S2: Bab 6

2.1K 149 6
                                    

Koo Yejin tidak pergi kerja sebab menjaga anak nya demam. Nasib baik cuma demam biasa dan bukan nya demam panas. Pun begitu, Yejin tetap risaukan Jeon Mia. Kain basahan tadi dikeringkan (?) dulu sebelum letakkan ke atas dahi anak nya itu. Jeon Mia tersenyum pada mummy nya.

"Wae?"

"Ani…Saja nak tengok mummy. Mummy cantik sangat. Macam… pelakon Kim Sohyun."

"Mengarut lah! Dia jauh lebih cantik dari mummy tau. Mummy ni biasa aje. Tak boleh nak dibandingkan dengan pelakon lain. Kalau dibandingkan jugak, mummy lah yang paling tercorot sekali."

"Ani. Mummy lah yang paling cantik sekali. Tiada siapa yang boleh tandingi kecantikan mummy. Even ratu cantik dunia."

Koo Yejin tergelak. Macam - macam pula anak nya ini. Kedua pipi Jeon Mia dicium sebelum dia minta diri nak turun ke bawah. Dia nak mengemas rumah. Puan Koo pula menanam bunga. Kata nya rumah itu tiada seri tanpa ada nya bunga - bungaan.

--

"Asal tak angkat?"

Gumam Jeon Jungkook apabila panggilan nya pada Koo Yejin tidak berjawab. Jungkook mengemam bibir nya sambil tangan kanan nya menggosok dagu. Dah banyak kali dia telefon Koo Yejin.

Kepala nya didongakkan apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Kim Taehyung menapak masuk ke dalam bilik pejabat nya. Lupa pula bahawa dia dimaklumkan Taehyung tadi yang Taehyung nak datang ke pejabat.

"Busy ke?"

"Tak lah. Jadi nak ke rumah Gyu?"

"Ya lah! Jom lah pergi sekarang. Lepas tu, singgah mall kejap. Ada something aku nak beli for my lovely wife!"

"Tsk!"

Jeon Jungkook mencebik seraya berdiri. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia mengambil kunci kereta berdekatan keyboard komputer. Setelah itu, mereka berdua keluar dari situ dan Taehyung memandu ke rumah Kim Mingyu.

--

Kim Mingyu keluar dari bilik dengan bertongkat. Kaki nya masih belum sembuh sepenuh nya lagi akibat kemalangan dulu. Jungkook bangun untuk membantu kawan nya itu duduk. Tongkat nya diletakkan ke tepi. Isteri nya pula dekat dapur, tengah buat air untuk mereka.

"Dah macam pakcik tua dah aku tengok kau ni."

"Lah sangat."

"Cehh…Gurau aje pun. Sensitif sangat kenapa kau ni? Dah macam orang mengandung pula aku tengok."

"Tadi panggil aku pakcik tua, sekarang ni, macam orang mengandung pula? Kau ni, Tae. Aku bagi penyepak kat punggung kau baru tahu."

Ketiga mereka ketawa. Tak lama selepas itu, Park Minha keluar dari dapur sambil menatang dulang di tangan nya. Air diberikan kepada mereka bertiga. Jungkook, Mingyu dan Taehyung berbual - bual sehingga tak sedar masa berlalu.

--

Kim Taehyung menoleh pada Jeon Jungkook yang dari tadi resah gelisah sambil menelefon seseorang. Wajah nya tampak merisaukan. Masuk aje dalam kereta, Jungkook terus jadi macam itu. Kim Taehyung menolak bahu Jungkook dan serta merta Jungkook melihat dia.

"Asal kau ni?"

"Yejin tak angkat call."

"Lah…Dia busy lah tu. Kau jugak kata dia kerja kan. Mesti ramai pelanggan yang datang. Kau jangan risau lah. Aku nak singgah mall ni. Kau okey tak?"

"Hurmm…"

Mana lah Jeon Jungkook tak risau. Seharian dia cuba telefon Yejin tapi tak boleh. Jeon Jungkook memandang ke luar tingkap. Dan saat itu juga lah mata nya tertancap pada pasangan bergurau senda itu. Jadi, betul lah apa yang Lee Chan bagitahu dia semalam. Antara Yejin dan dia cuma adik angkat sahaja. Tak lebih dari itu.

[C] KPAR + MMBI | jjkWhere stories live. Discover now