S1: Bab 9

1.6K 153 5
                                    

Koo Yejin masuk ke dalam bilik nya setelah selesai makan malam bersama ibu dan abang dia. Oh, tak lupa juga dengan Jeon Jungkook. Senyap sunyi di meja makan tadi walaupun sesekali Mia memecahkan kesunyian itu.

Rambut yang disanggulkan, dilepas begitu sahaja. Terasa ringan sedikit kepala nya. Setelah itu, Yejin mencapai tuala di penyangkut baju sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

Lepas beberapa minit, dia keluar semula dengan berkemban. Dia agak terperanjat melihat Jeon Jungkook ada di bilik itu. Yejin buat tidak tahu aje dengan suami nya. Dari petang tadi, mereka langsung tidak bercakap. Macam - macam yang Yejin marahkan tapi bila berdepan macam ini, lidah nya terasa kelu semacam.

"Mia dah tidur."

Suara Jeon Jungkook menyapa halwa telinga nya. Koo Yejin mendengus perlahan. Dah tak ada modal ke apa nak bercakap? Koo Yejin malas nak bercakap dengan Jeon Jungkook. Dibiarkan lelaki bercakap seorang diri. Salah siapa jugak? Salah Jungkook lah. Dia yang buat hal dulu kan.

"Saya lenguh. Boleh awak urutkan badan saya tak? Macam mana saya nak memandu balik nanti."

Jeon Jungkook mengadu kepada isteri nya dengan suara dimanjakan. Maaf lah. Koo Yejin tidak cair atau lemah pun dengan suara manja itu. Setelah selesai menyikat rambut, Yejin keluar dari bilik meninggalkan Jeon Jungkook yang terpinga - pinga seorang diri.

'Tak pe, Kook. At least, kau dah cuba. Dan lepas niey, kau kena cuba lagi untuk pujuk Yejin.'

ツ🌸

Jeon Jungkook masuk ke dalam bilik sebelah. Dimana Mia dan Yejin tidur. Semalam, Jungkook tidur seorang diri tanpa ditemani Yejin. Nampak nya, Yejin betul - betul marah dengan dia. Mulut nya mengukir senyuman melihat mereka dua beranak sedang tidur berpelukan.

Badan nya dibongkokkan sedikit lalu mencium dahi Yejin dan juga Mia. Ciuman nya tadi membuatkan Koo Yejin terjaga. Terus sahaja Jeon Jungkook menjauhkan sikit badan nya. Koo Yejin memandang dia dan terus dijeling nya.

"Kenapa tak tidur dengan saya semalam? Saya tunggu awak tapi awak tak datang. Rupa nya tidur dekat sini."

Jeon Jungkook menghalang laluan Yejin lantas memeluk dia dengan erat. Dagu nya diletakkan di atas bahu Koo Yejin. Koo Yejin kaku sebentar. Pelukan itu tidak dia balas.Tangan nya dikepalkan sahaja. Muka nya tidak memberi reaksi apa - apa pun.

"Awak dah makin cantik."

Pelukan dikemaskan lagi. Sungguh, Jeon Jungkook sangat merindui Koo Yejin. Tak pernah dia tak ingat pasal Yejin dan Mia. Jungkook leraikan pelukan dan tangan nya memegang muka Yejin. Kepala nya disengetkan sedikit sebelum dia mencium bibir itu. Koo Yejin mengepal tangan nya semakin kuat.

Kenapa Jungkook harus buat dia macam niey? Selalu nak menyeksa hati dan jiwa dia. Koo Yejin menolak dada suami nya sekaligus ciuman itu terlerai. Jeon Jungkook mengesat mulut nya yang basah. Begitu juga dengan Yejin. Satu jelingan tajam diberikan sebelum Yejin keluar dari bilik itu. Jeon Jungkook tersenyum sendiri.

ツ🌸

"Jom lah ikut, nek."

Jeon Mia menarik - narik tangan nenek nya agar turut ikut pergi ke pantai. Puan Koo sekadar menggeleng. Mana lah dia mahu ke pantai. Dia tidak suka berjalan. Dari dulu lagi, dia memang macam itu orang nya.

