S2; Bab 12

1.9K 152 9
                                    

"Dah berapa lama?"

Soal Koo Yejin kepada Lee Hyunwoo yang masih lagi melihat ibu nya yang berada di dalam wad sana. Ibu nya pesakit mental. Sejak kejadian dimana suami nya mati dilanggar, dia selalu menyalahkan diri nya sampai lah dia jadi begini. Lee Hyunwoo mengeluh seraya berpusing menghadap Koo Yejin.

"Dah 3 tahun."

"Saya turut bersimpati."

"Nahh sokay. Saya okey. Walaupun ibu ingat - ingat lupa pada saya, saya tak kisah sangat. Hari - hari saya datang sini untuk jenguk dia. Sampaikan nurse dan doktor kat sini dah kenal saya. Dah cam."

Lee Hyunwoo ketawa kecil dihujung nya. Dia menggosok mata kanan nya yang berair itu. Koo Yejin sekadar tersenyum. Kemudian, Hyunwoo membawa nya ke satu tempat. Yejin terkebil - kebil apabila berdiri dihadapan pintu wad seseorang. Yejin berpaling pada Hyunwoo, memberikan tanda tanya nya. Hyunwoo tersenyum tipis sebelum dia membuka pintu itu.

Kat dalam sana, ada seorang perempuan yang sedang termenung di atas katil. Makin lah membuatkan Koo Yejin tertanya - tanya. Yejin masih lagi berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh. Lee Hyunwoo tampak nya seakan sedang memujuk perempuan itu. Perempuan itu berpaling ke belakang dan melihat Yejin dengan lama. Koo Yejin jadi tidak selesa pula lalu dia hadiahkan senyuman kepada nya.

"Masuk lah."

Lee Hyunwoo mengajak Koo Yejin masuk. Yejin mengangguk seraya melangkah masuk dan menutup pintu perlahan - lahan. Dia menapak dekat perempuan itu.

"Kenalkan, my wife."

"Your wife?"

"Pembetulan, bekas isteri."

Perempuan itu mencelah, membetulkan ayat Lee Hyunwoo tadi. Hyunwoo tersengih. Koo Yejin terdiam sebentar. Rupa nya Lee Hyunwoo sudah berkahwin sebelum ini. Dia ingatkan belum sebab nampak muda sangat.

"Awak…Koo Yejin?"

"Ya. Awak?"

"Saya, Min Hyunra."

"Nice name. Kenapa awak ada di hospital? Awak sakit apa? Sorry kalau saya busybody pula. Kita baru je kenal."

"Sokay." Hyunra tersenyum tipis dan selepas itu dia diam. Koo Yejin rasa janggal pula dengan situasi itu. Lee Hyunwoo mengenggam kemas kedua tangan bekas isteri nya itu. Yejin terpinga - pinga.

"Dia…actually…" Lee Hyunwoo memandang Hyunra seakan mahu minta izin kepada nya agar untuk bercerita. Min Hyunra mengangguk dan selepas itu dia berbaring semula di atas katil. Selimut diambil lalu menutup seluruh badan nya. Hyunwoo menarik Koo Yejin keluar dari situ.

--

"Kesian nya dia."

"Yes. Dia masih lagi dalam kemurungan tapi tak terlalu melampau macam dulu. Saya pun turut sedih bila dapat tahu dia murung macam tu."

Lee Hyunwoo mengeluh berat. Dia dapat tahu bekas isteri nya murung bila bekas mak mentua nya yang beritahu. Sejak dari itu, dia ulang - alik dari rumah ke hospital untuk menjenguh ibu dan juga bekas isteri nya itu. Mak Hyunra lah yang menghantar Hyunra ke hospital sakit jiwa sebab kata nya Hyunra sudah gila. Dia cuma kemurungan bukan nya gila seperti yang orang sangkakan. Hyunra jadi begitu kerana kehilangan anak nya dalam perut akibat suami (bukan Hyunwoo) nya dulu selalu memukul dia.

"Awak memang seorang yang tabah lah boleh handle kedua orang sekali dalam satu masa. Kalau saya ditempat awak, saya tak tahu lah macam mana."

"Pernah sekali saya nak give up, tapi bila difikirkan balik. Tak patut saya tinggalkan mereka macam tu. Siapa lagi nak jaga mereka kalau bukan saya. Hyunra pula dah dibuang keluarga sendiri."

"Awak memang tabah. So, kalau Hyunra sudah tak murung lagi lah kan, apa awak akan buat?"

"Saya akan kahwin dengan dia semula. Saya nak bahagiakan dia sebab kebahagiaan yang dia dapat dulu cuma sementara. Dia tak bahagia langsung dengan suami nya yang dulu."

