S2: Bab 10

1.9K 146 12
                                    

Yum yum!

Bunyi yang dibuat oleh Jeon Mia setiap kali daging yang sudah dimasak masuk ke dalam mulut nya itu. Koo Yejin dan Jeon Jungkook tersenyum melihat Mia dengan baik. Manakala Jeon Mika pula hanya makan spaghetti. Mereka melarang Mika untuk makan daging kerana dia masih kecil.

"Awak ke mana tadi?"

Soal Jungkook kepada Yejin. Koo Yejin berpaling pada bekas suami nya itu. Soalan Jungkook dalam dengar tidak dengar aje. Ralit sangat makan daging.

"Kemana apa?"

"Saya ada pergi tempat kerja awak tadi sebelum balik. Tapi diorang kata awak pergi hospital. Awak buat apa kat hospital? Sakit ke?"

Jeon Jungkook bercakap langsung tidak memandang Yejin. Dia marahkah? Koo Yejin mengigit bibir. Entah kenapa, dia rasa berat sangat nak bagitahu. Kalau diikutkan, antara dia dan Jungkook dah tiada apa - apa. Jadi, dia boleh sesuka hati nak buat apa pun. Malahan nak keluar dengan siapa pun. Kerana itu hak dia nak buat demikian.

"Aniya…"

"Cakap aje lah kenapa. Saya nak tahu jugak. Mungkin pada awak, bila kita dah tak bersama, saya tak fikir pasal keadaan awak. Saya tak risaukan awak. No! Saya risaukan awak tahu tak. Pergi hospital buat apa?"

"Kawan sakit."

"Which kawan pula ni?"

"Awak jangan busybody boleh tak? Suka hati saya lah nak berkawan dengan siapa pun. Itu hak saya! Awak jangan nak halang pula."

Marah Koo Yejin. Jeon Jungkook terdiam. Jeon Mia melihat mummy dan daddy nya bersilih ganti. Kemudian, Jungkook arahkan anak nya agar makan. Koo Yejin berpeluk tubuh. Terbantut selera nya nak makan semula. Kadang - kadang, dia fikir Jungkook ini sangat menjengkelkan. Macam nak mengongkong hidup dia pula dari buat itu dan ini.

Lepas beberapa minit, mereka semua selesai makan. Jeon Jungkook pergi membayar manakala anak - anak dan Yejin sudah pun menunggu di kereta. Jeon Jungkook tiba di kereta usai membayar dan dia mula memandu. Suasana dalam kereta suram. Suara Mika lah yang memecahkan kesunyian dalam kereta itu.

--

"Woah! Lawa nya!!"

Jeon Mia berasa teruja apabila dapat naik ke atas cable car (?) di menara Namsan. Ternganga mulut dia melihat lampu banyak - banyak dekat bawah sana. Mereka pergi pada waktu malam. Jeon Jungkook melayan karenah Jeon Mia dan Jeon Mika. Koo Yejin pula lebih banyak berdiam diri. Sesekali mata nya melihat Jeon Jungkook dan lepas itu, dia jeling pula pada lelaki itu. Serba tak kena jadi nya.

"Seronok, Mia?"

"Seronok sangat, daddy!"

"Kalau pergi siang hari, tak nampak tau lampu - lampu ni semua. Sebab tu daddy bawak Mia dan Mika datang waktu malam."

"Ohh…Thanks, daddy."

Jeon Mia mencium pipi kanan Jungkook. Jeon Jungkook sekadar tersenyum. Selepas itu, mereka sampai semula di menara Namsan. Muka Yejin cemberut apabila Jungkook bertindak meninggalkan nya di belakang. Jeon Jungkook laju sangat berjalan sehinggakan Yejin tak dapat nak kejar dia.

Koo Yejin menyelit diantara orang ramai. Dia mengecilkan badan nya untuk menyelit antara mereka. Sakit di hati tak usah dicakap lah. Memang sakit hati sangat dengan Jungkook. Boleh dengan selamba nya tinggalkan dia macam tu aje. Yejin sudah penat. Dia tidak tahu dimana Jungkook dan anak dia berada sekarang. Jadi, dia duduk di sebuah bangku yang sudah ada dekat situ.

"Jungkook bangang!"

Marah Koo Yejin seraya mengeluarkan telefon bimbit nya untuk menelefon Jungkook. Entah dia jawab ke tidak. Yejin mendecit apabila telefon nya kehabisan bateri. Saat genting macam ni lah, bateri telefon nak habis. Koo Yejin menghentakkan kaki nya dengan geram. Tanpa sedar, air mata nya menitis.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now