Bab 11: Agak Professional [EDITED]

152 11 3
                                    

Aku melihat dengan lebih dekat kerusi itu. Bersama perasaan seram yang membara, aku terpaksa mempercayai pada benda-benda ghaib. Sesuatu yang aku tidak percaya sebelum ini. Mungkin ke ada hantu yang duduk dekat sini tadi?

Aku mula menggigil. Aku menggelengkan kepalaku. Mungkin Violet yang buat dia jadi bentuk macam itu. Ya, mungkin juga begitu.

Sebaik sahaja aku ingat nak cari Violet semula, lebih kurang enam kaki jaraknya dari aku, aku terlihat seorang lelaki berdiri bersandar di dinding.

Mataku membesar. Dia seorang lelaki tua berambut putih dan janggut beruban. Pakaiannya hampit kesemuanya berjahit. Kuku jarinya semuanya sudah dicabut dan berdarah. Kepalanya menunduk ke tanah dan darah menitik dari bahagian muka yang aku tidak nampak.

"Jumpa pun awak!" Violet sergah dari belakangku. "Tak boleh ke awak cari saya lebih cepat?"

Aku menolak Violet menjauhiku kerana aku ingatkan yang dia orang lain atau benda lain. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku pada lelaki tua tadi. Dia sudah pun tiada. Aku berpusing pada Violet yang sekarang sedang duduk di atas lantai, merenungku dengan tajam.

"S-saya ingatkan awak ada dekat bawah selimut tu." Kataku tergagap-gagap.

Violet menjelingku.

"Saya ada nampak seorang lelaki! Dia berdarah-darah!" Terangku lantang, berharap Violet akan bercakap dan tidak marahkan aku.

Dia berdiri dan merenungku, menepuk-nepuk seluarnya.

Aku merenungnya dengan lebih lama. "Awak rasa mereka wujud? Awak tahu, macam hantu?"

"Mestilah mereka wujud," Balas Violet.

Aku tidak sangka dia akan setuju dengan kata-kataku. Aku sangkakan dia akan cakap, "Mestilah TAK!" Namun tidak.

"Awak tak percayakan mereka ke, Emily?" Violet bertanya, menapak ke arahku.

Aku hampir terjatuh ke belakang. "Saya tak tahu. Ada banyak sangat benda pelik yang dah jadi sejak kebelakangan ni."

Violet merenungku. Mulutnya terbuka dan tertutup seolah-olah ada sesuatu yang dia ingin bicarakan.

"Violet?" Tanyaku.

Sebelum dia dapat membalas, kami terdengar pintu diketuk.

"Viiiioleeeeet! Saya niiiii. Bukalaaahhh pintu!" Caroline menjerit.

Violet ingin membuka pintu dan sudah tentu, Caroline dan Jasper ada di luar. Tiada Tate.

"Emily! Hay!" Caroline menyapa, berlari ke arahku. "Hang nampak lebih pucat dari baby baru lahir. Hang okay ke dok?"

Aku memandangnya dan tersenyum.

Violet berdiri di hadapanku. "Dia ada nampak hantu tadi."

"Oh," Hanya itu yang Caroline balas. Dia mengangguk dan menoleh pada Jasper. Pelik. Budak seumur Caroline sepatutnya, satu, sangat takut, atau dua, menjerit tiba-tiba tapi tidak.

"Hmm, kasihannya!" Ucap Caroline, mengangkat bahunya. "Boleh tak kita main sorok-sorok? Tadi kita orang hampir-hampir kantoi sebab mencur-"

Jasper menutup mulut Caroline. "Diamlah." Kata Jasper, memandang pada Violet. "Kita orang betul-betul bosan tadi."

Violet terangguk-angguk. "Okay. Nak sambung tak?"

"Macam mana dengan hantu tadi?" Tanyaku, tidak pasti kalau aku nak teruskan bermain dalam rumah ini. Aku pasti apa yang telah lihat hari ini. Aku pasti dengan apa yang aku lihat di taman bunga itu. Apa yang aku nampak bukannya rekaan dan imaginasi.

"Emily," Violet bersuara dan berjalan ke arahku. "Mereka kata hantu tak boleh cederakan awak kalau awak bukan ancaman bagi mereka. Awak kena, tahu jelah, abaikan je. Kalau betullah mereka tu betul-betul wujud."

"Ya, memang dengar macam senang sangat." Sinisku. "Awak tak faham. Sejak saya sampai sini, saya dah nampak banyak sangat benda pelik yang saya tak dapat nak jelaskan macam mana."

Jasper sedang merenungku dengan sangat tajam dna begitu juga dengan Caroline.

