S1: Bab 1

2.3K 191 55
                                    

"Tadaa!!" Koo Yejin menunjukkan baju yang baru dibeli nya kepada Jeon Mia. Mia apa lagi, terus tersenyum. Yejin membuka baju anak nya dan digantikan dengan baju yang dibeli nya.

"Lawa nya anak mummy."

"Kalau daddy tengok, mesti daddy cakap Mia cantik macam princess kan, mummy?" senyuman Koo Yejin mengendur apabila anak nya mula bercakap pasal Jungkook. Suami nya sudah seminggu tidak balik ke rumah. Kata nya ada outstation. Entah betul ke tidak. Sampai sekarang, telefon atau mesej pun tidak.

--

"Outstation?" soal Koo Yejin kepada suami nya yang sedang memasukkan baju ke dalam beg. Jeon Jungkook sekadar mengangguk. Yejin mengikut ke mana suami nya pergi dalam bilik itu.

"Berapa lama?"

"Seminggu."

"Betul outstation ke?"

"Awak tak percaya? Kalau tak percaya, jom ikut saya ke sana. Saya ke sana untuk pergi bekerja tau tak! Bukan nya buat benda bodoh dekat sana." suara Jeon Jungkook sedikit meninggi. Muka nya tampak tegang. Kemudian, dia menjeling tajam pada Koo Yejin.

"Okey, saya percaya." kata Yejin dengan lemah. Jeon Jungkook merengus kasar. Kemudian, dia ambil beg lalu pergi. Panggilan Koo Yejin kepada nya tidak dihiraukan. Yejin sekadar mahu ciuman dari suami nya sahaja. Adakah itu salah?

--

"Kan, mummy?" suara Jeon Mia mengejutkan Koo Yejin yang sedang mengelamun. Dia yang tidak tahu apa - apa, sekadar mengangguk. Jeon Mia tersenyum lalu menggayakan baju tersebut dihadapan Yejin.

Koo Yejin tersenyum. Namun, dalam masa yang sama, dia sedih melihat anak nya. Jeon Mia selalu teringatkan daddy dia. Dalam sehari, ada sahaja nama daddy nya akan disebut. Sebelum ini, Mia dan Jungkook sangat rapat. Setelah beberapa hari, Jungkook seakan tidak pedulikan sangat akan Mia.

ツ🌸

"Sini ke?" Jeon Jungkook menunjukkan tempat yang gadis itu sakit. Serta merta gadis itu mengangguk. Jungkook lantas mengurut perlahan kaki gadis itu yang tampak dah kebiruan itu.

"Sakit..."

"Tahan lah..." kata Jungkook. Tangan gadis itu cuba menepis tangan Jungkook daripada mengurut namun tangan nya pula ditepis oleh Jeon Jungkook. Sakit ini memang real bukan nya fake.

Jeon Jungkook berhenti mengurut dan minyak angin tadi diletakkan ke atas meja kopi. Lalu, dia duduk bersebelahan gadis itu. Lee Chaewon duduk menghadap Jungkook lalu tersenyum manis.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now