S1: Bab 14

2K 169 78
                                    

"Anak tak guna!"

Tamparan diberikan kepada Jeon Jungkook. Lee Chaewon mendapatkan suami nya dan peluk erat. Jeon Jungkook melepaskan pelukan dan mengumam sesuatu kepada isteri nya.

Tuan Jeon dan Min Yoongi sekadar memerhati. Mereka tahu keberadaan Jungkook dimana sebab Jungkook terbuka location dalam telefon nya. Walhal, bukan Jungkook yang buka location itu. Mesti Mia yang tersalah buka semalam.

"Ini kerja kau eah. Patut lah Yejin mengadu kat aku sambil menangis - nangis tadi. Rupa nya kau pasang dua. Tak pernah dalam keluarga aku, hidup berpoligami. Kau yang pertama."

Puan Jeon menunjal kepala Jungkook sepintas lalu. Jeon Jungkook menundukkan kepala nya dan mengemam bibir. Sudah agak. Pasti lambat laun mereka akan tahu juga rahsia ini.

Puan Jeon menoleh pada Lee Chaewon. Turun naik mata nya melihat Chaewon dan dia terpandangkan perut Chaewon yang kian membesar itu. Puan Jeon merengus kasar.

"Kau dah berapa bulan?"

"2 bu-bulan, ma."

"Jadi, korang bernikah dah lama lah ya?"

"Dah 3 bulan." Jeon Jungkook menjawab bagi pihak isteri nya. Kesemua mereka menggeleng kepala. Puan Jeon yang tadi nya berdiri, kini duduk sambil memerhatikan anak dan menantu yang tidak dijangka itu dengan perasaan jelek.

"Abang dah agak. Kook ada sembunyikan sesuatu dari kami semua. Kenapa dik? Kau tak sayangkan Yejin ke?"

"Kook sayang dia, bang. Kook tak pernah tak sayangkan dia. Kook dan Chae berjumpa masa di Phuket tempoh hari. Dan dari situ kami berkawan. Tak tahu pula dari berkawan, ada benih cinta hadir dalam diri kami. Dan...kami berkahwin."

"Sepatutnya, Kook kena bagitahu kami tau tak. Tindakan Kook ini dah salah. Papa tak tahu lah. Terkejut, marah, semua ada."

"Maafkan Kook."

Sejurus selepas itu, Yejin dan Mia datang. Turut ada, Puan Koo dan Yejun. Bagus. Semua ada dekat situ dan mereka mula bergaduh. Terutama sekali, Puan Koo yang dah macam orang meroyan. Dia tidak boleh terima yang anak nya dimadukan.

ツ🌸

5 jam kemudian

"Sign this."

Koo Yejin menghulurkan surat penceraian kepada Jeon Jungkook. Jeon Jungkook memandang kosong kertas itu. Isteri nya sudah pun tandatangan. Melihatkan suami nya senyap aje, dia capai tangan Jungkook dan selitkan pen pada jari nya.

Mereka berada di rumah Jeon Jungkook yang dimana Lee Chaewon tinggal sekarang. Anak mereka, Jeon Mia berada dengan Chaewon. Ibubapa kedua pihak pula, masing - masing sudah balik. Kecoh juga lah rumah itu dengan kehadiran mereka. Bukan kecoh sebab berbual tapi bergaduh.

"Are you serious?"

"Yes."

"Tak kesian ke kat Mia? Dia perlukan saya. Mia masih kecil, sayang. Macam mana kalau saya tak de dengan dia nanti?"

"Kisah pula awak pasal Mia. Sebelum ni, awak abaikan aje. Dengan saya sekali, awak buat macam tu. Awak jangan risau. Mia tu dah biasa bila awak tak de."

Jeon Jungkook mendecit perlahan. Terketar - ketar dia nak menandatangani surat penceraian itu. Baru pen nak cecah ke kertas itu, dia turunkan semula tangan nya. Dia tidak boleh.

