Empat hari terakhir merupakan hari yang biasa sahaja. Aku dapat sesuaikan diri dalam rumah baharu kami. Aku juga perasan yang pasangan Harmon jarang kelihatan. Encik Harmon ada di biliknya atau ruang kerja dia manakala Puan Harmon habiskan hampir kebanyakan masanya di taman bunga ataupun di dalam biliknya, tertawa sambil melihat rancangan televisyen.
Sejak akhir-akhir ini aku rasa kesunyian. Tidaklah, boleh ke kau salahkan aku? Aku tak masuk sekolah lagi, tidak ada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan keluarga Harmon dan aku tidak ada teman untuk melakukan sesuatu bersama. Aku tidak boleh bermain sorok-sorok pun! Sampaikan Caleb pun hindarkan diri dari aku dan aku tidak tahu kenapa. Dia habiskan masanya dengan bermain dengan permainannya atau skuternya yang dia baharu sahaja tahu ianya skuter elektrik. Setiap kali dia nampak Encik Harmon, dia akan jadi teruja dan ikut dia ke mana sahaja. Encik Harmon nampak macam sukakannya sebab dia akan pegang tangan Caleb dan mereka akan berjalan sambil berbual.
Kebosanan, aku memutuskan untuk pergi ke taman bunga. Puan Harmon ada di sana menyiram pokok bunga. Dia nampak keletihan. Aku berjalan mendekatinya dan bertanya jika dia perlukan bantuan.
"Oh, terima kasih," katanya, berdiri dan mengelap dahinya. "Ini bunga yang terakhir. Haduh, walaupun saya suka bunga, kadang-kadang saya menyesal beli dan tumbuhkan banyak sangat."
Aku tersenyum. "Ya, nampak memenatkan."
Dia meletakkan alat menyiram bunga ke tanah dan membuang kotoran di tangannya menggunakan kain lusuh yang dia bawa di atas bahunya.
"Kalaulah Encik Harmon benarkan kami upah seseorang untuk buat semua ni tapi dia risau sangat orang akan curi barang dia. Kami pernah ada kes macam tu." Beritahunya.
Okey. Dalam kepala otak aku, aku fikir, mereka memang ada seseorang kan? Aku nak kena tanya sebab aku dah pun jumpa tukang kebun mereka, Rose. Dia ada di sini, siram pokok-pokok bunga dan berbual dengan aku. Caleb pun nampak dia.
"Saya ingatkan Puan ada tukang kebun." Katanku, menyedari yang suaraku menggeletar semasa aku bercakap. "Tak, sebab saya dan Caleb ada jumpa dia. Dia ada dekat sini siram pokok bunga macam yang Puan buat. Dia kata nama dia Rosemary."
Puan Harmon memandangku dengan pandangan seolah-olah dia ragu-ragu jika dia patut mempercayaiku ataupun tidak. Dia membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu namun dia menutup mulutnya kembali dan mengangguk. "Rosemary ya? Dia tukang kebun lama kami. Dia ada kerja untuk sementara waktu. Saya rasa dah sampai masanya untuk mengetatkan lagi keselamatan rumah." Dia berkata dan tertawa.
Aku ikut tertawa. "Wow." Aku rasa lega sebab tahu.
"Kalau ada siapa-siapa yang datang ke sini, masuk ke dalam cepat-cepat," dia berkata dengan nada serius. "Jangan cakap dengan mereka. Orang biasanya datang ke sini dan saya tak boleh nak kata yang semuanya baik ke tak. Kami ada barang berharga dalam rumah ni jadi kalau awak ada nampak sesiapa dekat rumah ni masuk je terus ke dalam dan bagitahu kami. Faham, kacang tanah?"
Ibu aku selalu panggil aku kacang tanah juga. Senyumanku digantikan dengan kerutan. Aku menggaru kepalaku sedikit dan angguk.
"Awak okey?" Puan Harmon bertanya, meletakkan tangannya ke atas bahuku.
"Rasanya," balasku. "Saya terfikir kalau-kalau kami boleh mula bersekolah bulan September. Saya rasa saya kesunyian dan nakkan kawan."
"Mestilah kamu akan mula bersekolah. Encik Harmon dah pun upah beberapa orang cikgu untuk awak dan Caleb. Awak berdua akan sekolah di rumah," beritahu Puan Harmon.
Ew, fikirku. Aku tidak mahu disekolahkan dari rumah.
"Tapi...tapi macam mana dengan buat kawan?" Aku membantah.
"Tapi tak ada sesiapa yang tinggal berdekatan. Lagipun kawan-kawan takkan bantu awak berjaya dalam hidup. Pendidikan yang bagus ya." Katanya, memandang rumah agam. Dia kemudian memandangku semula.
Mataku membulat mendengarkan kata-katanya. Kata-kata dia buatkan aku marah dari yang aku sangka. Mengarut sungguh. Sedihnya, sebelum aku dapat berkata apa-apa, dia mula berjalan ke arah rumah.