Koo Yejin tiba - tiba teringatkan bekas suami nya, Jeon Jungkook. Impian lelaki itu kini mahu bernikah dengan nya semula. Dah macam - macam Jungkook buat untuk nya supaya hati nya terbuka semula untuk menerima Jungkook. Memang sudah lama hati nya terbuka menerima lelaki itu namun bukan masa nya lagi nak bagitahu.

"Maafkan saya but saya kena balik sekarang. Kesian anak saya tunggu kat rumah. Dari tadi lagi saya keluar."

"Ohh…Okey. Lain kali bawa lah saya berjumpa dengan anak awak. Itupun kalau awak bagi lah. Oh ya! Your husband tak kisah keluar dengan saya ni?"

Koo Yejin diam sebentar. Kalau Jungkook tahu, mesti lah lelaki itu kisah. Cemburu tak kena tempat Jungkook tu. Koo Yejin tersenyum seraya menggeleng kepala, menjawab pertanyaan Hyunwoo.

"Nanti saya bawa anak saya jumpa dengan awak. Saya pergi dulu. Jaga Hyunra dan ibu awak seelok nya, Hyunwoo."

"Baiklah."

Koo Yejin tersenyum buat sekian kali nya sebelum beredar dari situ. Hyunwoo memandang Yejin pergi seraya dia mengeluh. Tak lama selepaa itu, Hyunwoo masuk semula ke dalam hospital.

--

Koo Yejin mengusap perlahan ubun - ubun anak nya. Sampai aje dekat rumah, Jeon Mia sudah tidur. Kesian pula dia melihat Mia. Mesti tertunggu - tunggu dia balik. Yejin bingkas bangun dari katil dan menapak keluar dari bilik. Terkejut bukan kepalang melihat Jeon Jungkook berdiri didepan pintu. Kus semangat dia kejap. Tak sah kalau tak muncul. Jeon Jungkook tersengih.

"Mia tidur ke?"

"Sejak bila awak berdiri kat situ?"

"Baru aje. Ingatkan nak bawa Mia keluar jalan - jalan. Dia tidur tu, tak jadi lah." mereka sama - sama menuruni anak tangga. Terkedek - kedek Jeon Mika berjalan menghampiri Yejin. Koo Yejin tertawa riang sambil mendukung Mika.

"Mummy…"

"Yes, sayang. Ini mummy."

Pipi tembam Mika dicium berkali - kali. Koo Yejin membawa Mika duduk di atas sofa. Dia menggagah anak kecil itu sampaikan Mika ketawa terbahak - bahak.

"Ibu kata, awak baru balik. Awak pergi mana tadi?" Koo Yejin terdiam seketika. Itu dia…Jungkook sudah mula menanya. Ibu dia pun satu, ada aje benda yang nak diberitahu pada Jeon Jungkook.

"Jumpa kawan kat hospital."

"Really? Can I meet her? Saya nak kenal jugak dengan siapa awak berkawan selain daripada Jisoo tu haa. Boleh?"

"Boleh je."

"Awak nak ikut saya pergi Kanada tak? Kita boleh jumpa Tae dan Soo kat sana. Dah lama tak dengar khabar diorang."

"Bila?"

"Anytime. Kita bawa Mia dan Mika sekali. Mesti diorang suka dapat berjalan - jalan kat sana. Kalau awak nak, saya akan beli tiket kapal terbang nanti."

"Saya tanya ibu dulu."

"Pergi lah, Yejin oi. Lagipun, ibu kesian tengok kamu tak pergi mana - mana. Jungkook dah ajak kamu tu, baik pergi." Puan Koo mencelah perbualan mereka. Dia duduk di sofa single berhadapan Jungkook.

"Ibu…" mata Koo Yejin mula berkaca - kaca, nak menangis. Jeon Jungkook ketawa kecil melihat nya. Ibu cakap macam itu pun nak menangis. Yejin memeluk ibu nya itu.

"Hoi…Yang kau menangis kenapa pula ni? Ibu suruh kau pergi jalan - jalan aje pun. Kau ni…Terlebih emosi betul lah." pelukan dileraikan dan Koo Yejin mengesat air mata nya. Jeon Jungkok ketawa besar.

"Budak cengeng, bu. Biasa lah."

"Yahh!!" sebiji bantal dilemparkan pada Jungkook. Jeon Jungkook menjelir lidah pada Yejin sebab bantal yang dibaling tadi tidak mengena.

"Ibu bagi lah ni?"

"Ya."

"Terima kasih."

--

to be continued.

vote.
comment.

7 August 2017.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now