S1: Bab 17

2.1K 169 13
                                    

"Kesian anak daddy..."

Jeon Jungkook menggumam sambil melihat anak nya di atas katil hospital. Anak nya dimasukkan ke wad sebab demam panas. Mungkin dia menangis semalam sebab nak bagitahu yang dia tidak sedap badan atau apa. Tapi tak boleh nak cakap, dia menangis.

Jeon Jungkook semalam terjaga pula pukul 3 pagi sebab terdengar suara tangisan anak nya. Dan selepas itu, dia tidak tidur lagi dah disebabkan menjaga anak nya. Mata nya digosok beberapa kali. Dia mengantuk tapi tahan. Dari tadi melihat anak nya yang sedang lena tidur.

"Kook..."

"Ya, ma?"

"Pergi lah, balik berehat. Biar mama pula jaga Mika. Dari semalam lagikan kamu jaga dia. Tengok lah mata tu. Dah hitam macam panda mama tengok."

"Mama ni buat lawak pula. Okey lah, ma. Kook balik kejap. Nak tidur apa semua. Nanti Kook datang semula, jagakan Mika."

"Ye lah."

Jeon Jungkook kemudian nya mencium dahi anak nya sebelum pergi. Puan Jeon menghela nafas sambil melihat anak nya. Kesian pula dia tengok. Kemudian, Puan Jeon duduk di ataa sofa sambil membelek majalah yang baru dibeli nya sambil menjaga Jeon Mika.

ツ🌸

"Jae, Mia! Sini, nak!!"

Laung Choi Jisoo kepada mereka berdua. Puding roti yang dia buat semalam, diletakkan ke atas meja. Terkedek - kedek Jaehwan datang dengan perut buncit nya. Semua makanan, dia sapu. Sebab itu lah, badan dia tembam semacam. Jeon Mia memanjat naik sofa.

"Apa tu, aunty?"

"Puding roti. Ambik lah."

"Woahh!!"

Jeon Mia kembali turun dari sofa dan mengambil puding roti itu. Dia kemudian nya tersenyum pada Choi Jisoo yang sedang menyuap Kim Jaehwan. Hanya mereka sahaja berada di rumah. Suami nya, Kim Taehyung bekerja. Lepas tu, anak - anak nya pergi sekolah.

"Aunty buka kartun ya."

"Okey. Mia suka tengok kartun."

"Tahu, sayang. Makan elok - elok, jangan bagi jatuh. Aunty Soo nak pergi sidai kain kejap kat luar. Mia jaga adik Jae eah?"

"Hmph!"

"Good girl."

Kepala Jeon Mia digosok perlahan sebelum dia berlalu dari situ. Jeon Mia mengangkat Jaehwan yang berat itu di atas sofa. Jisoo tidak pula melihat. Kim Jaehwan menunjuk - nunjuk dekat skrin tv sambil bercakap bahasa dia. Mia sekadar senyap sahaja.

ツ🌸

Koo Yejin meletakkan order pelanggan ke atas meja dengan berhati - hati. Kemudian, dia tersenyum pada mereka sebelum dia pergi. Dulang tadi diletakkan ke atas kaunter. Jam ditangan dipandang nya. 12:30 tengah hari. Kejap lagi, dia akan berehat. Di restoran itu, setiap pukul 1, mereka diberi rehat dan restoran itu ditutup buat sementara waktu sampai lah pukul 2, dibuka semula.

Koo Yejin masuk ke dalam dapur restoran itu. Dia mahu minum setegum air. Dahaga rasa nya sebab dari tadi tidak duduk lagi. Mata nya bertembung pada seorang pekerja perempuan disitu lalu tersenyum kepada nya. Mujur lah tiada apa - apa masalah berlaku. Pekerja disitu sangat baik. Mereka juga tahu Yejin dah berkahwin dan bercerai.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now