Chapter 13

801 63 10
                                    

----

( Unit Kecemasan , Hospital Seoul )

Nahee tidak senang duduk . asyik duduk , berdiri dan tercegat di pintu . Dia begitu risau akan keselamatan Jimin . Sudah berapa jam Jimin di dalam bilik kecemasan . Seorang doktor pun dari tadi tak ada yang keluar dari bilik kecemasan . Itu lebih membuatkan Nahee gelisah . Nahee cuba menenangkan dirinya dengan mengambil tempat . Dalam keadaan sedih dan risau , Nahee mengusap perutnya dengan lembut . Ingin saja dia masuk ke dalam bilik tersebut tetapi di halang oleh jururawat yang bertugas .

" baby , papa kamu tak apa apa kan ? Tolong selamatkan , papa ya " kata Nahee sambil air matanya tidak berhenti mengalir keluar . Tersedu sedu Nahee cuba menahan tangisnya tetapi tidak boleh . Dia begitu takut jika Jimin mengalami kecederaan yang serius yang boleh membawa maut .

Tidak lama kemudian , pintu Bilik Kecemasan terbuka , seorang doktor menanggalkan topeng mulut dan hidung . Dia segera mendapatkan Nahee. Ketika itu juga beberapa jururawat mengusung Jimin keluar ke Unit Rawatan Rapi . Mata Nahee meleret memandang Jimin yang masih lagi tidak menyedarkan diri .

" doktor , ma...macam mana dengan keadaan Jimin " tanya Nahee yang ingin tahu .

" huh , keadaan dia memang agak serius . Kami dapati usus dia terkoyak sedikit dan ada juga serpihan kaca pada ususnya tu . " kata Doktor yang di kenali sebagai Doktor Shin . Reaksi tergamam Nahee jelas di wajahnya . Air mata terus jatuh .

" tapi , awak tak perlulah risau . Jimin sudah boleh diasingkan dekat wad berasingan dari pesakit yang lain . Kita hanya mampu berdoa agar dia cepat sihat nanti . " tambah Doktor Lee untuk menenangkan hati Nahee . Sebelum dia meninggalkan Nahee , sempat dia menepuk lembut bahu Nahee . Nahee hanya tersenyum nipis .

---

Nahee tidak pernah berhenti untuk menjenguk Jimin di hospital . Tapi setiap kali dia pergi menjenguk Jimin , Keadaan Jimin masih sama . Dia masih tidak menyedarkan dirinya . Nahee begitu simpati dengan keadaan Jimin . Dia selalu meminta maaf kepada Jimin . Nahee berasa bersalah atas apa yang terjadi pada Jimin disebabkan dia . selalu juga Nahee membersihkan badan Jimin . Memang rutin dia apabila melawat Jimin . Dia berharap sangat Jimin segera menyedarkan dirinya kerana rindunya terhadap Jimin semakin menebal .

--

Keesokkannya seperti biasa Nahee datang ke hospital untuk melihat keadaan Jimin . Dalam perjalanan dia ke bilik Jimin . Seorang gadis cantik , berkaca mata hitam turut menuru ke bilik Jimin . Sungguh bergaya gadis itu mengenakan gaun mengikut bentuk badannya yang ramping paras paha . Nahee cuba melambatkan langkahnya ke bilik Jimin untuk memerhatikan gadis tersebut . Gadis cantik itu segera memasuki bilik Jimin . dia menanggalkan cermin matanya . sayu hatinya memandang Jimin yang terlantar di atas katil .

" oppa~ " kata perempuan itu manja . Nahee terkejut setelah mendengar perempuan itu memanggil Jimin ' oppa ' . Nahee terus menuru ke pintu wad itu . Sedikit rasa kecewa , Nahee rasai . Pelbagai perasaan bercampur baur , dia mengeluh berat . Dia cuba memberanikan dirinya di depan pintu wad Jimin dan memerhatikan mereka dua di dalam .

Gadis itu kelihatan cukup manja dengan Jimin . Dapat di lihat dari mata Nahee , gadis itu membelai lembut rambut Jimin lalu di pegangnya tangan Jimin . Nahee tidak sanggup melihat lalu dia segera melarikan dirinya . Air mata Nahee keluar sedikit demi sedikit dan di kesat air matanya kasar .

---

( Wad Jimin )

Jari - gemari Jimin bergerak gerak perlahan . perlahan lahan dia membuka matanya . Gadis yang menemani Jimin segera menekan butang kecemasan untuk memanggil jururawat yang bertugas . Beberapa jururawat berserta doktor yang merawat Jimin turut berada di situ .

땀과눈물 Park Jimin 18+ ( COMPLETED )Where stories live. Discover now