---
Jimin baru sahaja sedar dari tidur sekejapnya tadi selepas kepenatan melakukan persetubuhan . Dia Menoleh ke sebelah dan melihat ke arah Nahee yang sedang tidur dengan badannya diliputi selimut tebal . Jimin mendekatkan badannya dengan Nahee dan menyebabkan Nahee tersedar dari tidurnya .
Jimin mula mengusap lembut kepala Nahee dan mencium rambut Nahee dengan penuh kasih sayang . Jimin mula meletakkan dagunya pada leher Nahee . Nahee tersenyum .
" aku sebenarnya sukakan kau...tak , aku dah mula cintakan kau , nahee . Sebab itulah aku taknak kau kena sentuh dengan mana mana lelaki sebab aku dah sayangkan kau. " jujur Jimin di telinga Nahee.
Nahee memusingkan badannya untuk memandang Jimin. Jimin mula menyentuh tangan Nahee lalu mencium tangannya dengan lembut.
" kenapa? "ringkas Nahee bertanya.
" sayakan hanya seorang pelacur. Saya taknak awak tersilap kerana mencintai saya. " sambung Nahee lagi.
" aku akan silap kalau aku tinggalkan kau . Dengar sini Nahee , aku cinta dan sayangkan kau . Aku janji dengan kau , aku akan ambil kau dari Taehyung. Aku akan bawa kau pergi dari tempat ni . Kau tak sesuai dekat sini . " jawab Jimin dengan yakin.
Nahee tersenyum apabila mula terharu dengan apa yang dikatakan oleh jimin. Jimin dan Nahee berpelukan erat. Mereka kemudiannya memandang tepat antara satu sama lain dan Mereka mula bercium hangat dalam pelukan masing masing.
Beberapa jam kemudian , mereka masing masing membersihkan diri . Jimin begitu fokus merapikan butang bajunya dan juga dibantu oleh Nahee. Sempat lagi Jimin mencium lembut bibir Nahee saat dia sedang membantu membutangkan pin baju Jimin . akibat geram , nahee mencubit pipi montel jimin . Mereka ketawa kecil bersama.
" i love you " kata Jimin kepada Nahee . Nahee memberikan senyuman manisnya kepada Jimin lalu memeluk lengan jimin dan melekapkan mukanya di dada jimin dengan manja sekali . Saat mereka sedang bermesra mesraan , ade seseorang di luar bilik yang asyik memerhatikan kemesraan mereka berdua di celah pintu siapa lagi melainkan Taehyung . Perasaan cemburunya , semakin membara melihat Jimin begitu terlalu manja dengan Nahee.
Sebelum Jimin meninggalkan bilik , sempat lagi dia memberikan pelukan erat kepada nahee . Kemudian matanya mula melihat sekeliling jika ada orang yang nampak mereka . Taehyung segera mengelakkan diri daripada disyaki Jimin . Jimin mula tersenyum nakal lalu memuncungkan bibirnya kepada Nahee supaya Nahee memberikannya satu ciuman .
Nahee tersenyum melihat gelagat comel Jimin itu lalu dia mula memegang kedua belah pipi Jimin dan merapatkan muka mereka. Satu ciuman lembut hinggap dibibir masing masing. Jimin tersenyum nakal Kemudiannya dia meninggalkan Nahee dengan mengusap kepala dan mengenyit mata kepada Nahee . nahee tergelak kecil .
Perasaan sakit hati Taehyung semakin menjadi jadi apabila dia melihat Jimin dan Nahee begitu saling mencintai antara satu sama lain . ia Membuatkannya cemburu dan cuba mencari jalan bagaimana cara untuk memisahkan mereka berdua. Taehyung kembali ke biliknya , dengan perasaan bercampur baur.
--
(Bilik Taehyung)
Habis berselerak harta benda di dalam biliknya yang jatuh diatas lantai. Taehyung begitu angin kerana masih lagi tidak dapat mengawal perasaan cemburunya setelah melihat Nahee dan Jimin berciuman antara satu sama lain . Taehyung sejujurnya mempunyai perasaan kepada Nahee walaupun dia sedar dialah punca membuatkan Nahee sanggup meninggalkan kampung semata mata ingin mengikut Taehyung ke Seoul. Tetapi sebaliknya dia telah mengecewakan Nahee dengan menjadikan Nahee pelacur di kelabnya sendiri . Rasa bersalah Taehyung tidak berguna lagi ,jika Nahee membencinya sudah tentu dia tidak akan memaafkannya.
Tangan Taehyung berlumuran dengan darah hasil tumbukan kuat yang berkali kali di dinding hingga darahnya juga terlekat di dinding . Taehyung akhirnya duduk menundukkan kepalanya . darahnya menitik nitik di lantai. Rasa sakit sememangnya dapat dirasai Taehyung tetapi diliputi dengan perasaan marahnya membuatkan Taehyung membuak buak .
--
Tbc
Hiii . lama x update kan ? Rasa malas nak update tapi sebaik ade readers yang suruh update . kalau x malas nak update 😂 author jujur 😂 15 votes ke atas an update . kalau x cukup sampai 15 votes malas nak update , author merajukk 😂
YOU ARE READING
땀과눈물 Park Jimin 18+ ( COMPLETED )
Historia CortaKim Nahee yang merupakan seorang gadis kampung . Hanya bergantung kepada Taehyung sejak kematian keluarganya malah dia tidak tahu akan taehyung mempunyai niat jahat terhadapnya yang hanya mempergunakan gadis itu sahaja sehinggakan dia bertemu denga...