Prolog

3.9K 240 9
                                    

Terdengar suara tangisan anak kecil di dalam labour room. Jeon Jungkook menarik nafas lega. Begitu juga dengan isteri nya, Koo Yejin. Jungkook menggenggam erat tangan isteri nya lalu dicium. Bersyukur sangat kerana kedua mereka selamat. Bayi mereka juga sihat walafiat.

Setelah selesai semua nya di labour room, Koo Yejin dipindahkan ke wad biasa dimana tempat ibu - ibu yang baru sahaja melahirkan. Jeon Jungkook juga bersama dengan isteri nya. Setiap masa dan setiap saat, berada disamping Yejin.

"Anak kita, sayang..."

Jeon Jungkook mendukung anak nya lalu dibawa ke Koo Yejin. Koo Yejin tersenyum manis. Kepala anak nya diusap perlahan dan dicium. Jeon Jungkook memandang isteri nya lama sambil tersenyum. Melihat isteri nya gembira, membuatkan dia turut gembira.

"Kenapa?" soal Koo Yejin apabila menyedari suami nya melihat dia dari tadi.

"Thanks sebab lahirkan anak ini untuk saya. Saya gembira sangat, sayang. Ini lah hadiah yang paling bermakna untuk saya sempena hari lahir saya."

Kata Jeon Jungkook seraya mencium dahi Koo Yejin. Koo Yejin tahu pada hari itu, 01.09 ialah hari lahir suami nya dan sekaligus menjadi hari lahir untuk anak mereka. Ciuman dilepaskan apabila anak itu merengek kecil.

"Nak bagi nama apa?"

"Jeon Mia."

"Cantik. Saya suka."

"Bagus lah." mereka berdua sama - sama tersenyum. Lepas itu, Jeon Mia diletakkan semula ke dalam baby coat (?) dia. Jeon Jungkook kemudian nya menyelimutkan isteri nya sebab kata Koo Yejin, dia mahu tidur.

"Sweet dream..."

ツ🌸

BEBERAPA BULAN
KEMUDIAN

"Mummy buat apa eah?" kata Jeon Jungkook sambil mendukung anak nya yang kini sudah mencecah 5 bulan. Jeon Jungkook menjenguk isteri nya dibelakang rumah. Rupa nya tengah sidai baju di ampaian. Jungkook lantas keluar dari rumah dengan Mia.

"Mummy..." Jungkook mengajuk cara percakapan kanak - kanak. Lantas, Koo Yejin berpaling dan tersenyum pada mereka berdua. Yejin menerpa pada Jungkook dan Mia, dan memberikan ciuman pada anak nya itu.

"Dah minum susu?"

"Sudah, mummy." sekali lagi Jeon Jungkook membuat suara itu. Koo Yejin ketawa kecil. Lepas itu, Jeon Jungkook membawa anak nya ke bangsal manakala Yejin menyudahkan menyidai pakaian.

Jungkook bergurau dengan anak nya, membuatkan Jeon Mia ketawa. Jeon Mia diletakkan di atas bangsal itu lalu Jungkook menekapkan mulut nya pada perut Mia dan menghasilkan bunyi. Jeon Mia ketawa kuat.

"Anak daddy niey...comel!"

Pipi gebu anak nya pula menjadi mangsa gomolan dia. Mengekek Jeon Mia ketawa disebabkan daddy dia yang menyakat. Koo Yejin tersenyum melihat mereka dua beranak dan kemudian nya datang menerpa pada mereka dengan bakul di tangan.

Koo Yejin duduk bersebelahan dengan suami nya. Badan nya dibongkokkan sedikit dan mencium pipi Jeon Mia. Tangan Mia yang berada dalam mulut, ditarik. Dah meleleh air liur. Jeon Jungkook bangun dan duduk dengan elok.

"Nak buat apa hari niey?"

"Entah." jawab Koo Yejin sambil bermain anak nya yang berada di atas riba dia. Jeon Jungkook menghampiri isteri nya dan mencium pipi Yejin sekilas.

"Pantai nak?"

"Tak nak lah..."

"Dah tuey? Saya boring lah."

"Pergi akuarium. Boleh jugak Mia tahu apa jenis ikan ada dalam tuey. Mesti Mia suka."

"Boleh jugak." mereka sama - sama tersenyum. Dan kemudian nya, bermain dengan anak mereka di bangsal itu.

ツ🌸

Lepas beberapa tahun, semua nya menjadi indah dan bahagia bersama dengan anak atau isteri atau suami disisi. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara sementelah ada orang ketiga yang mahu menghancurkan rumahtangga mereka. Jeon Jungkook juga berubah menjadi 'orang lain'. Entah ubat apa lah yang digunakan perempuan itu untuk menunduk Jeon Jungkook. Dia jadi pemarah, selalu balik lewat, dan anak isteri juga diabaikan.

Ku Pasti Ada Rindu 💜

28 June 2017.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now