"Nak kena siapkan makan malam sekarang, sayang." Dia memanggilku sebelum masuk ke dalam rumah.
***
Aku terjaga di tengah-tengah malam. Aku duduk di atas sebuah kerusi dan di hadapanku adalah tingkap. Di luar seakan-akan didekatkan kepadaku. Bulan kelihatan seperti sebuah bola putih yang sempurna. Cahaya dari bulan membuatkan taman bunga itu bersinar. Ianya sangat cantik.
Secara tiba-tiba, seorang lelaki berjalan di taman bunga. Dia sedang mengheret seorang perempuan dengan memegang rambutnya. Jeritan perempuan itu sangat kuat. Dia berusaha untuk melepaskan dari lelaki itu, mencuba untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu. Lelaki itu melepaskan perempuan itu ke tanah dan memukul mukanya dengan batu yang dia ambil dari tanah. Dia menyumpah seranah namun aku hanya dapat mendengar jeritan perempuan itu. Dia menjerit dan terus menjerit semasa lelaki itu membunuhnya.
Kemudian ia berakhir.
Akhirnya, aku fikirkan yang ianya sudah berakhir. Lelaki itu menoleh pada tingkap di mana aku berada. Mataku membulat dan jantungku mula berdegup kencang. Dia berdiri dan menggenggam tangannya menjadi penumbuk. Pada masa itulah aku melihat wajahnya. Ianya Encik Harmon. Wajah bengisnya merenung wajahku yang ketakutan menerusi tingkap.
"Kenapa kau tak nak jadi sebahagian dari kami?!" Dia menjerit. Dia mula menyumpah seranah dan berlari semula ke rumah sehingga aku tidak melihatnya lagi.
Aku terasa tidak dapat bangun. Aku hanya merenung tingkap. Badanku diam di sana, lumpuh keseluruhannya. Aku menjerit meminta tolong namun suaraku tertahan dan tidak jelas entah kenapa. Di belakangku, aku mendengar bunyi tapak kaki mendekatiku. Aku merasakan ada seseorang di belakangku. Bukan Encik Harmon. Ianya seorang budak perempuan. Dia berdiri di sana, membuka mulutnya dan mengatakan sesuatu dengan senyap.
Aku tidak dapat menjelaskan betapa takutnya aku. Ada masa-masa di dalam hidupku aku tidak pernah membayangkan sesuatu seperti ini terjadi. Aku tahu yang ianya seorang budak perempuan, aku pasti akannya tapi tengok ni: rambut dia botak dengan tidak rata. Setengahnya panjang, setengahnya botak dan setengahnya cuma beberapa helai rambut. Wajahnya dihiasi dengan kesan kelaran yang dalam dan panjang yang mana darah menitik keluar dan jatuh ke lantai. Badannya tidak kelihatan kerana bilikku gelap.
Pada masa ini, aku mula merasakan badanku boleh bergerak. Budak perempuan itu masih mengatakan sesuatu yang aku tidak dapat dengar kepadaku. Sebaik sahaja aku tersedar yang aku boleh bergerak, aku bangun dari kerusi. Aku berlari keluar bilik menuju ke ruang luar kemudian berlanggar dengan kelibat yang sama saiz dengan aku. Aku menoleh ke belakang dan melihat budak perempuan itu berjalan perlahan-perlahan ke arahku.
"Emily!"
Seseorang menjerit namaku dari bawah. Ianya Encik Harmon. Buat masa sekarang, aku tengah hadap seorang budak perempuan, satu kelibat dan Encik Harmon yang gila dan marah. Aku menutup mataku sebab...apa lagi yang aku boleh buat?
Aku terjaga dari tidur di atas katil dan memandang sekeliling seperti orang gila. Matahari baharu sahaja terbit dan semuanya di dalam bilikku kelihatan normal. Dahiku berpeluh. Jantungku terasa berat. Aku memberitahu diriku berulang kali yang ianya hanya sebuah mimpi tapi ia terasa benar. Terasa sangat benar. Aku cuba mengendahkannya namun ketakutanku dengan cepatnya menjadi realiti.
Di dalam bilikku, di hadapan tingkap ada sebuah kerusi. Sebaik sahaja aku bergerak ke arah kerusi itu, aku melihat kesan tapak kaki di atas lantai mula memudar. Bukan kesan tapak kaki itu sahaja yang memudar. Darah yang ada di sana juga disedut masuk ke dalam lantai.
Seperti itu sahaja, kesan tapak kaki dan darah hilang, tidak meninggalkan kesan langsung.

YOU ARE READING
Hide and Seek | Bahasa Melayu Translation
HorrorMacam mana malam anda bermula dari bermain sorok-sorok bersama rakan baik anda bertukar kepada ibu bapa anda dibunuh pada malam yang sama? Selain itu, anda dihantar untuk tinggal bersama kawan baik ibu dan ayah anda, Puan dan Encik Harmon. Walaupun...