"Mia, nek tak boleh ikut. Kalau nek ikut, siapa nak jaga rumah? Siapa nak bagi ayam makan kalau bukan nenek. Mia aje pergi dengan mummy dan daddy ya."

Pipi Jeon Mia dicium nya. Mia mengangguk lemah. Koo Yejin datang untuk menyalami ibu nya. Kemudiam, datang pula Jeon Jungkook. Puan Koo menarik tangan nya semula tanpa sempat Jungkook mencium tangan nya. Jeon Jungkook kemam bibir.

"Kami pergi dulu."

Ujar Jeon Jungkook. Puan Koo langsung tidak memandang wajah nya. Jeon Jungkook mengeluh seraya berjalan masuk ke dalam kereta. Dia mula memandu menuju ke pantai. Selepas ke pantai nanti, mereka akan bergerak pulang ke Seoul.

ツ🌸

"Daddy! Cepat!"

Jeon Mia melaung pada Jeon Jungkook. Tanpa buang masa, Jungkook membuka baju nya dan campak tepat di atas kepala Koo Yejin. Jeon Jungkook berlari masuk ke dalam air bersama anak nya. Koo Yejin sekadar melihat mereka dari jauh sahaja.

Baju suami nya tadi diletakkan ke atas tikar. Sesuka hati dia aje campak baju. Koo Yejin melihat Jungkook dan Mia bermain air. Mereka berdua tampak gembira. Jeon Mia pula kembali tersenyum setelah daddy dia ada. Kalau sebelum ini, nak senyum pun susah. Sedang Yejin sibuk melihat mereka, bunyi telefon mengejutkan dia. Ianya mesej bukan panggilan dan ia dari telefon suami nya.

Koo Yejin berkira - kira mahu melihat mesej tersebut atau tidak. Kepala nya dijengah sedikit ke Jungkook dan suami nya itu langsung tidak toleh mana - mana. Telefon diambil dan mahu buka mesej tapi ianya ada kata laluan pula. Dan dia tergamam melihat gambar lockscreen Jeon Jungkook. Ia gambar Jungkook dan juga seorang perempuan.

Memang betul apa yang abang dan ibu dia kata sebelum ini. Jeon Jungkook ada perempuan lain kat luar sana. Dan hari ini dah terbukti dah pun. Pantas sahaja, telefon itu dicampak dengan geram. Sakit hati nya melihat gambar itu. Seakan seperti sedang mentertawakan dia pula.

"Nanti kita mandi lagi eah."

"Ya, sayang."

Suara mereka berdua menyentakkan Koo Yejin. Lantas, kepala nya diangkat. Jeon Mia menerpa kepada Koo Yejin sambil Yejin menayangkan tuala kepada nya. Badan dan rambut anak nya dilap. Jeon Jungkook disebelah juga begitu sebelum dia duduk di atas tikar.

"Mana kimbap tadi?"

Soal Jeon Jungkook sambil mencari bekas berisi kimbap. Kemudian, dia terjumpa. Lalu, dibuka dan makan dengan senang hati. Yang tak senang hati nya, Koo Yejin.

"Lepas niey, kita check in hotel."

Yejin diam.

"Esok lah kita bergerak balik Seoul eah, sayang. Saya nak bawa Mia jalan - jalan."

Masih lagi diam.

"Sayang...I'm talking to you."

"Apa?!" tanpa sedar, Yejin menengking Jeon Jungkook. Jungkook terkedu dan begitu juga Jeon Mia. Setelah sedar akan kesilapan nya, Koo Yejin lantas bangun dan pergi dari situ.

"Mummy kenapa?"

"Tak de apa. Tolong daddy kemas niey, sayang. Kita check in hotel sekarang lah. Rasa nya mummy penat tuey."

"Okey."

ツ🌸

to be continued.

nak cakap yang cerita ni bakal ditukar tajuk. plot nya dah lari bila aq karang semalam ㅠㅠ. and tau je lah aq malas nkk ngedit blekk. nnti korang akan tahu nape. tajuk dia mmg rare gila HAHAHA. aq rase aq first kowt buat plot mcm gini (after
11 chapter). korang akan tahu lah nanti. tunggu ~~

vote.
comment.

11 July 2017.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now