S1: Bab 4

1.6K 159 1
                                    

"Mia nak ikut daddy pergi jalan - jalan tak? Hari niey daddy free. So, daddy ingat nak bawa Mia keluar dengan daddy."

"Mummy?"

"Err...mummy tak ikut."

Jeon Jungkook menggosok belakang leher nya sebab rasa janggal. Susah juga nak pujuk Jeon Mia untuk keluar dengan dia sebab Mia sudah biasa keluar jalan - jalan dengan ada nya Koo Yejin sekali.

"Nak tak?"

"Bawa lah mummy."

"Mana boleh. Kita date berdua aje lah hari niey. Nanti, kita beli apa - apa untuk mummy. Kita kasi surprise kat mummy. Boleh?"

Jeon Jungkook berharap sangat pujukan nya ini dapat melembutkan hati Mia. Ini sahaja cara nya untuk bawa Mia keluar berjumpa dengan Lee Chaewon.

"Betul?"

"Ya, sayang."

"Okey."

"Bagus lah. Jom daddy mandikan Mia eah. Today, Mia cakap aje apa yang Mia nak. Daddy belikan."

Jeon Jungkook cuba memancing anak nya. Melihat anggukan Mia, membuatkan Jungkook berasa lega. Nak pujuk budak, kena tahu cara nya. Tersalah cara, merajuk pula dan mengamuk tak tentu hala.

ツ🌸

"Eh, nak keluar?" soal Koo Yejin yang baru sahaja pulang dari kedai di hujung jalan sana. Jeon Jungkook sekadar mengangguk tanpa melihat isteri nya itu. Jeon Mia pula sekadar tersenyum.

"Saya macam mana?"

"Awak tinggal."

"Mana boleh. Saya nak keluar jugak dengan awak dan Mia. Dah lama kita bertiga tak keluar sama - sama. Boleh lah, awak."

Koo Yejin memegang lembut lengan suami nya. Jeon Jungkook berpaling pada Yejin dan berikan pandangan tajam pada Yejin. Terlepas pautan Yejin tadi. Koo Yejin tahu, pasti nya Jeon Jungkook tidak suka kalau dia ikut sama sekali. Dia dan Jungkook sekarang macam langit dan bumi.

"Kau jaga rumah je."

"Tapi..."

"Dengar lah cakap aku! Kau jaga rumah je. Tak payah mengada nak ikut aku sekali. Menyemak aje lah kalau kau ada."

Jeon Jungkook berkata dalam nada berbisik. Takut terdengar oleh anak nya. Koo Yejin tergamam. Bukan sebab suami nya tak benarkan dia ikut tapi bahasa yang Jungkook gunakan. Aku-kau? Betapa kasar nya bahasa itu kedengaran.

"Mia...jangan nakal - nakal tau. Dengar cakap daddy. Jangan kamu merayau pula. Always hold your daddy's hands. Okey?"

Koo Yejin beralih pada Jeon Mia. Malas lah dia nak bertengkar dengan Jungkook. Lagi pula, mereka sekarang dihadapan Mia. Tidak elok kalau Mia nampak.

"Okey, mummy."

"Sayang mummy sikit." Jeon Mia lantas mencium dahi, hidung, kedua pipi dan bibir Koo Yejin. Koo Yejin tersenyum suka.

Jeon Jungkook sudah menunggu di muka pintu. Lalu, Jeon Mia berlari mendapatkan daddy dia. Mia melambai pada Yejin sebelum dia keluar. Pintu tertutup rapat dan Yejin mengeluh. Harap nya, Jeon Mia baik - baik sahaja dengan Jungkook.

ツ🌸

"Nanti kita nak beli apa untuk mummy? Kena lah fikir sekarang, daddy. Pastu, bila dah sampai, boleh beli terus."

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now