Special Chapter II

2.8K 143 18
                                    

Jeon Jungkook tersenyum melihat isteri nya yang baru sahaja keluar dari bilik air. Badan Yejin yang separuh bogel itu dipandang dengan senyuman nakal. Baru sahaja mereka bersama tadi. Suara manja isteri nya terngiang lagi di telinga.

Jungkook masih bermalasan di atas katil. Memandangkan dia cuti, boleh lah dia berehat sekejap sambil luangkan masa bersama anak - anak dan isteri di rumah. Telefon di atas meja diambil untuk melihat jikalau ada mesej penting. Tiada mesej pun yang masuk melainkan mesej spam sahaja. Telefon kembali diletakkan ke atas meja sebelum dia bangun dari katil.

"Wangi nya, sayang."

Badan Koo Yejin dipeluk dari arah belakang. Pantulan Yejin dicermin, dipandang dengan senyuman. Koo Yejin turut tersenyum. Pipi Yejin dicium sekilas sebelum Jungkook meletakkan dagu nya di atas bahu isteri nya.

"Sayang cantik."

"Yes, I know."

"Awak cantik dan saya hensem. Satu gabungan yang sangat perfect. Bagai pinang dibelah dua. Don't you agree with it, sayang?"

"Entah." Jungkook muncung mendengar jawapan isteri nya. Koo Yejin tergelak.

"You no fun."

"Whatever."

"Saya nak mandi lah. Melekit dari semalam lagi. Malam nanti, kita sambung balik eah, sayang. Mana tahu, dapat twins ke kan?"

Jeon Jungkook melepaskan pelukan dan mengambil tuala di penyangkut baju. Koo Yejin bercekak pinggang mendengar ayat suami nya. Jungkook tersengih nakal. Sempat lagi dia mengenyitkan mata sebelum masuk ke dalam bilik air.

--

Koo Yejin menjenguk masuk ke dalam bilik Jeon Mia. Anak nya tiada dibilik. Kemudian, Yejin turun ke bawah. Mia, Mika dan Mirhan rupa nya ada dekat ruang tamu sambil menonton anime di tv. Mereka bertiga suka menonton anime. Sama lah dengan bapa mereka.

"Where's daddy?"

"Kat luar rasa nya. Tengah bercakap dengan siapa ntah." Mirhan menjawab pertanyaan mummy nya itu. Dia langsung tidak melihat muka Yejin. Kalau dah tengok anime, memang tak pandang sesiapa dah.

Koo Yejin melangkah keluar dari rumah. Dia lihat suami nya memang tengah bercakap dengan seseorang. Tapi di telefon. Serius sahaja perbualan mereka. Yejin tidak mahu menganggu suami nya. Dia membuka paip air untuk menyiram pokok bunga.

--

Usai menjawab panggilan telefon, Jungkook berjalan mendekati isteri nya. Ralit sangat Yejin menyiram sampaikan tidak perasan kehadiran nya disitu. Jeon Jungkook tersenyum. Dia punya idea nakal bermain di minda sekarang ini.

Pinggang Yejin dicuit menyebabkan Yejin terkejut dan seraya itu dia memusingkan badan nya. Paip air yang dipegang menyembur di badan Jungkook. Koo Yejin terkejut. Habis basah lencun baju suami nya.

"Sorry…Mana tahu awak kat belakang. Itu lah, kenakan saya lagi. Kan dah kena sembur dengan air. Nasib lah awak."

"Haish…Dah basah."

Koo Yejin menjelir lidah. Dia tidak endahkan suami nya. Jungkook terpandangkan paip air yang masih berbuka. Lantas, dia mengambil paip air lalu menyiram (?) badan isteri nya. Mengekek dia ketawa dapat kenakan Yejin.

"Yah!!" tempik Yejin.

"Abang!! Akak!! Sini lah!" Jeon Mirhan memanggil abang dan kakak nya agar keluar. Semua nya sudah ada dekat ada dekat luar rumah menyaksikan pergaduhan manja mummy dan daddy mereka.

"Jom join."

"Your idea so brilliant!"

"This is Mika okey!"

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now