.CINDERELLA. (2)

123 10 2
                                    

pintu bilik aku diketuk seseorang. aku yang tengah duduk bersilang kaki baca majalah sambil dengar lagu, tersenyum senget.

" masuk, " aku melaung. mata aku merenung sekeliling bilik aku yang baru disepahkan sebentar tadi sebelum kembali menunduk memandang majalah yang aku pegang dalam keadaan terbalik. acah acah macam aku tengah busy. hm.

" abang, apasal bersepah sangat ni ? ya tuhannnn, " adik aku, si Nayeon ni menjerit kuat. dulang berisi lauk makan malam dia letak dia atas meja. dia pandang aku dengan muka unbelievable.

" apa ? " aku bertanya malas. majalah yang aku baca konon kononnya tadi aku campak ke tepi. sengaja menambah semak. headphone aku tarik ke leher.

si Nayeon ni mula bercekak pinggang. jangan kata dia dah nak mula membebel. aku mendengus kuat.

senyap. aku tenung dia lama. pelik. kenapa dia tak membebel ?

" abang, kau ada masalah ke ? " dengan tak semena mena dia bertanya. keningnya dijongket.

aku kembungkan pipi. " takde la. aku ok je. "

" habis, kenapa kau mesej kat aku suruh hantar makanan kat bilik kau ? "

aku mencebik. " saja. aku cuma rasa tak selera nak turun makan. tu jaa. "

sekali lagi, dengan tak semena mena dia datang ke arah aku. belakang tangannya dilekap ke dahi aku. " tak panas pun. "

aku menepis tangannya. " aku dah kata aku ok. " aku menjeling dia sekilas.

" ataupun, kau sebenarnya dah, " jarinya bermain main di depan muka aku.

" putus cinta ? " keningnya dijongket berkali kali.

" pfft. " aku gelak tak ikhlas. bila masa pulak aku bercinta kalau orang yang aku suka tu pun tak tau yang aku suka dia ?

" dah. keluar. aku nak rehat. " aku menghalau. mata aku pejam sambil bersandar selesa di sofa.

aku dengar dia mendengus kuat sebelum pintu bilik aku dikuak, menandakan dia ingin beredar.

" Nayeon, " aku memanggil nama dia perlahan.

dia berpaling dengan muka berkerut. " apa ? "

" tolong panggilkan Haeun. suruh dia kemas bilik aku ni, sekarang jugak. kalau dia lambat, " mata aku dikecilkan sedikit. " aku takkan maafkan dia. "
----------------------------------------

aku hanya memerhatikan dia mengutip semua buku yang sengaja aku sepahkan tadi.

" dah. yang lebih tu, aku boleh buat sendiri. sekarang kau duduk sini. " aku tunjuk sofa single kat depan aku guna kaki kanan. Dan macam apa yang aku mahu, dia hanya duduk tanpa membantah. bagus.

" nah. habiskan makanan ni. aku dah kenyang. " mangkuk nasi yang dah tinggal separuh aku tolak ke arahnya.

dia pandang aku. " be-betul ke ? "

" hm." aku mengangguk dengan mata yang tak lepas dari merenungnya.

perlahan, dia mula makan dengan cermat dan bersemangat. " terima kasih. " dia berkata dengan mulut yang masih mengunyah nasi. dia menayang senyum di depan aku.

" hm. habiskan cepat makanan tu, " aku berkata dengan mata yang dikalihkan ke arah lain.

bahaya. senyuman gembira dia buat aku rasa macam nak melompat.
------------------------------------------

bye, kome. nawal nak balik hostel dah. huhhu.
support saya sentiasa, please. saya sayang anda semua.
bye bye. * tahan nangis pasal tak nak balik *

IMAGINES x KIMHANBINWhere stories live. Discover now