S2; Bab 13

1.9K 134 10
                                    

Seperti yang dijanjikan, Koo Yejin membawa Mia untuk berjumpa dengan Lee Hyunwoo. Jeon Jungkook pun turut menempel bersama mereka. Mereka berjanji mahu ketemu di cafe hospital sahaja. Jungkook tidak banyak bunyi dimana mereka mahu berjumpa. Dia ikut sahaja kemana Yejin pergi.

Koo Yejin tersenyum pada Lee Hyunwoo yang baru sahaja tiba di cafe itu. Hyunwoo melihat Jungkook yang ada bersama mereka. Mereka berpandangan. Bersilih ganti Koo Yejin melihat mereka terutama sekali Jungkook. Bimbang jika dia menimbulkan masalah dekat sini. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"So, this is your friend?" Jeon Jungkook menyoal. Lambat - lambat Koo Yejin mengangguk. Lee Hyunwoo tersenyum tipis seraya menghulurkan tangan nya untuk berjabat tangan dengan Jungkook. Jeon Jungkook menyambut huluran tangan nya.

"Lee Hyunwoo."

"Jeon Jungkook, husband Yejin."

Sengaja dia menekan perkataan husband bagi Hyunwoo faham yang dia berkawan itu adalah isteri orang walau hakikat nya tidak. Lee Hyunwoo mengangguk tanda faham.Dia kemudian nya, beralih pada Jeon Mia. Digosok kepala Mia perlahan.

"So, ini anak awak?"

"Yes."

"Hai, cantik. Apa nama?"

"Jeon Mia."

"Mia? Cantik nama tu. Uncle suka. Kalau Hyunra jumpa dengan Mia, mesti dia suka." Lee Hyunwoo beralih semula pada Yejin. Melihat Mia, membuatkan dia teringin nak ada anak perempuan.

"Nak bagi dia jumpa Mia?"

"Awak bagi ke?"

"Saya tak kisah pun."

"Tapi saya kisah." Jeon Jungkook mencelah. Kedua mereka berpaling pada Jungkook. Dari tadi dia melihat Yejin dan Hyunwoo berbual seolah dia tiada disitu. Jeon Jungkook berdehem seketika sebelum bercakap.

"Siapa Hyunra?"

"Oh…Dia bekas wife aku."

"Bekas wife? Then, asal kau nak bawa anak aku jumpa dengan bekas wife kau tu? Dia tak de anak ke sampai nak tunjuk anak aku dekat dia?" kedengaran kasar Jeon Jungkook bercakap dengan Lee Hyunwoo. Ini lah yang Yejin tak nak Jungkook ikut sekali. Dia bukan tahu nak hormat orang pun.

"Awak! Behave…"

"Sokay, Yejin. Saya tak kisah. Err…jom lah masuk. Sekarang dah waktu melawat." Lee Hyunwoo berdiri dan segera meninggalkan mereka. Cukup pedas ayat yang dilontarkan Jungkook tadi.

Koo Yejin memandang bekas suami nya itu tajam. Rasa nak jahit aje mulut Jungkook tu. Tak de adab langsung bercakap dengan orang terutama sekali apabila dia jumpa dengan mana - mana lelaki.

"Are you crazy?!"

"What?"

"Bekas wife dia sakit. Ingat dia tak terasa ke awak cakap macam tu? Awak tak tahu apa - apa cerita, jadi jangan nak terus menuduh!"

"So, tell me the truth!"

"Kita masuk dalam dulu. Lepas ni, saya cerita. Awak jangan nak buat hal kat dalam sana. Shut your mouth and just watching!"

Tangan Jeon Mia dicapai dan dia meninggalkan Jungkook di cafe. Jeon Jungkook mendecit seraya dia mengejar langkah Yejin. Baru dia perasan yang hospital yang berada kini adalah hospital sakit jiwa. Terkedu dia sebentar.

--

Jeon Jungkook masih lagi tidak percaya apa yang dia dengar dan lihat tadi. Rasa bersalah menghantui pula sebab kata macam tu dekat Hyunwoo tadi. Ini kerana sikap cemburu buta dia lah. Tak pasal - pasal menuduh orang sesuka hati.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now