S1: Bab 16

2.2K 163 104
                                    

"Ya. Nanti Kook beli."

"..."

"Dengan Mia ni."

"..."

"Okey."

Jeon Jungkook menamatkan panggilan. Telefon disimpan ke dalam poket. Dia kemudian nya berjalan mendekati anak nya yang sedang bermain buih sabun. Jeon Mia memberikan pula pada Jeon Jungkook agar tiup jadi belon. Jeon Jungkook ikutkan sahaja.

"Daddy buat cantik."

"Cantik apa nya. Biasa je lah. Tetap bulat, tak berubah. Lain lah kalau jadi bentuk hati, petak ke, tak pun jadi bentuk buah - buahan. Lagi lah cantik."

"Daddy ni! Tak lawak lah."

"Ketawa lah sikit biar bagi lawak."

"Tak nak."

"Anak daddy ni ikut mummy lah. Suka merajuk. Lupa, mummy dulu suka merajuk masa mengandungkan Mia tau."

Jeon Mia tersengih. Entah faham ke tidak apa yang daddy nya bagitahu. Jeon Jungkook meletakkan batang (?) buih sabun itu ke bawah dan menarik anak nya ke dalam dakapan dia. Kedua pipi Mia, dicium dengan penuh kasih sayang.

"Daddy sayang Mia."

"Mia pun sayang daddy."

Jeon Jungkook tersenyum mendengar nya. Mia, dipeluk erat. Mereka melihat dekat sebuah keluarga bahagia sedang berkelah. Anak mereka perempuan tapi kembar. Sangat comel. Jeon Mia tiba - tiba memusingkan badan nya dan bermain wajah Jungkook.

"Mia nak macam family tu."

"Apa?"

Jeon Jungkook menyoal, tidak mengerti apa yang Jeon Mia cuba sampaikan. Kening nya bertaut. Jeon Mia muncungkan bibir nya dan lepas itu, dia pula memeluk Jungkook. Tangisan kedengaran. Tidak kuat tapi masih didengari Jungkook.

"Hey, kenapa ni?"

"Mia...nak daddy ngan mummy."

"Daddy ngan mummy? Apa?"

"Bersatu semula."

Jeon Jungkook terdiam. Jeon Mia mengertikah apa yang terjadi di sekeliling nya? Atau Mia terasa bagaikan ada suatu kehilangan selama ini? Jeon Jungkook menggosok belakang badan anak nya.untuk tenangkan dia.

"One day, Mia. Kami pasti bersatu semula."

ツ🌸

"Ni, mainan Mia."

Jeon Jungkook menghulurkannya kepada Koo Yejin. Masa dalam perjalanan balik tadi, Mia tertidur dalam kereta. Letih sangat barangkali sebab seharian bermain kan. Koo Yejin ucap terima kasih dan mahu menutup pintu tapi tak jadi sebab melihat Jungkook yang masih lagi tercegat dekat situ macam patung.

"Tak nak balik ke?"

"Ya. Balik. Tapi...Boleh saya masuk dalam tak? Saya rasa dah nak terkucil ni."

"Huh?!"

Jeon Jungkook menonong masuk ke dalam sampaikan terlanggar Koo Yejin. Yejin terpinga - pinga sekejap. Kemudian, dia menutup pintu. Hari pun dah senja. Dia kena memasak untuk makan malam nanti. Esok pula, dia dah kerja.

ツ🌸

"Sedap bau!"

Koo Yejin terperanjat mendengar suara itu. Dia berpaling ke belakang dan melihat Jeon Jungkook masih lagi ada di rumah nya. Dia fikir, Jungkook sudah balik lepas melepaskan 'hajat' dia tu. Mata nya tertancap pada baju yang dipakai Jungkook. Itu memang baju Jungkook. Tapi...

"Awak selongkar almari saya?"

"So?"

"Jadi, betul lah? Awak ni memang menceroboh privasi orang lah! Saya boleh lapor pada polis tau pasal kegiatan awak ni."