"Awak cedera ke?" Violet bertanya.

"Tak," Jujur aku menjawab.

Dia tersenyum. "Kalau macam tu jom main. Jasper yang jadi. Main dekat tingkat satu je cuma sampai tak jumpa Emily."

Entah mengapa, ayat terakhirnya menyeramkan aku. Aku segera mengendahkan perasaan itu dan Jasper mula mengira. Semasa dia mengira, aku berlari semula ke dalam bilik yang mana hantu tadi muncul dan kau tahu apa yang aku buat? Aku meletakkan semula selimut di kerusi tadi dan membentukannya seperti seorang manusia. Aku menyorok betul-betul di belakang pintu masuk.

"19, 20."

Jasper selesai mengira dan sekarang sedang mencari yang lain. Tiada sesiapa yang menyorok sebilik dengan aku dan aku tidak kisah pun. Aku kemudiannya terdengar bunyi tapak kaki mendekat. Aku bergerak semakin jauh ke dalam dan dekat dengan dinding, berharap yang Jasper tidak akan nampak aku. Aku harap dia akan berjalan terus ke selimut dan masa dia fokus dekat sana, aku akan lari ke ruang tamu dan menyorok memandangkan dia sudah pun periksa di sana tadi, kemudian aku akan lari SEMULA ke bilik yang ada selimut ini. Rancangan yang hebat.

Dia mungkin akan kata, "Saya ingatkan saya dah tengok dekat sana tadi. Wow, awak memang bijak." Aku mengharapkan pujian dari dia. Bukannya aku sukakan dia tapi dia agak comel juga.

Bunyi tapak kaki itu semakin mendekat dan aku melihatnya. Jasper masuk ke dalam bilik ini dan MEMANDANG aku! Betul itu. Dia berjalan secara ke belakang dan tersenyum lebar. Aku menjerit. Jasper tertawa.

"Jumpa pun awak." Ujarnya, memandangku. Dia kemudiannya memandang selimut yang ada di kerusi dan memetik jarinya. Selimut itu jatuh ke atas lantai. "Jangan jadi simple sangat," katanya pendek dan pergi mencari mereka yang lain.

Aku memerhatikan Jasper semasa dia mencari yang lain. Dia menjumpai mereka kurang dari tiga minit. Kami semua berkumpul di ruang tamu. Semuanya tertawa kecuali aku.

"Bertenanglah, Emily. Awak akan jadi makin pandai nanti." Kata Violet, menumbuk perlahan bahuku.

Aku memberikan senyuman palsu padanya. "Macam mana kau orang buat? Macam mana kau orang boleh pandai sangat menyorok? Saya ingatkan saya dah bagus main sorok-sorok." Aku tunduk memandang lantai. "Rasanya tak."

Caroline memegang bahuku. "Hei, janganlah sedih."

"Ya," Tambah Jasper. "Awak akan makin pandai nanti. Saya janji."

"Okey, Emily. Awak pula jadi." Ucap Violet.

Aku tiada mood untuk bermain namun aku turutkan sahaja. Aku memusingkan kepalaku menghadap pintu dan mengira. Sebaik sahaja aku sampai di nombor empat, bunyi tapak kaki sudah pun tiada. Macam mana mereka buat macam itu?!

***

Aku sudah mencari mereka lebih dari sepuluh minit. Aku sudah mencari di merata tempat. Dalam kabinet, dalam tong sampah, bawah kerusi, sampaikan di retakan belakang dinding. Aku pun dah cari dekat luar dan beranda rumah.

Aku pergi semula ke ruang tamu, meletakkan tangan di sekitar mulutku dan menjerit, "Saya mengalah!"

Suara tawa di belakangku membuatkan aku terkejut beruk. Mataku membulat semasa aku melihat ketiga mereka, Caroline, Jasper dan Violet, berdiri di sana, tertawa.

"Tapi macam mana?" Soalku.

Mereka terus ketawa.

"Agak professional," Violet tertawa.

"Hei, dia tak adalah teruk sangat," Kata Jasper dan mengenyitkan matanya padaku.

Amarahku melonjak. Perkataan "agak professional" itu sudah cukup untuk membuatku menapak keluar dari rumah tersebut.

Violet memanggil namaku namun aku pura-pura tidak dengar. Aku terus berjalan, berjalan semula ke rumah agam pasangan Harmon.

A/N: saya ada guna loghat untuk Caroline sebab dalam BI dia ada guna slang lain. Okay ke kalau buat macam tu? Ke nak bagi Caroline guna BM standard macam yang lain? 

Hide and Seek | Bahasa Melayu TranslationWhere stories live. Discover now