.THE WAY WE MEET. (3)

154 14 3
                                    

muka mereka yang dari tadi berkerut perlahan lahan bertukar kendur.

" aku tak sampai hati tinggalkan dia sorang sorang, jadi aku bawak la dia balik. " aku menyudahkan cerita aku.

masing masing tayang muka lega dan bersyukur sebab aku tak buat benda di luar batasan undang undang.

" so, sampai bila dia nak duduk sini ? " Yunhyeong bertanya dengan kening yang dijongket sedikit.

" entahlah. sampai dia sendiri rasa tenang dan bersedia nak balik rumah dia sendiri la kot. " aku sendiri tak pasti, dan maaflah aku tak nak masuk campur dalam hal peribadi.

biarlah. kalau dah sampai masa untuk si Sohyun ni pergi, mesti la dia akan maklumkan kat aku, kan ? jadi, jangan terdesak sangat nak menghalau dia pergi, dah sampai masanya, waktu itu akan tiba jugak nanti.
----------------------------------------

" Hanbin, esok pagi boleh tak awak temankan saya pergi pasaraya ? saya ada nak beli barang dapur sikit. "

fokus aku yang tadinya pada buku kerja Math teralih pada Sohyun yang sedang berdiri di depan aku. matanya tak berkelip menunggu jawapan daripada aku.

Donghyuk dan Chanwoo yang turut sama mengulangkaji di meja panjang di ruang tamu turut memandang ke arah aku dan Sohyun silih berganti.

" esok tak boleh la. aku kan kena pergi sekolah, "

Donghyuk dan Chanwoo laju mengangguk. bersetuju.

" sekolah ? untuk apa ? " Sohyun bertanya, pelik.

aku tergelak. " lah, kena la pergi sekolah. kalau tak, camne nak pandai ? "

mukanya berkerut sedikit sebelum dia bertanya soalan yang membuatkan aku rasa nak tergelak lebih kuat.

" Hanbin, umur awak berapa ? "

" 18, "

" awak tak bergurau kan ? " mukanya seolah olah tak dapat terima hakikat yang aku ni masih bergelar pelajar sekolah. ke dia nampak muka aku ni macam tunang orang yang akan berkahwin dalam masa 2 bulan dari sekarang ?

aku hanya memandang dia berlalu ke dapur sambil jari telunjuknya diketuk ketuk di dagu.
---------------------------------------
hari ini hari kesembilan si Sohyun tu menumpang tidur kat rumah aku.

hari ini jugak aku balik sekolah sorang sorang sebab si Jiwon dan Donghyuk ada aktiviti kelab, si Chanwoo dengan Yunhyeong ada latihan basketball manakala si Junhoe dan Jinhwan tiba tiba pulak rajin nak mengulangkaji di perpustakaan.

pintu rumah yang terkunci aku buka dengan kunci spare yang aku ambik bawah pasu yang tak berbunga. dalam hati, aku dah tertanya tanya ke mana perginya si Sohyun yang selalunya akan bukakan pintu untuk aku sepanjang 9 hari dia menumpang kat sini.

sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke rumah, mata aku meliar mencari kelibatnya.

hampa. ke mana dia pergi ?

aku merebahkan duduk di atas katil aku yang telah menjadi katilnya sepanjang 9 hari ini.

mata aku memerhati segenap bilik aku. ke mana dia pergi ? takkan semudah itu sahaja dia pergi selepas apa yang sudah terjadi ? semudah itu dan setega itu ?

akhirnya mata aku tertancap pada sehelai sticky note yang tertampal elok di atas meja tepi katil.

bingkas aku menarik sticky note itu dan membaca apa yang tertulis padanya.

untuk hanbin;
saya minta maaf sebab pergi dalam keadaan tergesa gesa. ada benda penting yang perlu saya selesaikan segera. maaf sekali lagi. terima kasih sebab layan saya dengan baik selama ni. terima kasih dan saya takkan lupakan lelaki sebaik awak. kirim salam pada semua kawan awak.

IMAGINES x KIMHANBINWhere stories live. Discover now