"Itu almari saya juga. Kita pernah berkongsi dulu untuk letak baju kat dalam tu. Apa yang salah? Malah, kita dah berkongsi lebih dari tu, Koo Yejin."

Koo Yejin terdiam. Perlu ke ungkit kisah dulu? Dengan selamba nya, Jungkook duduk dekat meja sambil makan buah anggur. Tak nak balik ke dia tu? Tanpa pedulikan Jungkook, Yejin teruskan kerja nya. Pinggan diambil untuk letakkan ikap masak kicap dan letakkan dekat atas meja pula.

"Untuk saya ke?"

"Saya dan Mia aje ya. Awak jangan nak perasan. Awak tak nak balik rumah awak ke? Tak ingat anak bini dekat rumah?"

"Buat apa balik. Anak bini saya ada dekat sini." dengan selamba nya Jungkook bercakap, main ikut sedap mulut dia aje. Koo Yejin rasa nak pukul aje Jungkook dengan kuali di kepala. Biar bagi ingatan dia itu jelas sikit.

"I'm not your wife anymore! Please, balik lah. Saya tak nak ada masalah dengan bini awak. Awak jangan nak buat hal lagi, Kook."

"Ish! Susah lah..."

Gumam Jeon Jungkook seraya berdiri. Tanpa cakap apa - apa, dia keluar dari dapur. Apa yang Yejin dengar adalah bunyi dentuman pintu. Aik? Marah ke? Susah Yejin nak faham Jungkook sekarang. Lelaki itu kadang - kadang, suka datang melepak di rumah nya.

ツ🌸

"Baru tahu nak balik? Anak kamu dari tadi menangis. Papa dan mama tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Kamu tolong pujuk dia pula. Kami nak masuk tidur dah."

Bayi berusia 2 bulan itu, bertukar tangan. Jeon Jungkook melihat mama dan papa nya masuk ke bilik mereka melalui ekor mata nya. Dia mengeluh perlahan. Bunyi tangisan anak nya sekali lagi, mengejutkan dia. Jeon Jungkook mendodoikan anak nya dengan mengerakkan tangan nya sambil dia masuk ke dalam bilik.

Minyak Yuyee (?) disapu pada perut anak nya. Entah kenapa asyik menangis. Sekarang sudah pukul 1 pagi. Jeon Jungkook pula sudah mengantuk. Lepas menyapukan minyak itu, Jungkook angkat anak nya lalu didodoikan.

"Mika-ah...Tidur lah."

Namun, dodoian itu tidak berkesan langsung. Jungkook buntu. Dah bagi minum susu, bagi dia main, nak kata kembung perut tak. Apa lagi lah yang Jeon Mika mahukan. Anak nya diletakkan kembali ke atas katil. Kemudian, Jungkook turut berbaring disebelah nya.

"Anak daddy nak apa? Daddy dah mengantuk ni, sayang. Mika tak kesiankan daddy ke? Daddy nak kerja esok tau. Jangan buat daddy risau."

Kata nya sambil menepuk peha anak nya perlahan. Bagaikan mengerti apa yang daddy nya cakap, tangisan Jeon Mika reda. Dia terkebil - kebil melihat siling. Jeon Jungkook angkat kepala dan melihat anak nya. Dia tersenyum lalu mencium pipi Jeon Mika.

"Good boy. Jangan nangis lagi tau. Mika nangis, dengan daddy sekali rasa nak nangis. Sekarang, Mika tidur ya, sayang."

Peha Mika ditepuk - tepuk. Sebelah lagi tangan nya mencapai selimut untuk menyelimutkan badan dia. Lama - kelamaan, Jeon Mika tidur. Itu membuatkan Jeon Jungkook berasa sangat lega. Malam kian berlabuh. Jeon Jungkook tidur di sisi anak nya.

ツ🌸

to be continued.

mana chaewon pergi eah? why dia tak de ngan jungkook?
teka 😄

vote.
comment.

15 July 2017.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now