S1: Bab 19

2.2K 165 63
                                    

Ini kerja gila. Koo Yejin diminta untuk menyusukan Jeon Mika sebab doktor kata dia masih kecil dan perlukan susu badan. Berkali - kali, Yejin menolak atas alasan yang Mika itu sudah ada ibu sendiri. Tapi Jeon Jungkook tetap berkeras mahu dia susukan anak nya.

Dalam terpaksa, Koo Yejin menyusukan Jeon Mika. Hanya dia yang berada dalam wad itu. Yang lain, sedang berada di luar. Semasa Mika menyusu, Koo Yejin memandang Mika. Wajah itu saling tak tumpah seperti muka Jungkook waktu kecil dulu.

Koo Yejin menghela nafas. Dimana keberadaan Lee Chaewon sekarang ini? Anak nya sekarang berada di hospital tapi dia langsung tidak munculkan diri. Paling gila, dia tidak pernah susukan anak sendiri ke? Bila ditanya, Jeon Jungkook seperti mahu mengelak. Begitu juga dengan Puan Jeon. Apa yang mereka rahsiakan sebenarnya? Koo Yejin tidak suka tertanya - tanya macam ini!

"Kesian, Mika. Ada ibu, tapi ditinggalkan ya."

"Mika dah kenyang belum?"

Jeon Jungkook tiba - tiba datang mencelah dan duduk disebelah Koo Yejin. Yejin berganjak sikit daripada Jungkook. Tidak senang diperhatikan lelaki itu. Tambahan pula dia sedang susukan Mika. Jeon Jungkook mengeluh seraya memandang ke luar.

"Boleh...saya tanya?"

"Tanya lah."

"Mana ibu Mika? Saya tak nampak pun dia dari tadi. Saya pelik, kenapa dia tak susukan anak nya sendiri? Tak sayangkah pada anak dia sendiri?"

"Dia sayangkan Mika."

"Dah tu?"

Jeon Jungkook berpaling dan memandang Yejin dengan pandangan sukar ditafsirkan. Dan kemudian, mata nya tertancap pada Jeon Mika yang sudah tidur. Dia tersenyum tipis.

"Mika dah tidur."

"Oh...uh."

Koo Yejin menutup bahagian dada nya dengan cepat. Jeon Jungkook berdiri di hadapan Yejin lalu mengambil Mika. Perlahan - lahan, Mika diletakkan semula ke atas katil agar dia tidak terbangun. Selepas itu, Jungkook berpaling pada Yejin dan letakkan tangan nya di atas bahu Yejin.

"Thanks."

"Hurmm...Awak masih tak jawab soalan saya, Kook! Jangan buat saya tertanya boleh tak?!"

Bentak nya dalam keadaan berbisik. Jeon Jungkook mengetap bibir nya dan turunkan tangan dia. Kepala nya ditundukkan, memandang lantai putih itu. Koo Yejin perhatikan bekas suami nya itu. Kenapa dia nampak sedih? Ada sesuatu yang berlaku antara mereka ke?

"It's nothing. Jom lah saya hantar awak balik. Mika, mama ada tolong tengokkan dia. Mia pun dah tertidur dekat luar."

"You owe me an explanation!"

Koo Yejin mengambil kasar beg tangan nya dan keluar dari wad tersebut. Jeon Jungkook mengikut nya dari belakang. Kemudian, Jungkook mendukung anak nya yang sudah lena itu. Setelah meminta diri dengan Puan Jeon, mereka pergi dari situ.

❤❤

Apa yang terjadi, masih lagi tanda tanya buat Koo Yejin. Kenapa semua orang perlu berahsia dengan nya? Adakah sebab dia orang asing sekarang dalam keluarga tu? Tak mungkin. Puan Jeon dan Tuan Jeon baik aje melayan dia. Serabut Yejin fikirkan nya.

Koo Yejin masih bermalasan di atas katil. Dia dah tak bekerja gara - gara Jeon Jungkook semalam. Selimut ditarik naik sampai ke dada. Dia rasa nak sambung tidur semula. Entah kenapa, dia rasa malas sangat pagi itu nak bangun. Koo Yejin memusingkan badan nya dan melihat Jeon Mia yang tidur dengan mulut yang sedikit terbuka.

"Anak aku ni...comel!"

Kata nya. Kepala Jeon Mia digosok perlahan sebelum dahi Mia dicium lama. Kemudian, pintu bilik nya terbuka. Koo Yejin sudah tentu lah terkejut. Pintu rumah nya berkunci kowt. Kemudian, terjengul kepala Jungkook disebalik pintu. Macam mana dia boleh masuk?!

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now