bas yang aku naiki sudah berhenti di stesen terakhir untuk hari ini.
penumpang yang berebut rebut hendak turun mematikan niat aku untuk turut sama berasak asak.
jadinya, akulah orang yang terakhir sekali melangkah keluar dari bas. tapi, belum sempat kaki aku menjejak tangga terakhir bas, lengan aku ditarik kuat menyebabkan aku kembali berpaling ke belakang.
kelihatan pak cik pemandu bas itu merenungku tajam sebelum dia tersenyum pendek dan berkata sesuatu yang membuat aku mengalih pandangan ke kerusi penumpang empat daripada belakang.
" tolong kejutkan cik yang tertidur itu. kasihan, dia pasti kepenatan. "
aku melangkah mendekati gadis itu dan dengan teragak agak aku menepuk perlahan bahunya. tiada respon.
sedikit geram, aku mengambil keputusan untuk menjentik telinganya pada kadar kekuatan yang sederhana.
melihat matanya yang perlahan terbuka membuatkan aku menghembus nafas lega. tapi, rasa lega aku tidak mampu untuk bertahan lama selepas aku tersedar sesuatu yang tak kena dengan gadis ini.
matanya sembab seolah banyak menangis. bibir bawahnya pecah dan ada sedikit calitan darah kering seperti ditampar atau ditumbuk oleh seseorang.
Dan untuk seketika aku berasa kasihan dan tertanya tanya atas sebab apakah dia diperlakukan sedemikian rupa.
" ehem. " aku berdehem.
gadis itu memandang aku dengan pandangan redup seolah olah ada sesuatu yang membebankan fikirannya.
" err, bas dah sampai ke stesen terakhir, jadi kau kena turun sekarang. "
gadis itu mengangguk. bibir kecilnya menuturkan ucapan terima kasih yang kedengaran sangat perlahan di telinga aku.
aku cepat cepat berlalu keluar dari bas itu dengan rasa janggal yang tak pernah aku rasai sepanjang 18 tahun aku hidup. perasaan pelik yang buat aku rasa tak senang duduk.
hampir 12 langkah aku menapak meninggalkan bas, aku memberhentikan langkah. aku menoleh ke belakang dengan perasaan marah yang membuak terhadap diri aku sendiri. entah apalah yang tak kena dengan aku malam ni ?
gadis itu masih ada. dia sedang duduk memeluk lutut dengan muka yang ditutup dengan sebelah tangannya. Dari tempat aku berdiri sekarang, aku nampak badannya menggigil kesejukan. mungkin baju yang dipakai tidak cukup untuk memanaskan badan.
aku menjongket bahu. berniat untuk beredar meninggalkan gadis itu berseorangan. " mungkin dia tengah tunggu orang kot. biarlah. " langkah kembali diatur menjauhi gadis itu.
baru 3 minit melangkah, aku mematikan langkah sekali lagi. " yaish, Hanbin. kau tau kan manusia zaman sekarang ni banyak yang suka ambil kesempatan, baik kau tunggu kejap sementara tunggu kawan perempuan ni datang. " macam orang kurang waras, aku bercakap seorang diri.
aku mengambil keputusan untuk menemani gadis itu secara senyap sementara menunggu kedatangan sesiapa sahaja yang merupakan kenalan perempuan itu datang menjemputnya.
satu jam berlalu. jam di skrin handphone aku sudah menunjukkan pukul 12:47. Dan secara jujurnya, aku sudah terlalu mengantuk untuk menunggu.
dengan mata yang tak mampu dibuka dengan lebih luas, aku menepuk bahu gadis itu.
dia kelihatan sangat terkejut dan langsung tidak menjangka keberadaan aku yang masih tidak pulang pulang sejak dari tadi.
" err. kau tunggu siapa ? kenapa tak balik balik lagi ? "
geleng. gadis itu menggeleng perlahan. mukanya dikalihkan menghadap ke arah lain. aku yakin sangat yang dia tengah menangis.
" err. rumah kau kat mana ? " tak berputus asa, aku masih lagi cuba bertanya.
" Sekang. " gadis itu bertutur perlahan. air mata yang berbekas di pipi, disekanya dengan belakang tangan.
aku bulat mata. mak aihh. jauhnya rumah dia.
" kau lari dari rumah ke ? "
gadis itu mengangguk. " s-s-saya takde pilihan. saya dah tak tahan. " air matanya menitik sekali lagi.
atas alasan apa dia lari, aku malas bertanya. nampak macam berat masalahnya dan sejujurnya aku memang tak pandai pujuk dan malas nak bazirkan masa sebab aku betul betul dah ngantuk.
" kau tak kisah kan kalau kau tumpang bermalam kat rumah aku ? " aku menawarkan pertolongan.
Dari riak muka dia, aku tau dia teragak agak.
" jangan risaulah. aku takkan buat apa apa. lagipun, aku tinggal serumah dengan kawan aku. " aku tersenyum ikhlas.
bismillahirrahmannirrahim.
hai dan assalamualaikum, dear readers yang dichentai sekalian.
trimas kerana sudi membaca.
hahha. sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau aduan, anda boleh nyatakan di ruangan comment atau pm saya. huhhu. vote ?
comment ?
amatlah dihargai.
sys, nawal.
YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
FanfictionIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...