambai balik.

Akhirnya, hanya aku dan Violet sahaja yang berdiri di sana, memerhatikan yang lain pergi. Aku memandangnya, tersenyum janggal semasa dia merenungku.

"Jadi...awak tak pernah bagitahu saya umur awak." Aku bersuara.

Violet tertawa kecil. "Saya pun empat belas tahun juga." Balasnya.

Kami senyap beberapa saat sebelum dia menanyakan soalan yang lain. "Saya tak tahu yang pasangan Harmon ada anak perempuan lain." Katanya.

"Mereka ambil kami jadi anak angkat. Adik lelaki saya, Caleb dan saya dah tinggal dengan mereka dua bulan lebih sekarang," kataku, berpusing menghadapnya. "Awak tahu ke fasal anak perempuan mereka?"

Dia menggelengkan kepalanya dan berjalan ke arah sebuah kerusi yang rosak yang aku tidak perasan akannya sebelum ini dan duduk di atasnya. Aku duduk di atas lantai, berharap yang ia masih stabil di bawahku.

"Saya pernah nampak anak perempuan mereka sebelum ini." Dia membalas.

"Awak rasa apa yang jadi dekat dia?" Tanyaku.

Violet mengeluh. "Mungkin dia larikan diri. Mungkin dia tak bahagia." Sebelum aku dapat membalas apa-apa, dia bersuara lagi. "Saya rasa mesti kesunyian kan dekat sana? Awak patut main dengan kami dekat sini. Awak boleh nak tinggal selama mana pun yang awak nak. Kami ada makanan, minuman dan katil." Dia menawarkan dengan sebuah senyuman.

Kemudian aku tersedar akan sesuatu. Dia tinggal di sini. "Awak tinggal dekat sini ke?"

Dia mengangguk dengan bangga. "Ya." Dia nampak gembira dengan kenyataan tersebut. "Sini sesuai bermain sorok-sorok," katanya, merenung di belakangku. "Ia permainan kesukaan saya."

Wajahku bertukar gembira. "Itu permainan kegemaran saya juga!" Violet memandangku sebelum menyandarkan kepalanya di kerusi dan merenung matahari yang semakin perlahan terbenam.

"Saya gembira mendengarnya." Katanya sambil tersenyum.

Hide and Seek | Bahasa Melayu TranslationWhere stories live. Discover now