S2: Final

2.6K 150 9
                                    

tiga bulan kemudian

Mata Koo Yejin seakan tidak percaya melihat kawan nya dihadapan dia sekarang. Tersenyum - senyum lelaki itu disamping seorang perempuan sambil menggenggam kemas tangan perempuan itu. Koo Yejin menghampiri mereka berdua. Dipeluk cium perempuan itu. Si lelaki sekadar menjadi pemerhati.

"Sihat?"

"Sihat walafiat!" Yejin dan Hyunra ketawa. Akhirnya, Min Hyunra sudah keluar dari hospital sakit jiwa. Dia sudah tidak murung lagi. Dan Hyunra pun dah kahwin dengan bekas suami dia dulu. Siapa lagi kalau bukan Lee Hyunwoo.

"Jom shopping!"

"Amboi, yang. Bila dah jumpa si Yejin ni. Terus lupa abang eah?" Hyunwoo mencelah. Min Hyunra memandang suami nya dan menayangkan sengihan dia. Dia usap perlahan pipi suami nya sebelum mengheret lengan Koo Yejin pergi dari situ. Lee Hyunwoo ketawa kecil. Suka melihat perubahan isteri nya.

--

Tali leher dilonggarkan sambil dia bersandar di kerusi. Serta - merta fikiran nya melayang jauh teringatkan Koo Yejin. Jeon Jungkook tersenyum. Frame gambar di atas meja diambil. Ianya gambar dia dan Yejin semasa di Kanada tiga bulan yang lepas. Dalam gambar itu, mereka sedang ketawa bersama. Siapa punya kerja lagi kalau bukan Kim Taehyung yang ambil.

"Hoi, bangang!"

Sebiji pen dilemparkan kepada Jungkook. Dari tadi dia memanggil lelaki itu tapi buat tak layan je. Naik lenguh mulut nya asyik nak memanggil aje dari tadi. Jeon Jungkook membuat muka kegeramman nya.

"Sakit tahu tak!"

"Berangan je lebih. Aku panggil tak nak dengar. Daripada kau tenung gambar Yejin tu, baik kau teman aku pergi makan tengah hari. Aku lapar ni weyh."

Kim Mingyu merengek sambil memegang perut nya. Memang dia sudah lapar sangat sekarang ni. Nak balik rumah, tapi tiada siapa kat rumah pun. Isteri dan anak - anak dia ada dekat Pohang. Kat sana ada ibubapa Mingyu.

"Tak payah buat muka macam tu lah, ngok! Buruk tahu tak. Sekurang nya aku tengok Yejin, hati aku tenang. Dari tengok muka kau ni, rasa tak tenteram hati aku!"

Dalam pada membebel, Jungkook bangun juga dan mencapai kunci kereta nya. Sengihan Mingyu makin melebar melihat tingkah Jeon Jungkook. Terus sahaja dia memanjat naik ke belakang Jungkook. Terkejut Jungkook dengan Mingyu. Perangai tak ubah macam budak - budak.

"Turun lah!"

"Kau bawa aku sampai depan lif, baru aku turun."

"Tak de makna nya. Turun!"

"Tak nak!"

"Eh! Kau ni dah jadi bapak budak tahu tak. Macam ni lagi perangai kau eah? Macam mana lah si Min tu layan perangai kau ni."

"Eleh! Min tak kisah pun. Anak - anak aku pun lagi lah. Now, aku single sekejap sebab Min balik rumah mak mentua dia sana."

"Whatever lah. Turun!"

"Haish! Ye lah." Kim Mingyu pun turun lah dengan terpaksa nya. Dia menolak Jungkook supaya berjalan mendahului dia. Nasib tidak terjatuh aje si Jungkook tu.

--

Koo Yejin melambai pada pasangan suami isteri itu sebelum dia bergegas ke tempat letak kereta. Beberapa beg kertas diletakkan di tempat penumpang belakang. Selepaa itu, baru lah dia duduk di tempat memandu. Telefon dibuka sebelum memandu.

5 mesej.
20 missed call.

Koo Yejin ketawa kecil. Semua nya daripada Jungkook. Dah dapat agak dah bagaimana muka Jungkook tengah menahan marah tika ini. Bukan dia sengaja tak nak jawab tapi telefon dia buat hal tadi. Oleh kerana geram tadi, dimatikan terus telefon dia itu. Telefon diletakkan di tempat duduk sebelah seraya dia memandu pulang ke rumah.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now