.AGAIN. (2)

70 15 0
                                    

Mesej yang diterima 5 minit yang lepas aku baca berulang kali.

" can we start over again ? "

Dia tau nombor aku. Maksudnya dia tak pernah buang nombor aku  dari contact list dia.

Sama macam aku.

Yaishh. Serabutnya kepala. Menyesal aku tak move on awal awal. Sekarang dah 4 tahun berlalu, aku masih lagi takde pengganti.

Salah aku jugak. Dulu, aku yang minta putus. Alasan sebab dua dua tak matang. Lagi satu, aku sedar yang dia nak sangat jadi artis dan daripada tersepit nanti lebih baik aku yang undur diri.

Komitmen nak jadi trainee kena tinggi. Aku takut aku tak kuat kena palau sebab dia busy.

Tapi jujur, aku sentiasa support dia daripada era W.I.N sampai sekarang.

Walaupun tak contact. Aku still ingat birthday dia. Sah, aku masih tak move on lagi.

Alih alih dapat tau dia ada awek.

Ehh, haah. Awek dia nak campak celah mana ?

-----------------------------------------

" selamat pagi, cik Hyunjae. "
Aku menoleh ke belakang.

" oh, Lisa. Selamat pagi jugak. " senyuman mahal aku hadiahkan untuk si manis penyambut tetamu ni.

" ada barang kiriman untuk cik Hyunjae hari ni. Baru sampai tadi. "

Mata aku membulat. " ehhh ? Untuk saya ? Awak tak bergurau kan ? "

Laju si Lisa menggeleng.

Spontan, mata aku merenung bungkusan sederhana besar yang
dibalut dengan kertas minyak.

Ayokk, jangan kata benda tu bom jangka ?

------------------------------------------

album iKON yang lengkap dengan tanda tangan setiap ahli kumpulan aku tenung dengan muka tak percaya.

Pas masuk VIP untuk fan signing iKON bertarikh 2 minggu dari sekarang aku campak macam orang gila.

Dan buku nota comel setebal 300 muka surat warna biru kelabu dengan tulisan tangan terconteng ' live without you ; empty ' di kulit buku aku capai. Dibuka dan diselak satu persatu.

7 Dis. 2016.
Hari ni birthday kau. Dah hampir 2 tahun, tapi aku tetap macam ni setiap kali birthday kau. Apa apa pun, aku harap kau happy.

20 April 2017.
Aku penat. Penat dengan semuanya. Kau tau, setiap kali sebelum tidur aku selalu terfikirkan kau. Aku nak jumpa kau. Lawakkan ? Aku pun tak tau kau kat mana sekarang ni.

13 Jun 2017.
Kau kat mana ? Kadang, aku menyesal sebab tak hargai kau. Tuhan, tolong izinkan aku mendapat peluang kedua.

5 Ogos 2017.
Choi Hyunjae, aku harap kau akan baca buku ni walaupun aku sendiri tak tau masanya bila.

26 Sept. 2017.
Yah, kau rasa logik tak kalau aku suka dua perempuan dalam satu masa ?

22 Okt. 2017.
Hari ni birthday aku. Mesti kau ingat kan ? Disebabkan hari ni birthday aku, manager kasi kitorang cuti. Dan aku, habiskan hari ni dengan seorang perempuan yang aku syak dia dah bawak lari hati aku. Lee Soojin.

8 Feb. 2018.
Aku jumpa kau. Tangan kau sejuk waktu kau salam aku. Aku hampir tak kenal kau sebab rambut kau kan pendek dulu. Sejujurnya, aku bersyukur sebab dapat jumpa kau balik, Choi Hyunjae.

11 Feb. 2018.
Aku langsung tak faham dengan perasaan aku sendiri.

16 Feb. 2018.
Fan signing tu, boleh tak kau datang ? Aku betul betul harapkan kau datang.

Buku tu aku tutup. Nafas aku tarik dalam dalam.

Ex aku leader iKON.
Ex aku rapper iKON.
Ex aku B.I iKON.

K-kenapa macam ni ? Aku rasa hidup aku tak normal.

dan aku rasa badan aku panas sekarang ni.

Omma, Hyun demam !

-------------------------------------------

Scroll news feed ig, aku terperasan ada benda tak kena.

Apasal followers aku naik sampai jadi 25 K dalam masa kurang dari sehari ni ?

Scroll lagi, aku ternampak sesuatu.

@chocobin tagged you on a photo.

Gambar aku dan dia graduate sebagai pelajar di sekolah tinggi Daegu, dengan caption ' live without you ; empty ',
@Hyunjae712_.

537000 comment dan 924000 like dalam sehari. Apakah ?

Hampir pengsan, mata aku berbinar. Kenapa macam ni ? Mana kehidupan normal aku ?

Dm yang bertubi tubi masuk, aku abaikan. Comment yang sibuk nak tau siapa aku, aku hiraukan.

Laju aku dm si B.I.

' apa awak buat ni ? '

Tangan dilekap di dahi. Wahh, suhu badan aku naik lagi.

-------------------------------------------





Mohon hadiahkan vote dan komen untuk nawal.
Sekian.

IMAGINES x KIMHANBINWhere stories live. Discover now