"Sign aje lah."

"Saya tak boleh."

"Awak boleh. Just tandatangan aje lah. Itu pun susah sangat ke? Saya tak de masa lah nak duduk lama - lama dalam rumah ni. Rimas!"

Bentak Koo Yejin sambil melipat tangan nya ke dada. Rambut diramas kasar oleh Jeon Jungkook. Macam mana lagi dia nak pujuk Yejin agar mereka tidak bercerai. Alasan apa yang patut dia bagi?

"Cepat lah sign!"

"Okey, fine! Awak jangan menyesal eah lepas ni. Before that, awak kena bagi saya jumpa dengan Mia setiap hujung minggu. Itu aje saya minta dari awak."

"Tengok lah."

"Mia anak saya jugak."

"Ya. Setiap hujung minggu aje."

Koo Yejin menjawab bersahaja, tidak memandang Jungkook. Jeon Jungkook mengalihkan pandangan nya apabila sudah lama melihat Koo Yejin. Surat penceraian itu ditatap lama sebelum dia turunkan tandatangan di situ.

Koo Yejin rasa nak menangis tapi ditahan nya. Dia tak mahu menangis di depan Jungkook. Dia yang minta cerai jadi dia harus berlagak kuat walaupun sebenarnya tidak. Jeon Jungkook menolak kertas itu kepada Yejin.

"Thanks!"

"Nanti dulu..."

Koo Yejin mendecit seraya berpaling semula ke Jungkook. Seraya itu juga, dia dipeluk dengan erat. Koo Yejin terkedu. Dia tidak pula membalas pelukan itu. Kemudian, dia terdengar suara seperti orang menangis. Jeon Jungkook menangiskah?

"Yah..." Koo Yejin cuba untuk meleraikan pelukan namun pautan Jungkook kepada nya sangat erat.

"Jangan tengok saya."

Jangan tengok dia, sebab dia menangis ke? Kali pertama Yejin mendengar atau melihat Jeon Jungkook menangis. Hujung baju Jungkook digenggam. Yejin kemudian nya menggeselkan kepala nya pada bahu Jungkook sambil mengemam bibir.

"Maafkan saya."

"Hati saya sakit sangat, wak. Luka ni terlalu dalam. Entah bila boleh sembuh. So, saya tak begitu mudah nak maafkan awak."

"Semua ini salah saya juga. Saya dah jatuh cinta dengan orang lain sampaikan saya tak tahu perasaan awak. Saya tak fikirkan bagaimana perasaan awak masa kami bernikah dulu."

"So, awak menyesal?"

Jeon Jungkook diam. Hanya tangisan nya kedengaran. Itu pun sudah mulai nak reda. Jungkook menyapu kasar air mata nya sebelum melepaskan pelukan. Dia ketawa kecil apabila mengenangkan dia menangis.

"Saya nak pergi dah."

"Nanti."

"Apa lagi awak nak?"

"Rumah tu...sebenarnya atas nama awak. Jadi, itu adalah rumah awak. Awak boleh gunakan nya."

Koo Yejin agak terkejut mendengar nya. Selama ini, dia tidak tahu pun. Jeon Jungkook tak pernah nak bercerita dan Yejin juga tidak pernah nak ambil tahu.

"Hurmm..."

"Jaga Mia dengan baik. Didik dia jadi anak yang berguna. Setiap hujung minggu, saya akan berjumpa dengan Mia."

"Ya."

Jeon Jungkook melangkah selangkah ke hadapan. Yejin ditatap nya sebelum dia mencium dahi Yejin dengan lama. Koo Yejin mengenggam tangan nya untuk menahan diri nya agar tidak menangis. Kemudian, Jungkook lepaskan ciuman.

"Koo Yejin, saya lepaskan awak."

ツ🌸

to be continued.

stick to plot asal, dimna dorang cerai hahaha. and, tajuk pun brtukar ke asal blekk. sorry 😌

vote.
comment.

14 July 2017.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now